Tuesday, 31 July 2012

Rezeki bulan pose..dapat 2 BE lagi..

Baru jap pi baca entry ina dia dapat lagi BE pas cashout semalam..murah betul rezeki ibu mengandung kan..saya plk yg nk terjerit seronok tgk org asyik masyukk jer..ye la blog saya ni jarang masyukk BE..tetiba hati ni pun rasa teringinlah jugak nk gi cek kt Nuffanang kot2 la ada iklan yg nak melekat...


Terkejut saya,sekali tgk berganda Nuffnang kasi..apalagi  saya pun berganda la melompat seronok sbb sekali dia kasi dua daa....iklan VW Hari Raya 2012(sama dgn Ina) dan Iklan Maxis Win Back Offer..yg saya perasan kat bawah entry ni ada iklan Maxis tu tp VW Hari Raya 2012 tak pernah nmpk lagi..

Saya ni seronok giler bukannya ape sebab blog ni mmg susah nk dapat BE..saya pun tak tau kenapa...Oh ye iklan Unilever Sunsilk tu dah takder dah tp masih lagi belum jadi ME..dapat jugak kumpul sampai RM40.77...Alhamdulillah..murah rezeki bulan pose ni..Terus datang mood nak ngadap blog balik..kikiki...

Terima kasih pada kawan2 yg selalu singgah sini...;-)



Bersalaman dengan suami gugur 20 dosa-UAI

Salam semua...
Lama tak jenguk blog rasanya...entah lah nape sejak bulan pose ni malas benor nak bukak blog..apapun nk ucapkan terima kasih byk2 kat kwn2 yg sentiasa dtg sini menjenguk..

Cer baca kat bawah ni...
Ni la yg buat seronok bile dgr UAI bagi ceramah...Kesimpulannya oleh itu jangan main mercun ye..hihihi..



Slow2 ye nanti saya gi jenguk korang...



Saturday, 28 July 2012

Gambar: Anak Sulung Zed Zaidi

Alhamdulillah Zed Zaidi dah pun dapat anak lelaki yg telah selamat dilahirkan secara pembedahan pada pukul 9.30 pagi semalam..Bayi ini diberi nama Ryan Ziqry seberat 4.32 kg..Tengok tu..comel kan..macam dah umur sebulan..


Friday, 27 July 2012

Bahaya lidah

Thursday, 26 July 2012

Kurma Yusuf Taiyoob

Aritu saya beli kurma utk kami sekeluarga...time pose jer mmg ni la hidangan utama kan masa sahur dan berbuka..kali ni saya cuba kurma Safia Yusuf Taiyoob.biasanya saya beli yg bese2 tu jer..mmg ni kurma pilihan yg tepat..sbb kurma ni tak manis sangat...lemak2 manis jer rasa dia..saya suka..saya dapat makan dekat 10 bijik sekali..kalau yg biasa tu mkn 2 bijik jer saya dah rasa melekat manisnya kt gigi..
harga sekotak kurma ni RM12.50..beli kt pasar mini depan umah jer..


Siap bertangkai  lagi..mmg nmpk fresh buah kurma ni.....



Oh ye..saya ada jugak beli jus kurma ni..baru nk try...nak kasi budak2 ni minum..bagus utk otak ni..


Tetiba jumpe plk katun ni kat fb..hehehe..mmg kena la dgn entry ni..


Wednesday, 25 July 2012

20 perkara membawa ke syurga

Kesilapan kerap muslim dalam bulan Ramadhan

Tuesday, 24 July 2012

Kisah wang kertas RM100 dan RM1

Sama-sama dibuat dari kertas, sama-sama dicetak & diedarkan oleh BNM. Seketika bersama.. akhirnya mereka berpisah keluar dari Bank dan beredar di masyarakat.

  


4 bulan kemudian mereka bertemu lagi secara tidak sengaja di dalam dompet seorang pemuda. Kemudian diantara kedua duit tersebut terjadilah percakapan. Yg RM100 bertanya kpd RM1.00, "Kenapa badan kamu begitu lusuh, kotor dan bau busuk?" RM1.00 menjawab, "Kerana selepas aku keluar dari bank aku terus ditangan orang2 bawahan dari pembawa beca, penjual sayur, penjual ikan dan ditangan pengemis" Lalu RM1.00 bertanya balik kpd RM100, "Knp kamu kelihatan begitu baru, rapi dan masih bersih?" Dijawabnya, "Kerana selepas aku keluar dari bank, aku terus disambut perempuan cantik, & aku singgah ke restoran mahal, di mall & juga hotel2 berbintang serta keberadaanku selalu di jaga dan jarang keluar dari dompet"

Lalu RM1.00 bertanya lg, "Pernahkah engkau singgah di tempat ibadah?" Dijawablah, "tidak pernah" RM 1.00 pun berkata lg, "Ketahuilah walaupun aku hanya RM1.00, tetapi aku selalu singgah di rumah TUHAN dan ditangan anak2 yatim, bahkan aku selalu bersyukur kpd TUHAN. Aku tidak dipandang bukan sebuah nilai, tetapi adalah sebuah manfaat"

Akhirnya menangislah RM 100 kerana sombong dgn kehebatan, dan nilai yang tinggi tetapi tdk begitu bermanfaat selama ini. Jd janganlah kita pandang sebesar mana diri kita, tetapi lihatlah seberapa bermanfaat penghasilannya dipakai utk memuliakan TUHAN. Kerana kekayaan bukanlah utk kesombongan!! 
Renung-renungkanlah.. Fikir-fikirkanlah..

Monday, 23 July 2012

Hadiah datang lagi

Hadiah datang lagi...dah lama sebenarnya sampai  tapi entry duk peram2 baru arini publish...
mmg rezeki..hadiah kat bawah ni dari Cik Kema..saya menang ga dia tempohari...
Dapat brooch bolehlah melaram raya nanti..kali ni byk juga koleksi brooch yg saya dpt dari rakan blogger.


Ni pula dari Sharina..hadiah dari Sabah ni..mmg tak sangka plk terpilih dapat hadiah ni sbb last minit hadiah ni kena lelong..hehehe..bkn ape sbb pemenang sebenar tak tampil jadi sape cepat htr adress dia dapat..saya try la dan rezeki saya yg dapat...


Hadiah kiut ni dari Shahdiana..comel kan ketip kuku Doraemon tu...Maira sebelum ni dah ada ketip kuku kiut gini tapi gambar Minnie mouse dan warna pink..nampaknya ni pun jadi hakmilik dia la juga..nmpk tak keychain tu..PDRM punya tau...hehe


Ni menang ga juga dari Mamarayyan..sbb jadi peserta pertama yg htr penyertaan..kira early bird la...Alhamdulillah bertambah koleksi brooch saya..


Ni pula hadiah baju dari JemariSuri..baru ambik kat peti surat masa tu terus anak dara ni nak test..alang2  dh test tu terus la saya ambik gambornya..ok JS..ngam2 jer Maira pakai..
Terima kasih..moga murah rezeki kawan2 semua..




Sunday, 22 July 2012

Salam Ramadhan Al Mubarak

Selamat berpuasa buat semua yg baca entry ni...
Moga2 puasa kita kali ini akan lebih baik dari yg sebelumnya...

Ramadhan Kareem!!
Kullu 'aam Wa Entom Bikhair.
Mudah2an bulan ramadhan kali ini memberikan kita semua keseronokan untuk beribadah..InsyaAllah.
Inni uhibbukum filLAH(saya syg semua kerana Allah)

  


Jangan lupe baca niat tau dan doa masa nak berbuka puasa..


Saturday, 21 July 2012

Tampal iklan Exabytes kali kedua

Alhamdulillah permohonan kali kedua utk tampal iklan Exabytes diterima...kali ni iklan yg saya tampal kat bawah header tu..dulu kat sidebar..kontrak yg aritu dah pun tamat arini...kali ni cepat plk prosesnya..saya apply 17 July dan 20 July dorang dh kasi banner script..

Kali ni Exabytes dah up plk..uv mesti maintain 350 sehari..kalau aritu 300uv jer..
Kalau korang nk cuba cuma email ke marketing@exabytes.com.my sertakan print screen uv blog korang sebulan yg lepas..boleh print screen kat analitik Nuffnang..Jangan risau Nuffnang tak merajuk kalau tampal iklan ni...


Alhamdulillah rezeki sambut Ramadhan..



Friday, 20 July 2012

Coklat biskut oreo homemade

Ni aktiviti hari Ahad lepas..baru dapat upload gambar..Ni kali kedua saya buat coklat sendiri..yg pertama boleh tgk kat sini..Kali ni saya cuba buat coklat oreo plk..yg dalamnya ada biskut oreo tu..tu yg ada gambar angry bird tu...saya beli acuan baru bentuk doraemon plk..dulu bentuk bunga jer yg saya ada..dan ni lah hasilnya..saya buat separuh jer dari sekeping coklat tapi dapat buat 3 bentuk coklat berlainan..yg doraemon dan bunga tu plain jer..





oh ye..kali ni saya gunakan coklat compound jenama Beryl's..coklat yg ni lagi sedap..
kurang sikit manisnya..


ni coklat yg saya gunakan masa kali pertama buat..manis sikit la....


Model tangan kecik pegang coklat kesukaannya..


Tak nmpk pulak bijik mata...



Tu dia...anak duk khusyuk makan mamanya duk khusyuk ambik gambar..


Nak belajar buat coklat oreo klik 


SINOPSIS 7 Ramadhan – Slot Samarinda Tv3

Drama 7 Ramadhan ..ganti cite Ameera kat slot samarinda  di tv3..best jugak tengok semalam..sedih..
mcm kisah tanggang moden la ni..belajar tinggi lupa kat mak..ishh..mintak jauh..biasanya drama dlm slot samarinda yg ditayangkan dalam bulan Ramadhan mmg terbaik..jadi jgn lupe ye tonton setiap Selasa hingga Rabu jam 10-30 malam, Khamis 9.30 mlm.

20120715-204228.jpg

Kali ni Elly Suriati plk jadi mak yg miskin..yg jadi anak dia pelakon baru ni..Fir Affandi ni kalau tak salah saya dia pernah terpilih masuk ke AF 9 tapi tak dapat masuk peringkat seterusnya..heroinnya kalau tengok dalam poster tu mcm Nabila Huda kan..sbb gambar dia besar..

Sinopsis

Mengisahkan Sufiah(lakonan Elly Suriati) yang tinggal di kampung seorang diri bekerja mengambil upah mengurut orang, membuat kuih demi menyara anaknya, Ramadhani yang ama dikasihi. Setelah Ramadhani atau Dhani ni dewasa dan tamat belajar di universiti, kini tibalah masa untuk Dhani mendapat ijazah.

Pada 7 Ramadhan juga merupakan hari konvokensyen Dhani dan jua hari peristiwa hitam dalam hidup Sufiah kerana pada hari itu anaknya bernama Iqram mati.Sufiah tidak akan lupa tarikh 7 Ramadan itu serta peristiwa anak mati akibat dicampak oleh suaminya, Mustaza yang kini berada di penjara. Dhani menegah Sufiah hadir ke majlis konvokesyennya kerana dia tidak mahu teman wanitanya, Anna mengetahui tentang ibunya.

Demi mengambil hati ibu Anna, Datin Audrey yang mementingkan darjat, Dhani telah berbohong bahawa dia sebenarnya seorang anak orang kaya yang diabaikan oleh ibu bapa yang terlalu sibuk dengan urusan kerja. Dhani yang sudah bosan hidup dalam kemiskinan nekad untuk berubah hidupnya dan masuk ke dalam keluarga Anna yang mewah walaupun terpaksa melukai hati ibunya, Sufiah.

-----------------------------------------------------------------------

Jangan lupe tengok tau sbb bukan sng nk tgk drama khas utk bulan pose ni..setahun sekali jer..
oh ye..kalau korang perasan header saya dh bertukar kan..biasalah Sabtu dah pose jadi mood pun bertukar la..doodles2 comel tu dah tentulah pemilik blog BUNGA HATI MAMA yg punya...saya pinjam ye sebulan ni..Selamat berpuasa kepada semua..

Thursday, 19 July 2012

Video-Drama Ameera episod akhir

Nah buat sape yg tak berkempatan nk tonton semalam..isshhh...geram plk bile ending tak beh...penat tggu tau...tgk2 mati plk heronya...

Hasil negatif benar pelajar bawa gajet ke sekolah


Kuala Lumpur: Lebih 90 peratus guru dan 80 peratus pemimpin sekolah tidak bersetuju cadangan Kementerian Pelajaran membenarkan pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah. Keputusan hasil kaji selidik membabitkan kira-kira 2,000 responden di seluruh negara itu dimaklumkan Yang Dipertua Majlis Pengetua Sekolah Menengah (MPSM), Muhamad Khailani Abdul Jalil kepada BH, semalam. 
Muhamad Khailani adalah Ahli Jawatankuasa Induk Menangani Gejala Disiplin Murid yang dipengerusikan Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong.

Malah, kajian itu turut mendapati lebih 75 peratus ibu bapa dan 55 peratus pelajar sendiri turut menolak cadangan berkenaan. Kajian dibuat Kementerian Pelajaran tahun lalu untuk mendapatkan pendapat pihak berkepentingan mengenainya.

Beliau berkata, rata-rata semua pihak kepentingan menegaskan keperluan pelajar untuk membawa telefon bimbit ke sekolah amat sedikit dan tidak mewakili suara majoriti. 
“Kebimbangan utama semua pihak berkepentingan itu ialah ia lebih banyak membawa keburukan. 

“Berdasarkan pengalaman sekolah, 60 peratus pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah walaupun tidak dibenarkan ketika ini. Masalah berlaku apabila telefon bimbit hilang, pelajar menuduh rakan mencuri sehingga mencetuskan pergaduhan.

“Selain itu, pelajar membawa anasir berunsur lucah ke sekolah dan berisiko tinggi berlaku penyebaran yang boleh mempengaruhi rakan,” katanya.

Sumber : Berita Harian

-----------------------------------------------------------------------------------------------

*saya pun tak setuju..ishhh..terpikir dalam otak ni banyak keburukan dari kebaikannya..udahlah sekarang pun mcm2 hal dah berlaku dari teknologi yg semakin canggih ni..inikan plk bila bebas dibawa ke sekolah..rasanya lebih banyak penyebaran negatif dari yg positifnya....pastu plk dalam kelas dapat ke budak2 ni nk bagi tumpuan pada pelajaran sepenuhnya pada pelajaran...ishh..mengarut la cadangan ni kan...

Banyak keburukan yang boleh disenaraikan berbanding dengan kebaikan membenarkan pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah. Antaranya adalah;

1 – Kes kecurian akan bertambah apabila pelajar yang kurang mampu berasa cemburu dengan pelajar yang mampu menggunakan telefon yang canggih.

2 – Pelajar hilang tumpuan apabila sibuk mengemaskini status facebook mahupun berbalas pesanan ringkas ketika cikgu mengajar.

3 – Jurang perbezaan antara pelajar kurang berkemampuan dan mereka yang berada jelas kelihatan.

4 – Banyak klip video yang tidak sepatutnya, tersebar di kalangan pelajar.

5 – Anak-anak akan menjadi biadap kepada ibubapa yang kurang berkemampuan apabila memaksa mereka membeli telefon yang lebih canggih untuk bersaing dengan kawan-kawan yang berkemampuan.

6 – Kes pergaduhan juga bertambah apabila telefon salah seorang pelajar dicuri, timbul perasaan dendam dan kawan-kawan masuk campur untuk menyelesaikan dendam tersebut.

Terdapat banyak lagi keburukan yang boleh disenaraikan. Namun di samping keburukan yang disenaraikan itu, terdapat juga beberapa kebaikan yang boleh dilihat. Antaranya adalah;

1 – Anak-anak boleh menghubungi ibubapa jika mengalami masalah ketika perjalanan pulang ke rumah.

2 – Ibubapa juga boleh menghubungi anak-anak jika mereka tidak dapat mengambil anak pulang daripada sekolah.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

All Right Reserved To fieda . Full Edit By Cik Rose Cute.