Monday, 31 December 2012

Sape pernah buat....??

Rasanya ramai yg buat macam kat bawah ni kan....hihihi..saya ngaku mmg saya penakut habis bile cikgu kata nak panggil nama ikut list nama..mmg duk doa jgn lah nama aku naik...sampailah sekolah menengah pun lagu tu jugak...



Yg ni mmg keje saya masa kecil dan sekarang diambil alih oleh anak2 pulak...rumah saya tak pakai sofa sbb suami saya suka guna kusyen.... katanya boleh tukar2 sarung...



Bz sikit minggu ni sampai nak update blog pun tak sempat..nak bw lagilah tergendala...aritu ada orientasi kat sekolah Maira..pagi ni sekolah Asyraf pulak..esok satu hari lagi budak2 cuti pastu start la balik rutin harian mereka....rasanya semua dah sekolah nanti saya ada la sikit masa free untuk ngadap blog balik..
Dah sampai penghujung tahun 2012 ye...ermmm..sekejap jer masa berjalan..makin hari makin meningkat usia...

Sunday, 30 December 2012

Koleksi baby di CUTESWEETBABY

Tercari cari koleksi untuk baby anda..?? Nak jemput you all semua singgah ke blogshop

>> CUTESWEETBABY <<

 Lihat ada pelbagai koleksi baby yg comel2...Antaranya Korean Collection untuk baby boy dan girl...

 

Dress anggun yg berharga RM30..

  

Top baby hat berharga RM10...

  

Koleksi headband yg berharga RM10 ke atas..

   

CARTER'S TEETHER BOOK berharga RM24...


Beg2 comel ni harganya RM45 setiap satu

 

Banyak lagi koleksi yg comel2...Jemput semua singgah ke

>> CUTESWEETBABY <<

untuk lihat lebih detail...kalau ada yg berkenan di hati jangan lupe isi form oder di sini atau terus email ke iera_azira@yahoo.com

Friday, 28 December 2012

Gambar majlis nikah Khairul Fahmi Che Mat & Leuniey Natasha

Tahniah...selamat dinikahkan pada 28 Dec 2012
Selamat Pengantin Baru buat Khairul Fahmi Che Mat & Leuniey Natasha
Moga jadi pasangan bahagia sepanjang hayat...

ROTIKAYA_048 Gambar Majlis Pernikahan Khairul Fahmi & Leuniey Natasha Di Kelantan - ROTIKAYA




Majlis resepsi sebelah perempuan



Gambar resepi sebelah lelaki...



Gambar resepsi di Hotel The Royale Bintang




Gambar dari google

Wednesday, 26 December 2012

Banjir di Kuantan 2012

Sekali lagi bandar Kuantan dilanda banjir yg teruk..kejadian banjir ni berlaku pada hari Isnin baru2 ni 24 Dec 2012..ari Jumaat sebelum kejadian keluarga saya datang umah jadi dorang pun tak tahu menahu tentang banjir ni..bila dimaklumkan oleh sedara mara kat kg yg hujan turun tak henti2 selama 2 hari mmg mak saya risaukan takut pokok kelapa tumbang hempap ke rumah..tp pasal banjir tak ler risau sangat sbb kawasan rumah saya kawasan berpasir dan kejadian banjir mmg tak pernah jadi kat situ...

Ni saya share gambar2 banjir yg saya dapat dari  FB KUANTAN...sama seperti tahun lepas..takder beza pun...kalau tiap2 tahun macam ni mesti berdebar debar org Kuantan setiap kali tibanya musim hujan...
"
"
"

Depan Megamall


Hadapan Terminal Makmur


Hadapan pasaraya Cowboy


Parking East Cost Mall


Perumahan Semambu



Perumahan Pelindung Beserah


Hadapan Restoran Taj sebelah Megamall



Keluarga saya dah balik semalam dah alhamdulillah takder apa2 kejadian yg tak diingini berlaku sepanjang mereka tiada di rumah...

------------------------------------------------------------------------------------

Wah...Bandar Kuantan sekarang dah ada bas Rapid Kuantan ye...chaiyokk...tapi Kuantan Parade tu bile la dorang nk cat baru..sedih tgk mcm bangunan usang..


Tuesday, 25 December 2012

Langkah -langkah mengatasi KEPUTIHAN !

Penyebab keputihan wanita adalah kerana jangkitan kulat candida dan bakteria yang berlebihan. Perkara yang paling ditakuti sekali ialah jangkitan kuman (venereal disease) seperti siplis dan gonorrhea iaitu penyakit – penyakit yang dijangkiti menerusi hubungan seks.

Perkara lain yang merunsingkan wanita ialah kemungkinan beliau menghidap penyakit kanser pada bahagian peranakan. Bagi gadis-gadis yang belum berkahwin, pengeluaran keputihan menimbulkan persoalan samada mereka menghidap penyakit yang mengancam kesuburan mereka di masa hadapan kelak.

Pengeluaran lendir keputihan dari kemaluan tidak semestinya menandakan penyakit. Disebaliknya ia mungkin tanda yang biasa sahaja. Lendir dikeluarkan oleh faraj dan pangkal rahim untuk tujuan tertentu. Ia dikeluarkan oleh sel-sel dan kilang - kilang khas pengeluar lendir.

Lendir ini mempunyai tugas pelindung kepada sel-sel dan dinding saluran faraj. Jika tanpa lendir, sel-sel tersebut akan menjadi kering dan rosak. Kekeringan faraj sering dialami oleh wanita-wanita yang telah putus haid (menopause) dan ini boleh menimbulkan masalah seperti rasa sakit sewaktu bersetubuh dan terkeluarnya darah dari dinding faraj.

Pada kebiasaannya sifat dan rupa lendir atau keputihan itu adalah jernih, cair tanpa berbau dan tidak diiringi rasa gatal. Pengeluaran lendir atau keputihan boleh menandakan sejenis penyakit pada faraj dan sistem peranakan. Pada kebiasaannya, lendirnya bersifat putih pekat, kelihatan seperti nanah, seringkali berbau busuk serta diiringi rasa gatal-gatal pada sekeliling faraj. Adakalanya warna lendir itu berwarna kemerahan atau coklat kerana bercampur darah. Ini adalah tanda yang perlu diawasi kerana ada kemungkinan besar ada sejenis jangkitan kuman berlaku.

Faktor pemakanan antara punca yang menyebabkan kulat berlebihan pada vagina anda. Pengambilan makanan yang manis (tinggi kandungan gula) boleh menyebabkan keputihan. Contohnya macam kuih donut dan gula-gula getah.

Selain itu, ada beberapa jenis buah-buahan yang menyumbang kepada keputihan. Iaitu nenas, sengkuang dan timun. Ini bukan bermakna anda tak boleh makan langsung. Cuma kurangkan kadar pengambilannya.

Penggunaan tuala wanita boleh mengundang kehadiran kulat. Pastikan bahagian dalam celah peha anda dibersihkan dengan sempurna. Jika tidak, warna kulit bahagian dalam akan bertambah gelap. Elakkan juga memakai seluar dalam yang terlalu ketat serta diperbuat daripada kain nilon.

Saturday, 22 December 2012

Felinna Inchloss dan Vitamin C Pure Collagen di Le Chantique Shope

Sticky post @ entry berbayar
scroll ke bawah utk entry terbaru

Jika sebelum ni anda pernah alami situasi mcm kat bawah ni:

*nak beli Pure Marine Collagen Vitamin C tapi x berapa pasti dengan kandungannya, x ada banyak info mengenainya?
*nak beli INCHLOSS tp x pasti caranya, juga kurang jelas ttg cara utk menggunakannya?
jemput melawat kami di page


sbb apa?
sbb kami x biarkan anda terkapai2, x biarkan anda terus dibelenggu tanda tanya :)
banyak info yg bermanfaat kami update dlm bentuk gambar, status dan notes.. semoga usaha yg tak seberapa ini boleh membantu anda serba sedikit :)


Jom kita baca detail2 tentang produk ni serta kehebatannya...

INCHLOSS LOTION


APA YANG ANDA PERLU TAHU? 

Dengan inch loss anda tidak perlu berlapar & diet untuk kelihatan langsing..
HANYA 3 HARI PENGGUNAAN ANDA PASTI AKAN NAMPAK KESANNYA!!

RAHSIA KENAPA INCHLOSS SANGAT HEBAT!!

1) Lotion ni sangat wangi dan xterlalu panas dan xberbau seperti minyak angin, dia dingin dan mesra pengguna. malah mudah dibawa and selesa dipakai walaupun ketika bekerja (so xdakla org cakap..ko sakit perut eh? Bau minyak angin jek)

2) Hanya sekali sapuan anda bole lihat perbezaan inch anda (pastikan ukur sebelum guna ya). Mudah nak apply kat mana2 bahagian kita xpuas hati, ade customer sapu kat pipi dia yg bolat!

3) Inchloss diformulasi dari bahan2 semulajadi yg selamat utk wanita hamil,menyusu atau gastrik..Ianya selamat bagi wanita hamil kerana rumusan nya xda sebarang chemical..kecuali! Jangan lah sapu kat perut tu nak bagi kurus pulak...

4) Kita bole mengawal bahagian tubuh mana yang hendak dikuruskan jadi kalau yg kurus sekadar nak buang lemak2 sikit2 tu pon bole cuba..pasti puas hati!

5) Yang pasti dengan inchloss dah hantar utk dibacakan 30juzuk alquran di mahad tahfiz bukit mertajam penang... Semoga lebih dirahmati..agaknya sbb tu 1 hari pakai da nmpk kesannye. (Jd jangan langkah ya)

6) Felinna (owner product) mencuba sendiri dan rasakan result yg fantastic! Bombastic! Dan yg pasti xnampak plastik hnya dalam masa sebulan 5KG TURUN uoll! Over x? Haha 

LAGI INFO TENTANG FELINNA INCH LOSS

- Kesan yg lebih cepat menghilangkan lebihan lemak di badan anda.
- 100% Bahan semulajadi tanpa bahan kimia. Sesuai juga untuk wanita hamil dan ibu menyusu.
- Tidak menyebabkan kepanasan dan berbau harum.
- Mendapat kelulusan KKM. No. KKM : NOT120101613K 
- BOLEH DIGUNAKAN OLEH LELAKI DAN WANITA

Pregnant? boleh!takde masalah..cuma jgn apply kt perut je..apply kt lengan atau peha..hihi..hey!kalau anda nk tahu lotion nie sgt sesuai untuk ibu lepas bersalin..bagi yg nk kempiskan perut tue sgt sesuai guna lotion nie..malam2 sebelum tido apply lotion je..memang best..selesa sangat dn wangi♥

CARA PENGGUNAAN 
- Sapu bahagian lemak2 yg hendak dikurangkan 2 kali sehari(pagi/malam).
- Jalani kehidupan anda seperti biasa. Jgn risau,produk ini berbau harum.
- Sebagai bukti,ukur dahulu bahagian yg hendak dikecilkan sebelum sapu Inchloss. Kemudian selepas 3 4 hari, ukur lagi bahagian tersebut. Anda dijamin terkejut besar terkejut dengan hasilnya.

Harga:
RM75 semenanjung Malaysia
RM80 sabah/sarawak
180ml


------------------------------------------------------------------------------------------



Memperkenalkan Vitamin C Pure Collagen from Felinna Beauty ♥

Satu lagi produk berkualiti keluaran Felinna Beauty.

Gabungan mantap antara PF,vitamin C. And IQR 1000mg..

Khasiat:
- mengatasi masalah kulit dari dalaman
- mengurangkan masalah jerawat dan dark spot
- melicin dan menegangkan kulit
- mengurangkan pelbagai masalah kesihatan lain seperti
- darah tinggi, jantung tersumbat dan lain-lain lagi!

- KELUARAN MUSLIM
- DI KILANGKAN DI KILANG BERSTATUS GMP
- DI JAMIN HALAL DAN SELAMAT
- MENDAPAT KELULUSAN KKM

PENGGUNAAN :

2 kapsul selepas makan malam (utk penjimatan, boleh ambil 1 kapsul selepas makan malam)

INGREDIENTS :
-pure marine collagen
-extract gluta 
-vit c
-extract citrus

1 kotak: 30 kapsul
5000mg with extra collagen..

Harga: RM85 (SM) RM90 (SS) Tidak termasuk postage 

Reg no :ULUKM/1542/12
Halal ref No : 150127-PR

-----------------------------------------------------------------------------------------------

Set Combo Promo masih ON sehingga hari terakhir 2012!! 
1 Inchloss + 1 PMCVC only at *RM136 (SM) *RM149(SBH/SRWK
*harga sudah masuk postage

Kepada sesiapa yg berminat untuk mendapatkan produk ni boleh pm owner page 
atau sms ke +60122292739   +60182452444 (Whatsapp Only) 
untuk sebarang pertanyaan..

Sebelum ni kan saya ada bgatau yg saya sendiri pun guna Inchloss lotion kan...masa balik kg aritu terlupe nak bawak...jadi duk kg perut pun dah naik sikit sbb duk kejenya mkn tido aje...balik sini saya sapu balik setiap kali waktu pagi pas mandi dan malam sebelum tidur...Alhamdulillah perut dah kempis sikit dan saya akan teruskan pemakaian Inchloss Lotion ni utk turunkan berat sebanyak 2 kg...dah naik 2 kg gara2 berkampung selama sebulan....hahahaha....

Usaha  pasti akan berjaya.....tak gitu...??
hehehe..kalau malas nak sapu tak berjaya la jawabnya...


Friday, 21 December 2012

Lagenda Budak Setan 2 full movie



Sinopsis Lagenda Budak Setan 2 – Katerina

Katerina merupakan sebuah sekuel dari Lagenda Budak Setan 6 bulan telah berlalu, selepas kematian Ayu. Kasyah masih bermurung atas kehilangan isteri tersayang, Ayu. Melalui Athirah, bayinya, segala kasih sayang dicurahkan. Katerina juga semakin pulih kekuatannya untuk berdepan semula dengan Kasyah.

Ketabahan dan ketenangan Kasyah masih menyerlahkan senyuman dibibirnya meskipun kehilangan orang tersayang, benar-benar buatkan Katerina mengaguminya. Kemesraan mulai terjalin semula antara keduanya. Mereka sering keluar bersama dimana Kate sentiasa berada disampingnya hingga membibitkan rasa cinta.

Katerina memperkenalkan Kasyah kepada kedua orang tuanya. Mereka merancang untuk bertunang namun ditentang oleh ibu Kate, Sofea. Sofea tidak puas hati kerana Kasyah adalah punca menyebabkan Kate kecewa hingga hampir membunuh diri selepas Kasyah menikahi Ayu.

Tidak mungkin dia menerima kasyah sebagai menantu setelah dia kematian isteri. Kate tetap berkeras mahukan pertunangan tersebut hinggakan kedua orang tuanya terpaksa menurut. Namun, ayahnya, Sofean, punyai muslihatnya sendiri meskipun dia menyatakan persetujuannya.

Ketika itu, Hisyam, bekas kekasih Kate yang masih menggilainya muncul kembali, mencetuskan kekecohan. Hisyam mengupah sekumpulan lelaki memukul Kasyah hingga patah kaki. Kate naik angin lalu memarahi Hisyam dan mengugut untuk melaporkan kepada polis.

Kasyah bekerja dengan rakan niaga Sofean, setelah berhenti kerja. Kate pula ke Afrika Selatan untuk urusan perniagaan. Ketika inilah Sofean memasang perangkapnya. Zahirah dibayar untuk menggoda Kasyah hinggakan dilihat oleh Firdaus, pengurus tempatnya bekerja.

Sofean dihubungi dan diceritakan segala apa yang berlaku. Sofean menyarankan Kasyah dibuang kerja dengan serta merta. Inilah rancangan terbaik Sofean memerangkap Kasyah. Kate amat terkejut sepulangnya dia dari Afrika Selatan, mendengarkan perkara tersebut.

Kasyah cuba menjelaskan keadaan sebenar namun Kate berkeras untuk memutuskan pertunangan. Kasyah yang tidak bersalah, benar-benar kecewa dan pasrah. Kasyah menyerahkan takdir untuk menjelaskan kebenaran.

Masa berlalu, Athirah pun sudah menjangkau usia 2 tahun. Kasyah masih murung, begitu juga Kate. Kedua mereka terluka hati. Antara mereka masih ada rasa sayang yang menebal. Kate mengambil keputusan mengahwini Hisyam dengan hasrat menyakiti hati Kasyah.

Kate tahu yang Kasyah amat menyintainya dan dalam masa yang sama ingin membalas dendam ke atas Hisyam. Meskipun Kate mengahwini Hisyam, beliau enggan membiarkan tubuhnya disentuh Hisyam.

Mereka tidur berasingan. Kate ingin mendera Hisyam zahir dan batin. Kate tidak akan biarkan suami ‘gay’nya menyentuh tubuhnya. Sementara Kasyah, membesarkan anaknya dengan bantuan abangnya, Iskandar. Beliaulah satu-satunya abang yang dia ada.

Iskandar yang telah bercerai terpaksa kembali semula ke rumah peninggalan keluarga yang diduduki Kasyah. Malangnya, selain bercerai, Iskandar juga tidak punyai pekerjaan tetap. Kasyah berusaha membantu abangnya itu sedaya mungkin, setidak-tidaknya berada disisnya.

Suatu hari, abangnya itu meninggal dunia kerana kemalangan. Anak kesayangannya, Athirah juga turut meninggal dunia tidak lama selepas itu kerana jangkitan kuku dan mulut. Kasyah kini tinggal sendirian, kesepian.

Dia kehilangan segala yang disayanginya. Semua orang telah meninggalkannya. Kate pula nekad untuk meninggalkan Hisyam. Dia ingin bercerai. Inilah sebenarnya yang dimahukan. Dia ingin menyeksa Hisyam. Harapannya semoga Hisyam menderita sampai mati.

Ketika Kate minta Hisyam pergi setelah memfailkan tuntutan cerai, Hisyam merasakan dirinya bagai ditusuk sembilu tajam. Bagaikan terhiris jantungnya. Hisyam sangat kecewa dan serasa ingin membunuh diri. Hidup bagaikan tak bererti lagi baginya.

Sofean terkejut mendengar keputusan Kate. Kate menyatakan kejadian sebenar tentang Hisyam dan sebab-sebab dia mengahwini Hisyam. Kini, barulah dia mengerti bahawa Kate selama ini tak bahagia. Beliau menyalahkan dirinya kerana menjadi punca memisahkan Kate dengan Kasyah.

Sofean benar-benar menyesal. Kasyah perlu dicari dan menyatakan kebenaran. Kate terserempak dengan Zahirah lalu bertanyakan perkara sebenar terjadi antara keduanya. Kate yang mendapat tahu muslihat sebenar, mengadap ayahnya Sofean.

Sofean terpaku, tidak menyangka muslihatnya terbongkar. Masa berlalu, Kasyah masih tetap menyayangi kate. Dia juga mengerti yang mereka berdua hanyalah mangsa keadaan. Suatu pagi, tanpa diduga Kasyah menghubungi Kate semula. Inilah permulaan indah untuk kisah cinta mereka yang tidak akan menemui titik noktahnya.





Interview tokey kedai ubat pasal Minyak Yu Yee Cap Limau

Al kisahnya semalam saya pergi kedai ubat dengan sepupu..tujuan utama nak beli susu anak2 kami...dari dulu kalau susu dan pampers saya mmg beli kt kedai ubat sbb harganya jauh lebih murah dari harga di pasaraya.....pastu hati ni rasa nak jer interview sikit tokey kedai pasal minyak yu yee cap limau yg tgh diragui halalnya...

Saya tanya tokey kat kedai tu...

Saya : Tokey...mau tau la..betul ke minyak yu yee cap limau ni melayu tak boleh pakai sebab ada campur minyak babi...

Tokey : Mana ada..itu minyak cap limau punya banyak melayu guna maaa...

Saya : Tapi kenapa ramai org cina pun ada cakap minyak tu melayu tak boleh pakai...

Tokey : Oooo...minyak ni ada 2 jenis...satu abg satu adik...abang punya manyak panas,adik punya kurang panas...org melayu tak boleh guna abang dia la...sbb mmg ada campur 'itu' utk kasi lagi panas...

Saya : Minyak pun ada abg adik jgk ye...

Masih kurang paham saya dgn sepupu pun jenguk dalam almari kaca yg menempatkan minyak yu yee ni...
Betul la korang rupanya minyak yu yee ni ada 2 jenis..tinnya mmg sama sebijik....camne sebelum ni saya tak perasan....yg membezakannya ialah ada gambar limau dan satu lagi ada gambar kapal..semuanya tertulis tulisan cina takder langsung tulis omputih.....

Tokey tu bgtau saya yg gambar limau tu ok tapi yg ada gambar kapal tu melayu tak boleh guna...so saya tanya balik...

Jadi kat sini fahamlah saya kenapa diragui halalnya..mgkn ada yg tersilap pandang sbb botolnya sama..tapi ni dari apa diberitahu oleh tokey tu la...dan apa yg boleh saya simpulkan kt sini,sng cite kalau was2 guna jer la minyak lain...memandangkan JAKIM pun belum ada pengesahan lagi tentang perkara ni lagi kan..Kawan FB yg berbangsa Cina pun ada pm kat saya bgtau lebih baik u cari alternative lain utk ganti minyak ni...

Tu aje info yg dapat saya share dgn kawan2..mintak maaf tak sempat nak ambik gambar minyak yu yee cap kapal tu sbb tak teringat langsung...terlupe pulak yg saya ni seorang blogger...hihihihihi.....
dah try godek2 kat google takder la pulak...gambar cap limau byk la...



Selamat hari lahir untuk Waniey

Selamat Hari Lahir Waniey...Kak fieda doakan semoga kehidupan Waniey bersama keluarga tersayang akan sentiasa dalam keadaan aman dan bahagia...semoga apa yg Waniey lalui hari ini akan lebih baik dari hari2 sebelumnya...


Jom kenal2 dgn Waniey..Antara pengomen tegar blog saya ni...Sangat2 peramah dan sporting orangnya...
Klik banner di bawah untuk ke blog Waniey..

Thursday, 20 December 2012

Main2 pasir

Maira yg mula2 segan nak main pasir..tengok jer sepupu dia duk korek2 pasir..taun ni tak dapat main pasir kat Teluk Chempedak..biasanya tiap2 tahun kalau balik Kuantan mesti lepak sana..kali ni tak sempat sebab asal pergi jer mesti hujan...jadi tahun ni Maira main pasir kat depan rumah wan dia jer..


bila sepupu dia dah bla dia pulak ambik alih...tak per la mama kasi can sbb bukan selalu pun dia jumpe pasir ...kalau saya masa kecik2 dulu ni jer mainannya pas balik sekolah..main masak2 la..buat kek la...macam2...


Masa kat kg paling saya nak tergelak dan tak boleh saya lupe masa Maira main kejar2 dengan sepupu2 dia..sekali dia terpijak taik lembu..yg kelakarnya seboleh boleh dia kata tu bukan taik lembu tapi selut jer..adohai...

Perkhidmatan persembahan dari SUWARA ENTERTAINMENT

Nak ajak kawan2 semua singgah ke blog SUWARA ENTERTAINMENT kepunyaan kawan blogger kita Sue-rya Qistina pemilik blog A WIFE A MUMMY A DAUGHTER..tgk header ni saya rasa ramai kawan2 yg kenal kan...super duper hebakk kawan kita ni ye...

A Wife ♥ A Mummy ♥ A Daughter

Ok ni la header blog bisnes Sue >> SUWARA ENTERTAINMENT<<

SuWaRa Entertainment

PERKHIDMATAN PERSEMBAHAN YANG DISEDIAKAN

Baiklah, hari ini kami ingin berkongsi sedikit sebanyak tentang perkhidmatan persembahan yang kami sediakan khas untuk anda di hari bahagia (majlis perkahwinan), majlis makan malam dan untuk sebarang majlis. Ianya pasti memberikan kelainan dan agak unik yang pastinya membuatkan para tetamu tidak jemu-jemu untuk menyaksikannya.

Antara perkhidmatan persembahan yang kami sediakan adalah:

1. Angklung Solo (One-Man-Show)


2. Angklung Berkumpulan


3. Angklung Koir


4. Tarian Dewasa dan Kanak-kanak (Tradisional, Zapin, Etnik dll)


4. Gamelan


5. Nyanyian Lagu-lagu Tradisional/Lagu-lagu Asli


6. Teh Tarik Show


Selain daripada itu, terdapat pelbagai lagi perkhidmatan persembahan yang kami sediakan. Kami juga menyediakan perkhidmatan MAKE-UP bagi sebarang majlis (pertunangan, pernikahan, persandingan, photoshoot, graduasi dsb). Kami juga menyediakan perkhidmatan sebagai WEDDING PLANNER, menyediakan PA Sistem dan DJ sekiranya diperlukan.

>>MISI<<
Mendidik rakyat ke arah memartabatkan seni budaya dan seni kontemporari negara dengan nilai-nilai positif. 

Untuk keterangan lanjut, tuan/puan boleh hubungi ,
Suria 014-2379783 atau Zack 010-2794213.


Wednesday, 19 December 2012

Minyak Yu Yee Cap Limau HARAM????


Jumpe kat FB...kawan2 ada info detail tak pasal ni...saya ni dari anak pertama sampai ketiga duk guna minyak YU YEE cap limau ni la..sekarang pun masih ada simpan sebotol kat rumah..alohaii.....



Ni la rupa minyak YU YEE...kot la kalau ada yg tak kenal..tp majoriti  ibu2 ramai yg guna minyak ni kan..saya duk google2 tadi rupanya dari tahun lepas lagi isu pasal minyak ni haram..kenapalah saya tak tau ye..tapi tanda logo halal dari JAKIM mmg takder pun...ermm....baca entry ni dan ini..


bila dah terbacakan, mula la rasa was was...
benarkah?terus ambik sebotol yg ada ni dan buang dlm tong sampah...

ni entry saya tanya sendiri kat tokey kedai ubat pasal minyak angin ni...



Kawannya dah mati

Sian kat dia..dulu ada kawan kini keseorangan dah...ikan laga saya dah mati sekor...Ingat tak entry ini dan ini..Kan saya ada bela 2 ekor ikan laga...sebelum mati mmg ikan tu dah semacam..tak nak mkn langsung dan tak aktif...lama jugak dia mcm tu..adalah dekat sebulan lebih..

Ni la ikan yg dah mati tu...kaler dia biru dan merah...asalnya dia sgt aktif...suka kejar dan gigit yg sekor lagi tu bila saya satukan dorang time nk basuh akuarium ni.....mmg seronok tgk dia byk main..tp umur tak panjang...tinggal kenangan...


Ni la ikan yg masih idup tp ni gambar masa mula2 saya bela dia...kaler badan dia  hijau2 gitu..saya start bela bulan Jun 2012..dah 6 bulan la saya jadi tuan dia..


Tadaa...gambar terbaru...mukanya dah nmpk bengis sikit kan mcm muka ikan yg dah mati tu...ntah brp lama pulak la yg ni dapat bertahan..tp biasanya ikan laga bukan dapat hidup lama pun...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

All Right Reserved To fieda . Full Edit By Cik Rose Cute.