Friday, 23 November 2012

Samad yg gilo...hihihi

Saje kongsi kat sini...copy dari FB...



Samad : "helooo...mekdi?
~McD : "iye...McD sini..nak pesan ape encik?
•Samad : "ayam ade?"
~McD : "ade..."
•Samad : "boleh beradu dgn ayam laga sy x?"

~McD : "huh?" (letak telefon)

•Samad : "hello mekdi ke ni?"

~McD : "iye betul.. ooow ini yg tadi telefon yeee!!!
•Samad : " nak tanye makanan ini... ayam ade lagi?"
~McD : "ade...!!!"
•Samad : "nasi...dgn eskrim ade?"
~McD : "msh ade..."
•Samad : "kesian....tak laku ekkk...?"
~McD : "dasar orang gilaaaa!!!" (letak telefon)

•Samad : "hello mekdi?"
~McD : "orang gilaaa ko jgn main2 ek!!!"
•Samad : "iye... maafnak tanye, bukak 24 jam ye?"
~McD : "iye.. nape? nak pesan pape?"
•Samad : "tak... cuma kesian x tidur2 nih..."
~McD : (baling telefon)

•Samad : "hello ini mekdi?"
~McD : "ko jgn lebih2, aku blasah baru ko tau..!!! (start marah dh)"
•Samad : "maaf... serius sekarang nak pesan makanan nih"
~McD : " haa cmtu laa.. jgn main2 lg ye ... pesan ape?"
•Samad : "bubur kacang hijau besar punye 1"
Mcd~ (kejang... mulut Berbuih....& pengsan..)


Thursday, 22 November 2012

Kelambu moden

Sesiapa yang berminat untuk membeli kelambu moden boleh hubungi Nurul Hezrina di > > My Little Honey Dew < <.Pelbagai warna dan rekaan yg menarik..Pasti anda tidak rugi memilikinya terutama pada yg ada anak kecil..Di datangkan dlm 2 size iaitu king size yg berharga RM55 dan queen size yg berharga RM50...kos penghantaran adalah percuma...Jadi apalagi jom lah grab satu sebelum kehabisan stok..Nanti kalau balik kampung takder la kena serang dgn nyamuk lagi kan...Satu family kita pakat masuk dlm kelambu ni....hihihi...







Wednesday, 21 November 2012

Adam & Hawa episod 49-52

Episod 49



Ain bertemu dengan Johan dan Azie. Apakah yang di bincangkan? Dee pula masih berusaha untuk menghancurkan hidup Ain.


*************************************************

Episod 50



Ain bertengkar dengan Adam isu tentang mereka berempat dengan soalan-soalan yang menyakitkan hati dari Adam.

Johan pula rasa seperti dipermainkan oleh Ain selama ini hingga hati dan jiwa nya mula kacau bilau. Namun tidak pula pada diri Ain dan Azie yang lebih berfikiran positif dan menganggap ianya adalah ketentuan dan takdir dari Allah SWT.

Apakah yang Johan inginkan lagi dari Ain sedangkan dia sudah tahu yang Ain masih bersuami?


*******************************************

Episod 51



Johan kini semakin mendesak Ain untuk kembali kepadanya sedangkan dia tahu Ain kini semakin intim dengan Am. Apakah yang Johan akan buat?

***********************************************

Episod 52



Johan terus dengan niatnya untuk mendapatkan Ain kembali. Dan Dee juga teruskan usahanya untuk memusnahkan hubungan Ain dan Am. Adakah mereka berdua akan berjaya?

Dia mai lagi..

Pertama sekali nak mintak mahap kat kawan2 yg selalu jenguk sini terutama sekali kawan2 dari GSF...saya sejak duk kat kg ni mmg tak dapat langsung nk bw mcm biasa sbb yg pertama sekali line sgt la mcm hampeh dan keduanya laptop ni sentiasa dicontrol oleh anak2 yg sdg berpantang ni..jadi peluang saya nk pegang laptop ni mcm kat rumah seperti biasa mmg la amat tipis...hihihi..saya harap kawan2 paham ye..terima kasih pada semua yg selalu duk jenguk sini...

Arini tetiba terasa nk chek akaun Nuffnang tgk2 tu diaaaaaa....seketoi lagi CPUV/BE mai melekat sini..Iklan Colgate Total Diabetes..ada kuor kat bahagian atas nu...terima kasih byk2 la kat Nuffnang..

Ni saya share tips dari Shida cara2 untuk mendapatkan iklan CPUV/BE ni..Pada yg nak mencuba klik bawah ni...



Sehingga ke hari ni ada 4 iklan yg tgh running...tp tak masyukk sangat amountnya sbb iklan pun jarang2 keluar..

Tuesday, 20 November 2012

Almari Baju Muslimah

Tercari cari pakaian Muslimah...??Almari Baju Aisyah ada jawapannya..Pelbagai koleksi menarik ada di sana...Antaranya 

T-SHIRT MUSLIMAH HUMAIRA yang berharga RM 47.00

  

T-SHIRT MUSLIMAH NAUWAR yg berharga RM 42.00

  

KAFTAN LENGAN PANJANG yg berharga RM 38.00

  

Stok clearance untuk baju kanak2...Selanjutnya klik sini

  

  

Jika berminat hubungi Ujie di blognya Almari Baju Aisyah atau di FB Almari Baju Aisyah untuk membuat pembelian..

Diana Danielle bunting pelamin

Lepas Fasha Sandha bunting pelamin aritu kini giliran Diana Danielle plk..Alhamdulillah kan..mereka dikurniakan rezeki oleh Allah SWT dgn begitu cepat sekali...Oh ye ada juga yg tak tau maksud bunting pelaminni...Nak tau klik sini... 


Berita gembira itu ialah Diana baru sahaja post gambar ujian kehamilan di instagram. Pantas sungguh rezeki mereka datang. Diana dan Farid kamil baru sahaja bernikah pada 3 november. Alhamdulillah rezeki mereka dua.

Di bahagian status gambar itu diana menulis “The Most precious birthday present, thanks Allah SWT” kerana ini adalah hadiah hari jadinya yang terbaik bagi dirinya.

Tahniah diucapkan kepada Diana Danielle dan Farid Kamil mengenai berita diana danielle pregnant ini. Semoga dapat menjadi suami isteri yang soleh solehah dan menjadi ibu bapa yang baik.

Monday, 19 November 2012

Majlis khatam Al Quran Asyraf

Hari Ahad sebelum saya balik kg bersamaan dgn 11 Nov 2012 Asyraf terlibat dgn majlis khatam Quran kat sekolah agamanya..Alhamdulillah akhirnya anak mama dah khatam Quran..Macam biasa budak tecik yg tak nak adik ni sibuk nak bergambar bila dia dah pakai cun2 gini..



Sampai sana dewan dah penuh..kitaorang duk la belakang sekali..budak dua orang ni macam bosan la bila pas sorang2 cikgu duk bagi ucapan..saya nak ambik gambar pentas pun susah sbb jauh duk belakang..


Kat belakang takder orang sangat jadi sempat gak la bergambar gambar....hihihi..tgk Maira tu excited sungguh nak bergambor sampai kembang2 idung..



Turn Asyraf nak mengaji saya terus la gi depan nak ambik gambar..kang rugi plk takder gambar langsung kan...Asyraf tak nampk sangat dalam gambar ni sbb dia duk belah belakang sekali..yg bertanda anak panah tu dia lah..


Dorang khatam 3 pelajar sekaligus baca kat depan...Kalau nak baca sorang2 mesti ambik masa lama kan sbb pelajar yg khatam seramai  61 orang...Alhamdulillah...


Pas dah selesai dia sibuk dengan show drum circle nya plk..mmg best budak2 ni main alat muzik...terhibur la mak bapak dan cikgu dibuatnya..


Cenderamata dari sekolah untuk pelajar khatam...dapat jugak bunga telur dan pulut kuning...tak sempat nak ambik gambar semua dah masuk perut...hihihi..



Saturday, 17 November 2012

Dah selamat dipotong

Pagi semalam dah selamat pun acara potong memotong...kikikiki...takder la sebenarnya pagi semalam 2 anak lelaki saya dah pun selamat dikhatankan...Saya dan suami bawak pi kat klinik Syed Badaruddin kat Balok..Kami booking dari hari Isnin lagi masa saya baru sampai kat kg (Kuantan)...Saya pilih ari Jumaat utk acara potong memotong tu...Pagi2 sebelum klinik bukak pukul 8 pagi kami dah terpacak dah...ingatkan awal la tu..rupanya dan berbelas2 org dah tggu tau..kena ambik no giliran sbb sng ikut giliran masa nak potong...Saya dapat no 20 dan 21..Bayangkan pagi tu saje seramai 40 orang budak2 yg tggu giliran jugak....

Start dari kul 8 saya berkampung kat klinik tggu giliran hinggalah pukul 11.30 baru no tu dipanggil..boleh bayangkan tak punyalah lama kan..Kalau tau giliran kami pukul 11.30 dah tentu awal2 lepas dpt jer no kami cabut kejap balik umah...tak berani la nak balik sbb nurse ckp kejap jer doktor wat keje...x blh  pi mana2 kena tggu jer kat klinik..sekali 3 jam lebih tu baru kena panggil...

Sampai jer turn no 25 terus nurse kata tak boleh nak teruskan dah..kena stop dulu sbb doktor nak sembahyang Jumaat kan..Kesian kat yg no 26 ke atas sbb penat tggu dari pagi alih2 kena sambung plk turn petang...

Berbalik pada Asyraf dan Syahmi plk pas jer kena potong dorang keluar dari bilik tu senyum jer...tak sakit pun dorang kata...kikiki...sebelum tu seronok tgk budak2 yg dah lepas..semua keluar dalam keadaan ceria jer..takder yg menangis pun...

Sekarang ni saya dan anak2  masih lagi kat umah mak la kat kg..tggu dorang dah sihat nanti baru balik KL..Papa dorang balik dulu Ahad ni sbb Isnin dh kena keje...

Erm....sory,gambar takder ye sbb dorang malulah saya nk ambik gambar dorang yg tgh tergantung tu...korang boleh bayangkan apa yg saya ckp tergantung tu kan....hihihi

Adam & Hawa episod 45-48

Episod 45



Hubungan Azie dan Johan kini di ketahui oleh Ain. Apa yang dikatakan oleh adik dan ibunya semuanya betul. Apakah tindakan Ain selepas ini?

*****************************************************************************

Episod 46



Johan dan Azie yakin mereka sudah bersedia dengan apa sahaja dugaan tetapi sebaliknya tidak pada Adam dan Ain. Mereka berdua masih bertikam lidah tentang perasaan Ain pada Johan.

Azie pula terkejut apabila Johan bawa ke rumah berjumpa dengan ibu bapanya. Tetapi dalam isi hati Azie, dia masih fobia jika dituduh dia punca orang ketiga hubungan Ain dan Johan tidak menjadi.

Hubungan Ain dan Am kini semakin rapat angkara kecurangan Johan. Johan pula bawa Azie jumpa ibunya dan berterus-terang. Adakah ibu Johan akan terima Azie?

**************************************************************************

Episod 47



Dee masih berusaha untuk memisahkan antara Ain dan Am. Johan pula kini pening memikirkan perhubungan mereka. Apakah yang Dee buat untuk memisahkan Ain dan Am? Dan apakah keputusan yang di buat oleh Johan?

***************************************************************************

Episod 48



Ain telah mengetahui hubungan Azie dan Johan, dan Ain memarahi Azie.. Am masih berusaha untuk mendapatkan hati Ain kembali. Adakah Azie dan Johan akan berdepan dengan Ain?


Friday, 16 November 2012

Barangan kiut di Craft n Crochet

Korang sedang mencari barang untuk dijadikan gift atau utk keperluan sendiri...??barangan yg kiut2 seperti di bawah ni hanya terdapat di Craft n Crochet..Jangan malu2 klik saja link tu dan anda terus akan berada di dalam blogshop yg serba pink kepunyaan empunya yg sangat baik Puan Tihara....Pelbagai hasil kait ada di sana seperti hp casing,book mark,brooches,hair pin,hp strap dan mcm2 lagi...Jom jamu mata jap...

RM 10.00


RM 24.00


RM 1.50


RM 6.00


RM 10.00


Untuk selanjutnya sila klik Craft n Crochet untuk lihat pelbagai lagi koleksi yg cun2..

Ni pula entry review saya mengenai casing broadband yg pernah saya beli di blogshop Craft n Crochet ni..mmg cantik...


**************************************************************************

Oh ye...nak ajak korang turut sama memeriahkan ga like share dan menang anjuran Puan Tihara di fanpage nya....ada hadiah menarik menanti anda..Caranya

Like fanpage >> Craft n Crochet Tihara



Thursday, 15 November 2012

Salam Maal Hijrah

Hari Awal Muharram atau juga dikenali sebagai Hari Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam. Ini adalah kerana ia memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Ia berlaku pada 1 Muharam dimana ia merupakan hari pertama Takwim Hijrah.



Wednesday, 14 November 2012

Bersilih ganti rezeki ku

Alhamdulillah...murah rezeki blog ni...tak sangka minggu lepas saya dapat CPUV/BE Dutch Lady pastu minggu ni dapat plk iklan Maxis Hotlink Broadband...3 bulan lepas blog saya sgt kemarau iklan masyukk gini tapi alhamdulillah kini bersilih ganti dapat rezeki...Ramai kawan2 tanya jugak camne nak dapat iklan macam ni..saya pun tak tau nak jawab mcmna sbb saya ikut jer tip2 dari Shida..Insyaallah kalau ada rezeki tak ke mana...kat bawah ni tips dari Shida ye..



Rezeki jangan ditolak

Hadiah dari Ina dah selamat saya terima minggu lepas...cantik kan keronsang tu...tgk la warna pilihan mmg warna kegemaran...nasib baik takder org pilih kaler ni jadi dapatlah kat saya...dapat hadiah ni sbb tersenarai antara top 10 commenter..Terima kasih Ina...


Pas dah dapat hadiah dari Ina esok tu dapat pulak cek dari Exabytes..ni cek ketiga dah ni..laju sungguh dorang wat keje...Rasa mcm baru jer lagi tepek iklan tu...


Esok tu mcm tak caya plk ada lagi surat sampai kat peti surat..tengok2 dari Churp2...Dah lama sebenarnya sya cashout ni...Ingat tak dapat dah sbb Churp2 aritu ada prblm..Semua duit dalam akaun hilang..tapi nasib baik semuanya dah settle..Dan akhirnya tiba juga dgn selamatnya...


Duit hasil dari berblog ni semua saya simpan dulu..satu sen tak usik pun lagi...Tak tau lagi nak buat ape dgn duit ni..simpan jer dulu...Teringin gak hati ni nak pakai S3...kuang3x...mimpi jer la di siang hari ye..hihihi...tggu la S3 tu turun harga baru merasa kot....


Tuesday, 13 November 2012

Gambar Tunang Anne Ngasri

Tahniah kepada Anne Ngasri kerana selamat menjadi tunangan kepada Setiausaha Kerja Pemuda UMNO Malaysia, Mohd Sumali Reduan..

Monday, 12 November 2012

Akhirnya PASTI NURUL IMAN menjadi pilihan

Tahun depan anak dara saya nak sekolah dah....Pastu tinggal la saya sorang2 nanti...huhuhu...takder kawan la saya pagi2..Maira dh nak masuk tadika 5 tahun...sekejap jer masa berlalu...baru jer rasa duk timang2 dia..tgk2 dia dah boleh timang kita pulak..kikiki...



Baru kejap tadi gi register sekolah dia..Sekolah yg menjadi pilihan saya dah tentulah tadika PASTI NURUL IMAN Bandar Tun Hussein Onn..Sekolah ni pun dekat jer dengan rumah..tapi kena naik van jugak la..


Saya suka dengan tahap pembelajaran sekolah PASTI..kwan2 pun mmg ramai yg hantar anak dorang kat sini..Jadi saya banyak dengar cerita dari kawan2 la...Apa pun saya cuba la..kita sebagai mak bapak pastilah nak yg terbaik untuk anak2 kita kan..Harap PASTI adalah yg terbaik..

Felinna Inchloss Cream yg hot

Pernah dengar tak produk ni...mmg terlaris mcm goreng pisang panas kat FB la ni...fungsinyer...??untuk slimming la...saya sendiri dah 3 minggu guna produk ni dan hasilnya saya rasa sgt teruja...mmg saya dapat rasa perut terasa agak ringan dari kebiasaannya...yg lagi saya suka sbb baunya wangi macam losyen biasa tu..harga sebotol RM75..


Kalu nak tau ni la pengasas produk Felinna...ni fanpage nya Felinna Nadea ed Fattah


>>>RAHSIA KENAPA INCHLOSS SANGAT HEBAT!<<<

1) Felinna Inchloss Lotion mampu memberi KESAN dalam tempoh yang SINGKAT.

2) Felinna Inchloss Lotion diformulasi dari BAHAN SEMULAJADI, ia selamat utk wanita hamil, meyusu atau gastrik.

3) Felinna Inchloss Lotion adalah produk berbentuk sapuan. Anda hanya perlu sapu pada mana2 bahagian tubuh yg hendak dikuruskan.

4) Lotion ini BERBAU WANGI dan TIDAK TERLALU PANAS, Rasa DINGIN dan ianya mesra pengguna.

5) Inchloss Lotion bukan sahaja dapat menghilangkan lemak berlebihan, Ia juga membantu Melembutkan Kulit, mengatasi Masalah Kulit Kering, Melembutkan Kulit yang Menggerutu dan Merawat Selulit.

6) HALAL dan Berdaftar dgn KKM: NOT120101613K

Jika berminat boleh hubungi my cousin Shazila di page FB Shaz Beautyline untuk keterangan lanjut mengenai produk ini..Bukan saja krim Felinna..pelbagai produk hot item juga ada di jual di sana seperti Bedak Arab,Vitamin C,VCO Catalyst dan Maajun Anggun Bestari..apalagi moh kita pakat terjah 

  

  

*Minggu ni balik kg nak sunatkan anak2 teruna daku...hehehe...duk Kuantan lama jugak la kot..

    

Friday, 9 November 2012

Sibuk mengapam kini saya berhutang 256.00

Salam semua...Minggu ni saya langsung tak dapat nk duduk depan laptop nak ngadap blog macam biasa....huwaaaaaaa.....rindu sangat tau..sekadar sempat buat entry jer laju2 dan terus laptop diambil alih oleh anak2..Dan kini hutang saya telah pun mencecah ke 256 komen....arini bermula lah marathon saya utk membalas hutang2 tersebut....nasib baik line broadband limit dan penuh...


Nak tau ape yg saya sibuk sgt minggu ni...??Sebabnya saya duk sibuk mengapam apam dot2..hahaha...tak terpikir pun nk ambik tempahan...tetiba jer minggu ni ramai plk kawan2 suruh buat utk anak2 dorang bawak  ke jamuan sekolah...sorang suruh buat 200 bijik..cer bayangkan bile 5-6 orang yg suruh buat...tp nasib baik hari lain2...harapkan Maira jer la yg tolong...tolong ape la Maira tu..tolong makan ada la...Dan semalam adalah hari terakhir buat apam dot2 sebanyak 300 bijik utk mak mertua..dia nak sedekah kat jiran dia utk majlis cukur jambul..

Gambar2 ni sekadar kenangan atas penat lelah mengapam dalam seminggu ni...











Pasni jgn pulak ada yg kata nak tempah...hihi..awal2 saya bgtau ni saya tak ambik tempahan ye sayang2 semua..boleh tahan letih jugak buat beratus ratus apam dot2 ni....

Resepi apam polkadot ada di sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

All Right Reserved To fieda . Full Edit By Cik Rose Cute.