Wednesday, 31 October 2012

Update status FB dari dalam kubur

Dah tak tau nak update ape dah...Nak bw dan balas komen line amatlah semput dan buat saya rasa merajuk dgn BB ni...huhuhu...Maaf yer sayang2 GSF semua.....bukan sombong tak nak gi umah korang tp line ni buat saya rasa bosannya nak jalan2..Terima kasih jugak pada semua  yg sokmo2 datang sini...Sayang sokmo la.....Jom layan gambor comey ni dan ada cerita di bawah...sekadar utk muhasabah diri...


Suatu malam, sebelum tidur si anak bertanyakan ayahnya.

Anak: "Ayah, boleh tak adik update facebook dari dalam kubur?"

Ayah: "Tak boleh sayang.."

Anak: "Kalau adik nak update juga?"

Ayah: "Tak boleh. Kalau facebook boleh diupdate dari dalam kubur setelah mati, mungkin ini statusnya:

1. "Allahurobbi! Besarnya ular! Banyaknya kepala dia!"

2. "Ya Allah! Lipan banyaknya! Kala jengking besar-besar!"

3. "Allah! Mak abah tolong!! Tolonglah keluarkan daku dari tempat yang menakutkan ini!"

4. "Arghhhhhh! (tulang rusuk kanan bersatu dengan tulang rusuk kiri dihimpit bumi kiri kanan)"

5. "Ya Allah! Sakitnya tidak terperi lagi dipalu malaikat-malaikatMu ini..aku bertaubat Ya Allah..ampunilah daku!"

6. "Ya Allah! Panas membakarnya seluruh tubuhku ini! (tubuh dipanggang)

7. "Ya Allah! Gelapnya di dalam kubur ini...takuttt..."

8. "Ya Allah! Kembalikanlah aku ke dunia! Aku berjanji akan taat!"

Adik: "Boleh tak kembali ke dunia setelah mati?"

Ayah: "Sesungguhnya sudah tidak ada peluang kedua lagi apabila jasad telah terpisah dari roh. Merayulah keluar air mata darah sekalipun, tidak lagi akan dikembalikan ke dunia."

Adik: "Hmmmm..jadi tak bolehlah update ya.."

Ayah: "Ya tak boleh. Update facebook tidak perlu. Update iman dan akhlak sangat perlu. Update ilmu al-Quran juga perlu. Mereka yang lalai dengan facebook akhirnya akan update status-status seperti ayah ceritakan tadilah. Orang-orang yang melebihkan facebook, twitter melebihi Tuhannya, akan mengalami situasi-situasi tersebut. Adik mahukah begitu?"

Adik menggeleng-geleng kepalanya seraya menyerahkan iPad kepada ayahnya.

Adik: "Ayah simpanlah benda ni. Adik tak perlukan. Esok ayah tolong carikan adik tempat belajar Quran ya. Adik nak belajar mengaji."

Ayah tersenyum memeluk anaknya. Mengucup lembut anaknya. Moga jadi anak yang soleh hendaknya. Amin..



Adam & Hawa episod 37-40


Episod 37



Eja cuba yakinkan Ain bahawa apa yang berlaku ada hikmah disebaliknya. Pertemuannnya dengan Am di Mekah mungkin pemulaan untuk kehidupan antara mereka. Ain menjadi keliru dengan perasaanya.

Azie cuba menduga Ain tentang tujuan Mama Johan melawat keluarga Ain di kampung. Dalam hati, Tuhan saja yang tahu bagaimana perasaan Azie bila dia dapat tahu Mama Johan mungkin akan merisik Ain. Azie juga perasan Ain seolah-olah menyembunyikan sesuatu dari pengetahuannya. Namun, Ain juga menafikan.

Faridah menyampaikan hajat Johan kepada mak Ain. Normah kecewa dengan keadaan ini apatah lagi Johan sememangnya tahu tentang status Ain. Normah cuba mengingatkan Ain tentang pengorbanan Am selama ini padanya.


***************************************************************

Episod 38



Keluarga Johan beri Ain masa 6 bulan untuk bersedia tapi apa pula hubungan antara Johan dan Azie? Apa pula dugaan yang akan Adam hadapi selepas ini.

************************************************************

Episod 39



Normah dan Eja cuba menggertak Ain tentang Azie dan Johan. Ain langsung tidak notis perkara tersebut dan kini sering menjadi tanya buat dirinya.

Johan pula menjaga Azie yang terlantar di hospital dan keadaan itu membuatkan Azie semakin rasa selesa dengan Johan. Ini memberi peluang kepada Azie untuk membandingkan dirinya dengan Ain.

Ain runsing memikirkan apa yang dikatakan oleh adik dan ibunya tentang hubungan Johan dan Azie. Azie pula sentiasa cemburu dengan Ain. Apakah yang dipikirkan oleh Ain sekarang?


**********************************************************

Episod 40



Adam terus cuba memenangi hati Ain dan ketika itu Ain juga muka terasa dirinya ingin dibelai seperti seorang wanita lain juga. Tetapi Ain terfikir mengapa Adam tidak pernah jemu walau bertahun dirinya berpisah dengan suaminya itu.

Azie pula cuba pikat hati Johan secara diam-diam tetapi Johan tidak pernah mengetahui perkara tersebut. Pada Johan dia mengambil berat tentang Azie kerana mereka seperti rakan baik sahaja.

Azie mula mendekatkan diri pada Johan. Johan pula semakin rasa gembira bersama Azie, dan dia pula runsing memikirkan antara perhubungan mereka. Adam pula masih berusaha untuk mencuri hati Ain kembali. Adakah Ain akan terbuka hati untuk Adam kembali?

Tuesday, 30 October 2012

Sweet & Sad

Isteri merajuk manja sebab suami tak minum kopi yang dibuatnya pagi tadi..

Suami cuba memujuk, tetapi isteri tetap berdiam diri. Berjam2 lamanya, sehingga suami membongkar satu rumah mencari sesuatu. Tak sabar dengan karenah suami yang menyelerakkan barang2, isteri pun bertanya

Isteri : Abang cari apa nie?
Suami : Suaramu Sayang.. :)

:: ololololo... comel jer...^_^ ::

tapi yg bawah ni situasinya berlainan..sedih sangat...

******************************************************************

Girl : Awak... Saya nak cincin hubungan kita...
Boy : Untuk ape? Malas la... Awak... Petang ni kita jumpa tempat biasa ok..
Girl : Hurm... Yelah...
Boy : Awak... Cuba tutup mata awak... Saya nak bagi hadiah...
Girl : Hadiah? OK...
Boy : OK... Cuba tengok ni... Saya belikan patung beruang untuk awak...
Girl : Awak !Saya tak nak patung beruang... Saya nak cincin hubungan kita! ( Sambil membaling pat
ung beruang itu di jalan raya )

Lelaki itu pun terus berlari untuk mendapatkan patung itu balik dan berada dalam gengamannya... Tiba-tiba sebuah kereta meluru ke arah lelaki tersebut dan badannya di gilis sehingga lelaki tersebut tidak berdaya untuk bergerak... Lalu perempuan tersebut menjerit
dalam keadaan yang bergegas... Perempuan mengambil patung di tangan lelaki tersebut dan patung itu berbunyi...

'You... See in my pocket...'

Dan terlihatnya satu cincin yang sangat cantik...
Dan patung itu terus berkata...
Will you marry me? Di saat itu...
Mengalirnya air mata perempuan tersebut...
Tetapi sudah terlambat untuk menyesal...
Kerana lelaki tersebut sudah pun pergi untuk selama-lamanya...

Perhatian kepada pemilik banner iklan di blog ini

Salam...Buat semua pemilik banner2 iklan di bwah header dan side bar blog ni sila inform pada saya ye samada korang nak teruskan lagi atau tidak utk letak banner tu..seperti yg sedia maklum bermula bulan NOV 2012 ruang iklan tu akan jadi ruang iklan berbayar..tak mahal pun cuma RM5 sahaja sebulan...Cara bayaran pun mudah jer korang cuma belanja saya top up ajer..tak yah susah2 nak bank in..tapi kalau nak bank in pun boleh jugak...

Ni statistik uv yg terkini utk blog ni..


Kepada sesiapa yg berminat untuk letak banner sahaja bayaran adalah sebanyak RM5 sebulan..Jika mahukan 1 entry promote sticky post 24 jam + banner sebulan bayaran hanyalah RM10 sahaja... untuk detail sila email saya di fieda.rafli@yahoo.com...


Pemilik banner yg sudah confirm 


 Umialya @ Kak Tinie (kopi barli) - 30 Jun 2013 (done payment bank in RM15)
Nazariah -  15 July 2013 (done payment bank in RM30)
Almari Baju Aisyah - 4 Jun 2013 (done payment)
Antivirus termurah -7 Jun 2013 ( done payment)
Rahsia Matematik -10 jun 2013 (done payment)


---------------------------------------------------



Monday, 29 October 2012

Sedap rupanya bayam goreng ni....

Dengan muka tak malu saya bgtau sebelum ni saya tak pernah tau kewujudan bayam goreng ni..sehinggalah saya tgk ada kawan post gambar kat fb..tp masa tu tak terdetik pun rasa nk terai...sbb rasa mcm pelik jer...hihihi..Bile tengok entry kwan kita ni tempohari terus la rasa nak mencuba jugak..


Saya pun try la tp saya guna tepung magik...ala tepung yg femes kat fb tu....wahhhh....sedap jugak ye...dh macam kerepek plk rasanya...kebetulan bayam yg saya beli tu daunnya kecik2..kalau dapat yg besar2 baru puas hati..apalagi jom lah try...


Anak2 duk tanya kalau buat dgn sayur sawi boleh ke mama....hihihi..boleh jer...tp tak tau la camne plk rasa nya kan...

Thursday, 25 October 2012

Salam Aidiladha



Adam & Hawa episode 33-36

Episod 33


Adam.Hawa.E33 by kepalabergetar

Ain tidak dapat mengawal perasaannya sehingga dia menitiskan air mata kerana tidak sangka dugaan yang datang menimpa terhadap dirinya.

Johan pula sedikit lega apabila Azie memnghubunginya dan memberitahu apa yang telah terjadi namun Johan masih tetap merasakan sesuatu yang akan terjadi terhadap Ain.

Adam pula kini mula menerima hakikat jika Ain bukan lagi jodohnya. Namun ada sesuatu yang dirancang oleh Maria untuk Adam dan Ain. Tetapi Adam tidak setuju dengan rancangan tersebut. Apakah rancangan yang dimaksudkan?

*********************************************************************


Adam mula merasa seperti kebudak-budakan apabila Maria terpaksa merancang untuk menyatukan mereka semula. Akibat termakan pujukan Maria, Adam terpaksa mengikutkan sahaja.

Adam mula menghubungi Ain seperti yang disuruh, Ain pula terpaksa mengikuti Adam mencari hadiah untuk Erin. Mereka berdua seakan tarik tali dan menunjukkan perasaan ego yang tinggi antara satu sama lain.

Namun ada sesuatu perkara yang membuatkan Ain kagum dengan Adam selepas mereka berdua cuba berbaik-baik.

*********************************************************************

Episod 35


Adam.Hawa.E35 by kepalabergetar


Ain masih marah kepada Adam, amat sukar baginya melupakan sejarah hitam yang lalu.Adam mendapat info tentang Ain yang keluar makan malam bersama Johan. Adam terus ke kedai makan tersebut dan ternampak Ain dan Johan sedang makan.

*********************************************************************


Mak Johan telah menghubungi Mak Ain untuk datang ke kampung halaman Ain. Apakah tujuan kedatangan tersebut? Adakah Johan ingin “merisik” Ain?


Wednesday, 24 October 2012

Hadiah dari kawan


Nak selit gambar hadiah2 dari kawan blogger sebagai kenangan..Muqaddam bergambar yg saya terima 2 minggu lepas dari Kak Yong sbb menang ga..Ga tu dah lama dah tp Kak Yong baru htr hadiah sbb katanya muqaddam ni baru jer ada stok...siap dgn cd bacaan sekali..


Sarung lengan dari Hijabul Azzwaa Boutique saya baru jer terima baru2 ni...baik hati owner ni kasi hadiah tau..bukan susah pun cuma like dan follow pastu dapat hadiah..Saya tau pun dari blog Ina...Korang nak cuba masih belum terlambat sebab tawaran ni sah sehingga November 2012..selanjutnya klik sini...Saya doakan moga bisnes beliau success..


Eh lupe plk satu lagi hadiah tu...Maskara dari Myra Jay...sbb tersenarai dlm top commenter di blognya baru2 ni..Terima kasih semua...


Kata2 bermakna

Renungkan kata2 di bawah ini...amat dalam maknanya...sekadar perkongsian utk peringatan diri sendiri...







Jom Daftar Says dan dapatkan RM5 percuma

Tuesday, 23 October 2012

2 CPUV baru/selamat berpantang Ina

Rezeki berblog masih belum putus..Alhamdulillah..bukak2 Nuffnang pagi ni tgk ada 2 CPUV baru...
2 CPUV lepas dah dicreditkan..Jadi yg masih berjalan sekarang adalah 4 iklan..harap lama sikit melekat tu...
2 CPUV itu adalah Iklan L'Occitane Anti Wrinkling dan Nokia Lumia Asha Year End..


L'Occitane nak kasi kat fan fb mereka sampel serum sehingga 31 OCT 2012..Jadi utk selanjutnya korang boleh klik sini atau iklan kat bawah entry saya ni...kalau time iklan tu keluar la..


Nokia pun nak kasi hadiah jugak tau kat customer dorang sehingga 31 DEC 2012 ni...wow..ada kereta Toyota Vios,motor Yamaha dan hp Nokia Lumia...macamna nak dapat tu....??selanjutnya klik sini..

Prize Details


***********************************************************************

Juga ucapan tahniah buat rakan blogger kita Ina yg telah selamat melahirkan cahaya mata kedua nya petang semalam seberat 2.65 kg..jantina baby sama2 lah kita tggu entry dari Ina nanti...yeyey Alisha dah dapat adik...pasni Alisha dah kena kongsi la blog dgn adik ye....Selamat berpantang Ina...moga2 Ina dan baby sihat2 ye...

IntaNBerliaN

*sedih dgn line broadband ni...semput,tenat,seeh semua ada kalau dh habis limit ni...susah saya nk balas jejak..slow2 saya jenguk korang....



Monday, 22 October 2012

Anak sapa la ni........





Yang ni lagi haru..siap ayat politik lagi tu...





Sunday, 21 October 2012

Banner ketiga/Pakej hebat dari Exabytes RM39.90 saja

Terima kasih Exabytes kerana masih memberi kepercayaan utk saya tepek banner ads buat kali ketiganya....kontrak kedua dah tamat tempoh arini..jadi 3 ari lepas saya ada try apply baru...petang tu terus dapat invoice dan keesokan arinya pihak Exabytes dah htr code banner..Jadi arini  tertepek la banner baru Exabytes di bawah header tu..Bayaran yg diberikan kali ni masih sama iaitu RM50 untuk 3 bulan..Alhamdulillah..

Ada yg nak cuba join dengan Exabytes...sng jer cuma letak banner iklan mereka dalam blog...
tapi syaratnya uv mesti maintain 350 uv sehari...



----------------------------------------------------------------------------------------------------

Exabytes Launches Its Latest Bundle Package 
(.Asia Domain + SiteLock + Instant Backup) At RM39.90

Exabytes Network Malaysia, a leading web hosting provider announces the launch of a special bundle package, which are SiteLock, a website hacking prevention solution, Instant Backup, an automated online backup service and a .Asia domain being sold at only RM39.90, a price relatively low compared to its actual value RM207 if customers were to purchase all the three products separately. 

The super bundle consists of security, backup and domain name
SiteLock 

SiteLock is a website security and anti-malware scanning services designed for websites of SMEs. It protects users’ websites against hacking, viruses, cross-site scripting, SQL injection and even email blacklisting. SiteLock also alerts its users when their websites are blacklisted by Google to avoid costly business losses. 

Instant Backup 

Instant Backup helps protect the data on multiple PCs and laptops by creating a backup, irrespective of their locations. The backup process is done via the Internet to an external secured data center a.k.a. in the cloud, in a fully automated way without human intervention. To ensure maximum data security, customers’ backup data is encrypted and securely stored. 

Asia Domain 

.Asia is a domain extension sponsored by the DotAsia Organisation. It is a regional domain for companies, organizations, and individuals that have a target demographic market in Asia, Australia, and the Pacific. .Asia domains improve businesses' international recognition, regional competitiveness and online identity. 

Exabytes bundle package is available for sale from September 26 until October 31. However, customers can also choose to purchase the products separately, which are priced at RM99 (.Asia domain), RM59 (Instant Backup Mini 10GB) and RM49 (SiteLock basic) respectively. 



Friday, 19 October 2012

Meow baca buku sampai tertido


Adoii...punyalah besor saya tergelak tgk gambar ni...bkn main comel betul meow tu...
udahlah situasinya sama jer mcm anak2 saya ni haaaaaaaaaa.....mmg mcm tu la rupa time nk exam...
cuba kalau bagi main game ceroh bijik mata sampai 3-4 jam..baca buku 10 minit terus menguap2...



Dah lepas exam gini la gayanya...kikikiki...



Masih ada lagi komen belum publish..slow2 ye nanti saya balas jejak..broadband dh abis limit la pulok...
seksa betul nk loading satu2 page...


Adam & Hawa episode 32



Eja mula memaksa kakaknya untuk cuba terima dahulu perubahan Adam, lebih-lebih lagi ibu mertuanya yang sangat baik hati. Perkara ini membuatkan Ain merasa serba salah dan akhirnya terpaksa juga Ain menjemput Adam dan mertuanya di KLIA.

Adam semestinya lebih bijak apabila menggunakan ibunya untuk memujuk Ain dan ini membuatkan isterinya itu makin marah dan geram terhadap tindakan Adam itu.

Johan pula semakin resah apabila Ain tidak menjawab panggilan telefon mahupun membalas SMS yang diberi. Azie menjadi tempat Johan mengadu dan meminta bantuannya untuk memeriksa sendiri apa yang telah terjadi dengan Ain.

Thursday, 18 October 2012

Perbualan biasa suami isteri...hihihi

Sepasang suami isteri yg telah mempunyai 3 orang anak, sedang
berbual sambil menonton TV di dalam bilik mereka. Si isteri bertanya
kepada suami beberapa soalan.

* Isteri : Bang, kalau saya mati dulu, abang kahwin lagi tak?

* Suami : Abang rasa, abang mungkin kahwin lagi. Kerana,
anak-anak kita perlukan orang yang boleh beri perhatian. Makan minum abang
pun adalah orang yang sediakan.

*
Isteri : Habis, kalau abang kahwin lagi, abang kasi ke dia
duduk rumah kita.
* Suami : Yelah. Sebab rumah ni mahal, takkan nak biar kosong
macam tu saja?

* Isteri : Abang kasi ke dia guna bilik, kita, toilet kita?
* Suami : Ya yang, sbb takkan abang nak buat bilik lain khas
untuk dia. Nanti bilik ni, membazir pulak.

* Isteri : Abang kasi ke dia pakai almari kita?
* Suami : Ye yang, almari kita ada 4 pintu takkan nak bagi org
lain pulak.

* Isteri : Abang kasi ke dia pakai katil kita?
* Suami : Terpaksalah yang. Sebab katil kita tu baru je beli
sebulan.

* Isteri : Baju tidur saya, pijama dan towel saya?
* Suami : Takkan itu abang nak bagi kakak & adik awak. Jadi,
drpd tak dipakai, lebih baik kalau abang kasi dia aja.

* Isteri : Handbag saya, kasut saya, ?
* Suami : Itu tak boleh, sebab dia suka handbag kaler maroon,
kasut dia saiz kecil drpd awak, saiz 5.....

* Isteri: @#$%????!!!!!
* Suami: (Dalam hati)Alamak!!kantoi...

saje share gambar ni sbb comel jer..tp mcm ada kena ngena jer dgn cite kat atas tu..hahahaha...


*korang pernah alami tak situasi seperti cite ni..terus terang la saya bgtau mmg soalan pertama tu saya suka tanya tp mmg tu la jawapan yg saya dpt..pahtu mula la kita nk marah dan bermain dgn perasaan..dan2 suami kata tu la nak tanya sgt kan...hihi...


Jom Daftar Says dan dapatkan RM5 percuma

Adam & Hawa episode 31



Ain masih tidak boleh menerima perbuatan mengikat perkahwinan melalui duit Adam kerana terasa dipermainkan. Ain mula teringatkan semua perkara yang berlaku melibatkan dia dan Adam. Dia menangis semahunya dan tidak menyangka masih menjadi isteri Adam yang sah.

Wednesday, 17 October 2012

Adam & Hawa episode 30

*Teruskan layan Adam dan Hawa yg semakin membara kisahnya..hihi..ramai duk bengang dgn Johan tu...dok sedor yg Ain tu bini org wehhh....
Takde masa nk hadap blog tp drama ni tetap saya hadap...hihihi..sesiapa yg belum layan kalau korang try layan pasti akan terjebak.....tak caya...??cubalah try test...


Adam.Hawa.E30 by kepalabergetar

Ain mula merasa rimas dengan sikap Johan yang menyoal bertalu-talu kerana Ain menganggap mereka hanya teman biasa yang rapat. Johan menyangka bahawa Ain adalah teman istimewanya kerana menerima rantai cincin pemberiannya sebelum ini.

Dalam pada itu, Fauzi yang juga pelajar kepada Ain mula menunjukkan minat dengan terhadapnya sehingga membuatkan keadaan bertambah teruk dengan sikap mereka.

Sementara itu, kerinduan Adam terhadap Ain semakin bertambah dan dia sendiri tidak sabar ingin berjumpa dengan Ain kelak.

Namun setibanya Ain di kampung, bermula topik perbualan yang sering menjadi tanda tanya emaknya sendiri. Apakah topik perbualan yang dimaksudkan itu?


Sinopsis Adam dan Hawa

Tuesday, 16 October 2012

Servis habuk

Salam sayang buat semua...fuhh...sedikit berhabuk blog ni sbb tuannya menyepikan diri beberapa hari ...bukan ape nk bagi tumpuan sikit kat anak2 yg duk sibuk dgn exam akhir tahun..tu yg malas nk bukak blog..terima kasih pada semua yg tetap dtg singgah sini walaupun tuan umah takder kat umah....hihi...


Komen2 yg belum publish pun ada dekat 200 komen...Jadi apalagi misi pagi ni adalah utk membalas jejak selagi termampu..kalau tak mampu kenalah sambung esok plk ye...

Kata2 motivasi diri utk pagi ni...


Adam & Hawa episod 29



Sepanjang penerbangan Ain asyik teringat kata-kata romantik sebelum mereka berpisah sebentar tadi. Azie pula masih geram dengan respon yang diberikan Adam bila dia cuba menggoda Adam.

Ain mula merasa lucu apabila Azie tidak henti-henti meluahkan rasa kecewa dan geram kerana Adam langsung tidak melayannya. Pada masa yang sama, Ain mula terfikir apakah reaksi Azie jika dia mengetahui Adam itu adalah suaminya.

Namun ada sesuautu yang membuatkan Ain risau dan perkara ini sering menghantui fikiran Ain yang sememangnya sudah gundah gulana.


Friday, 12 October 2012

Aiskrim yg sodap

Sebut jer aiskrim budak mana yg tak suka kan..jgn kata budak,mak budak bapak budak pun suka...setiap bulan time gi beli brg dapur mmg harus ambik satu bekas aiskrim wat stok dlm peti..baru2 ni bebudak ni ambik aiskrim ni plk..fuyooo...mmg sedap oooo...ada biskut oreo kat dalam tu..aiskrim nya halus jer..pernah dah beli jenama ni tp perisa lain...


mmg sedap..sebekas ni sehari jer kitaorg satu family habiskan..kecik jer...kitaorang pun berlima..mmg sehari jer la..


Paling suka sgt Maira ni la..kalau dia mkn aiskrim tak sah kalau tak comot..mmg dgn baju2 dia pun tumpang makan jugak aiskrim tu..tp tak ler selalu saya kasi dia mkn aiskrim...Sampai terselak selak duk ralit mkn aiskrim sambil tgk katun feveret dia..apalagi katun oggy dan lipas2 tu la...




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

All Right Reserved To fieda . Full Edit By Cik Rose Cute.