Friday, 28 September 2012

Mai cuba rempah masak hitam

Haritu saya ada dapat sepeket rempah daging masak hitam dari mama mia...dia suh try test... lepas raya baru2 ni baru la saya try masak rempah tu...wow...mmg sedap you...dh macam rendang pun ada..saya mkn dgn nasi impit...nasib baik teringat jugak nk ambik gambar aritu..kalau tak tak boleh nak tayang kat sini...hihi..saya buat edisi kering sikit...


Bila mende dah sedap haruslah kena oder  kan..time tu mama mia buat sale..3 peket rm5...jadi saya beli cukupkan rm10...rempah tu dh pun sampai minggu lepas...tgk tu siap ada surat lagi mama mia kirim...hihihi...
saya beli banyak ni bkn nk guna sorang nanti balik kg nak kasi la kat mak dan adik ipar suh dorang try test..dah la sepeket ni boleh buat utk sekilo daging...boleh dapat byk tau..


Nak masak pun simple jer..bahan2 yg diperlukan tak byk..mmg memudahkan kerja kita la..Apalagi kalau kawan2 berminat klik jer sini atau klik banner iklan bawah header saya tu..banner yg pertama dari kiri...tapi sekarang sale dah takder dah... harga sekarang ialah sepeket rm2.50 ye..masih murah lagi tu..




Adam & Hawa episod 20



Klik gambar di atas untuk sertai peraduan Tonton dan Menang Adam & Hawa



Bila melihat Adam makin rapat dengan Dee, membuatkan Mama Adam mula berserahkan kalau Dee jodoh Adam. Tak nak terlalu mengharap pada Ain.Adam dengan sendirinya mula nekad belajar agama akhirnya..makin mendekatkan diri pada Allah. Perubahan ini Adam buat demi rumahtangganya, kerana ni adalah harapan Ain untuk mendapat suami yang mampu membimbingnya dunia dan akhirat.Tulisan dalam diari Ain membuatkan Adam makin rasa dekat..makin sayang…makin rindu pada Ain.

Akhirnya Ain tamatkan pengajiannya. Kembali ke tanahair..berita ini mengembirakan keluarga Ain dan lebih-lebih lagi Adam.Seolah satu semangat baru bila tahu Ain akan balik dan dalam masa yang sama juga mengharapkan Ain dapat melupakan semua kenangan lama dan dapat menerimanya kembali.

Sewaktu menyambut ketibaan Ain. Adam terkejut bila melihat Ain akrab bersama Johan ini membuatkan Adam menarik diri dari muncul di hadapan Ain.Normah juga dapat melihat keakbran mereka berdua membuatkan Normah rasa tak selesa dan tak suka dengan cara Ain yang tak tahu membataskan dirinya yang masih mempunyai title 'seorang isteri'.Ain dapat merasakan perubahan aura dan bau lain di dalam biliknya sepanjang ketiadaannya. Seolah ada orang lain yang mengunakan biliknya..lebih tekejut bila melihat ada kain pelikat tergantung di bilik..siapa ya..?

Thursday, 27 September 2012

Nenas batu ada di sini

nenans batu

Berikutan dari entry nenas batu pagi tadi nampaknya ramai kawan2 yg berminat utk mengetahui kat mana boleh dapatkannya...








Tadaaa...nasib baik Myra Jay adalah penyelamat bagi pertanyaan kwan2..Jadi sesiapa yg nak nak cuba amalkan minum air rendaman dari tumbuhan berkhasiat ni jom terjah blog Myra Jay...Apa2 pertanyaan bolehlah tanya pada beliau ye...



Khasiat nenas batu

Terasa nak buat entry tentang nenas batu ni sbb dh byk kali tgk mende ni tp tak tau ape kebendenya....tanya org masing2 duk kata nenas batu dan terlalu banyak khasiat utk wanita...Jadi saya pun terus la google2 utk cari info pasal nenas ni..rupa2 nya nenas batu ni asalnya dari Mesir..mmg tak tanam kat sini...Korang tgk la khasiatnya kat bawah tu..bukan main byk..ni yg rasa nk try test ni...paling best khasiat no 9 tu..

nenans batu

Antara khasiatnya : 

1. Mengecutkan rahim selepas bersalin, sekaligus menjadikan ibu-ibu awet muda. 

2. Kalau rajin amal, tak perlu lagi jamu atau majun. Di dalamnya sudah terkandung berbagai-bagai khasiat untuk wanita. 

3. Bagi ibu yang baru bersalin, untuk mengecutkan rahim, perlu ambil seminggu sekali sahaja.

4. Boleh jadikan ubat untuk menjarangkan anak – minum selama tempoh hendak menjarangkan anak.

5. Melawaskan kencing dan mengelakkan sakit batu karang serta buah pinggang.

6. Membantu melancarkan pembuangan angin.

7. Membantu ibu-ibu yang bakal menopause.

8. Bagi yang mengalami strok, minum dan sapukan pada tempat strok. Insya-Allah sembuh.

9. Jika rajin diamalkan minum air nanas batu, Insya-Allah 20 tahun lagi pun masih seperti dara..

10. Dikatakan mampu mengubati penyakit buasir.

11. Merendahkan paras kolesterol dalam darah.

12. Membuang toksin dalam badan. 

13. Melancarkan perjalanan darah. 

14. Mencantikkan bentuk badan

15. Menegangkan kulit

Nenas Batu ini amat baik untuk mengatasi masalah kelesuan,penurunan daya seksual, menjadikan pengaliran darah seimbang, memulihkan tenaga dan memulihkan segala urat yg rosak lepas bersalin, awet muda, masalah senggugut, keputihan, buasir, buang air berdarah... 

Bukan untuk pompuan aje, laki pun boleh. Nenas Batu ni boleh guna berulang2 kali... bertahun2 kalau tak kerap guna. Kalau kerap guna pun rasa lebih dari setahun. Selagi kelopak dia mengembang bila dijemur... selagi tu la nenas batu ni tetap boleh digunakan..

CARANYA MENGGUNAKANNYA

1. Basuh sehingga cuci bersih.

2. Rendam ke dalam jag berisi air panas.

3. Biarkan satu jam (sehingga buah itu tenggelam).

4. keluarkan dan tapis sebarang sepihan kelopaknya. Airnya tahan selama 3 hari.

5. Nenas batu yang sudah direndam jangan dibuang, jemur hingga kering di tempat yang ada cahaya matahari. Pada minggu yang lain,rendam lagi.

6. Buah ini apabila direndam, kelopaknya akan tertutup rapat. Ia kembang kembali bila dijemur. Jika kelopaknya tidak boleh kembang lagi, tanda khasiatnya sudah habis dan boleh dibuang.

7. Nenas batu boleh digunakan sehingga setahun dan lebih. Bergantung pada penggunaan.

Ada sesapa yg amalkan minum air rendaman nenas batu..??meh kongsi pengalaman..

KALAU INGIN MENCUBA BOLEH DAPATKAN DI BLOG MYRA JAY


Jom Daftar Says dan dapatkan RM5 percuma
Siapa yang minat Hanis Zalikha mesti akan suka game ni...
Zam zam ala kazam! Masterchef ajar masak guna "Serbuk Ajaib"?
"Mak... Ayah? Jangan tinggalkan saya sendiri..." 

Adam & Hawa episod 19



Klik gambar di atas untuk sertai peraduan Tonton dan Menang Adam & Hawa



Setelah Ain mengetahui keadaan sebenar dirinya. Dia mula merasakan satu kehidupan yang baru. Tanpa tanggungjawab seorang suami setelah 3 bulan tanpa nafkah zahir dan batin dengan sendirinya akan terjatuhnya talak.

Ini membuatkan Johan makin rapat dengan Ain malah Ain merasakan dia `bebas` dari perkahwinannya.
Setelah berapa lama Ain dan Adam dengan kehidupan sendiri. Adam tetap merindui Ain dan tahu Ain tetap berkeras. Tanggungjawab sebagai suami Adam tetap jalankan…terutamanya isu nafkah.

Ain sentiasa mengikut perkembangan keluarga. Begitu juga dengan Adam. Ain dapat merasakan Adam kini bersama Dee bila terlihat gambar perkahwinan Kak Zah. Gaya Dee yang manja bersama Adam jelaskan menunjukkan mereka terus bersama.Ain suka bila ada yang menjaga Adam tapi dalam masa yang sama hatinya sedih..dia sendiri tak pasti apa sebenarnya yang tersentuh di hati..!!

Ain nekad menyambung master di Australia walaupun Johan dan Azie terus memujuknya. Kini Ain sendiri di Australia bila Johan dan Azie balik ke tanah air.Ain heran maknya tak pernah putus berikan duit belanjanya. Tapi alasan Normah pada Ain langsung tak mendatangkan syak wasangka.Adam makin resah dalam penantian menunggu Ain. Kini Ain lebih banyak masa bersendirian teringatkan semua kenangan dulu. Mula ada rasa rindu pada Adam…perasaan rindu yang tak mampu membohongi dirinya sendiri.. 

Wednesday, 26 September 2012

Nostalgia bandar Kuantan

Sape2 yg duk Kuantan atau belajar kat Kuantan suatu masa dulu pasti rindu nk tgk gambar2 ni..jom layan...
Gambar2 ni semuanya masa tu saya masih bersekolah...

"Mak... Ayah? Jangan tinggalkan saya sendiri..." 

Kompleks Teruntum yg satu ketika dulu sgt lah fofuler sbb satu2 nya shopping komplexs yg ada kt Kuantan..betul tak...??mmg tempat ni lah yg kami kagum sgt suatu ketika dulu..tak mcm skrang mcm2 ada kan...sekarang ni kesian plk saya tgk..sunyi sepi dah shopping kompleks ni..


Ni pulak kat Benteng tepi Sg Kuantan..saya dulu selalu makan nasi ayam dan ABC kat sini dgn keluarga...

Photo: /Benteng Sg. Kuantan tahun 80an.

Sape tau ni kat mana..ni kan dulu orang panggil stesen bas pokok buluh...pokok buluh tu la trademark kat situ..

Photo: /Stesen Bas Pokok Buluh - Julai 1989

Kat area Taman Kerang..mmg femes tmpat ni dulu...




Perasan tak tempat makan ni..ni dekat sebelah stesen teksi depan Balai Polis tu kan...sekarang takder dah...


Kapal karam ni sgt la femes dulu kat Sg Kuantan ni..ada restoran kan kalau tak silap dlm tu..saya tak pernah masuk pun..


Bangunan Cold Storage tu dah jadi Tabung Haji kan sekarang...


Ni depan Kompleks Teruntum kan...tp tak tau la umah ape ni..


Stesen bas lama kat tepi sungai tu...amat2 rindukannya..sbb kat sinilah saya naik bas turun bas..I MISS BAS SIHAT....bas sihat tu nama bas utk ke tempat saya...kalau nak gi KL pun masa tu naik bas express kat sini..


Tapak ni la dorang pindahkan stesen bas lama kt atas tu...tp tak kekal lama pun...sekarang dh jadi kawasan depan Kuantan Parade..betul tak..


Saya sayang Bandar Kuantan..


Kalau nak tau kg saya di Kuantan ni la tempatnya...umah saya dekat benor la dgn Pantai Batu Hitam ni..Jadi cuti bulan 12 nanti sesapa yg dtg ke pantai ni jgn lupe calling2 ye...kita dating kat sini...tapi sekarang batu2 tak byk mcm ni dah..dh tinggal sikit..teringat masa kecik2 dulu selalu cari siput kat sini..

80an


90an
File:Batu Hitam 003.jpg

Pantai Teluk Chempedak satu ketika dulu...jgn tak tau sgt nostalgia tempat ni..takler mcm sekarang..sesak betulllllll....





Pantai Teluk Chempedak yg belum dibangunkan sepenuhnya...

[IMG_0563.JPG]

Ni la bas utk ke kampung saya..nama jer Bas Sihat tp sangatlah tidak sihat.,..hihihihi...



Air Terjun Panching..dulu time sekolah mmg selalu la dtg sini sbb ikut rombongan sekolah...rindunya dgn waktu tu...



Simpang empat berhampiran Jabatan Ukur, Jalan Beserah...wow..mmg tak sangka ctk tempat ni dulu..tau tak sekarang sgt sesak ooo simpang ni..dah ada traffik light pun..kat kete merah tu simpang nk ke Teluk Chempedak..kt motor nk ke Sg Lembing dan simpang kt kete putih tu nk ke Beserah umah my family..jalan lurus tu nk ke bandar Kuantan..saya rindu betul la dgn situasi yg dulu..Bandar Kuantan yg sekarang ni amat2 lah sesak tau..



Tu jer gambar yg saya dapat share..sekadar nak buat kenangan..dari mana saya dapat gambar2 ni..??
dari fb Kuantan ler..


Jom Daftar Says dan dapatkan RM5 percuma
Siapa yang minat Hanis Zalikha mesti akan suka game ni...
Zam zam ala kazam! Masterchef ajar masak guna "Serbuk Ajaib"?

Adam & Hawa episod 18


Klik gambar di atas untuk sertai peraduan Tonton dan Menang Adam & Hawa



Adam makin rindu dan sayang pada Ain. Entah kenapa perasaan tu makin kuat walaupun Ain terang-terangan menolaknya. Adam kini sering ke kampong Ain melawat keluarga mertuanya. Dan secara tak langsung mendekatkan dirinya untuk mengetahui Ain lebih mendalam. Bilik Ain menjadi tempat Adam tidur. Adam terjumpa Diari tulisan Ain yang ditinggalkan sebelum pergi ke Australia.

Tuesday, 25 September 2012

Adam & Hawa episod 17



Klik gambar di atas untuk sertai peraduan Tonton dan Menang Adam & Hawa



Walaupun Adam cuba merayu pada Ain. Ain tetap dengan pendirian melupakan Adam daan kisah lalu mereka. Adam tak sangka keras sungguh hati Ain dan tiada ruang langsung untuk mereka.Yang hairannya air mata Ain tak mampu bertahan walaupun tu keputusan muktamad darinya. 

Johan mengambil peluang terus rapati Ain untuk mengetahui siapa lelaki bersamanya. Ain masih belum bersedia untuk berkongsi masalah dengan sesiapa pun walaupun Azie sendiri kerana dia sebenarnya ingin melupakan semua kenangan pahit tu.Keputusan yang dibuat sedikit sebanyak memakan diri Ain sendiri. Memang rindu pada Adam tetap membara. Cik Ted sentiasa menemani Ain sebagai penganti Adam tapi kerana maruahnya Ain tetap pertahankannya.

Adam kecewa dengan cara Ain yang langsung tak beri peluang padanya.Sedikit sebanyak Ain rasa selesa ketika bersama Johan. Keakrapan mereka membuatkan kawan baiknya Azie persoalannya. Ain terkedu bila soalan hubungan bersama Johan terkeluar dari mulut Azie. Hati Ain terus bergelora, dia sendiri tak pasti..!!

3 datang bertenggek

Inilah yg dikatakan rezeki..sekali datang tu dia....3 CPUV melekat..Ya Allah gembira tak terkata saya ni sbb kalau dikenangkan dulu betapa susahnya blog ni nak dikasi CPUV atau dulu lebih mesra dipanggil BE..Iklan saya yg terdahulu semuanya dh stop running..walaupun iklan Maxis tu statusnya masih on going tapi sebenarnya dh lama pun tak jalan dh..cuma tak tau nape dia masih belum credited...

Harap2 3 iklan ni dapat la bertenggek lama sikit sbb saya ni harapkan ada iklan CPUV cam ni jer la earning saya bergerak..semua ni rezeki kan..Alhamdulillah...sentiasalah kita mengucapkan tanda syukur kepadaNYA...

Tip2 untuk mendapatkan iklan CPUV ni korang boleh belajar dari blog Dunia Sebenar Shida..

CPUV ke 5,6,7 

3 iklan tu ialah Dutch Lady Activgold,RB Veet It Off 1 dan RB Veet It Off 2
Ni lah iklan CPUV yg saya nampak ada pagi ni kat bawah entry..tak tau part 1 atau part 2...Ada contest ,sape nak join klik je kat bawah entry tu..jgn malu2..kalau time iklan tu keluar la...
Tq Nuffnang..


*Entry semalam pasal Innershine tu ramai yg tanya..Innershine tu khas utk mata ke...
yg saya minum tu pati prune khas utk kulit..(maklumlah umur dah semakin muda kan...)
yg utk mata tu pati berry..jadi jgn tertukar ye..Rasa minuman ni mcm rasa buah tp manis sikit..pas minum kena sulam dgn air masak..kelebihan Innershine Pati Prune ada kat sini..

  





Monday, 24 September 2012

Beli Innershine dapat hadiah cawan


-Entry peram dari bulan lepas-
Bulan lepas saya beli Innershine ni kt Guardian..kebetulan time tu ada offer dapat cawan..Harga utk sekotak yg mengandungi 12 botol ni pun dalam RM48++..saya rasa mmg murah sbb biasanya rm50++..sekarang tak tau la offer ni masih ada lagi atau tak..


Ni la cawannya..haruslah saya yg pakai cawan ni...sbb tgk tu kan warna purple..hehehe
kalau sempat kumpul 3 koleksi ni kan best...


Arini Asyraf akan ambik exam besar utk sekolah agama (PSRA)..moga2 dia akan tenang menjawab soalan2 peperiksaan..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

All Right Reserved To fieda . Full Edit By Cik Rose Cute.