Tuesday, 1 January 2013

Petua Melatih Anak Untuk Bangun Awal Pagi Pergi Sekolah

1. Ibu bapa perlu menjadi contoh atau model asas dengan bangun pagi lebih awal daripada anak-anak. Sebenarnya, menjadi kelaziman ibu bapa melatih anak-anak untuk menjadikan bangun awal pagi itu satu rutin. Contohnya bagi yang beragama Islam bangun awal pagi adalah penting sebagai persediaan untuk menunaikan solat Subuh.

2. Latih anak-anak bangun pagi sekurang-kurangnya sebulan sebelum musim persekolahan dibuka. Ini mendorong anak-anak bersedia dari segi mental dan fizikal bahawa aktiviti bangun awal pagi akan menjadi perkara yang biasa mereka lalui.

3. Manfaatkan waktu beriadah untuk melatih anak-anak bangun pagi. Contohnya lakukan senaman pagi, berjoging dan bermain bersama keluarga sebagai persiapan melakukan aktiviti.

4. Dalam tempoh cuti persekolahan, eloklah anda semaikan cerita-cerita menarik dan hebat tentang alam persekolahan. Maklumat yang anda baja sejak dari awal lagi ini akan hidup subur dan mekar di minda anak anda. Mereka akan rasa tidak sabar ingin tahu dan mengalami sendiri suasana hebat di alam persekolahan seperti yang anda ceritakan itu.

5. Latih anak anda untuk masuk tidur lebih awal sekitar jam 10.00 malam dan bangun sekitar jam 6.00 pagi Ini bagi memastikan anak anda mendapat masa tidur yang mencukupi, minimum 8 jam sehari supaya dia dapat bangun dalam keadaan segar.

6. Latihan untuk bangun awal boleh dilakukan apabila ibu bapa bersama-sama terlibat untuk tidur dan bangun awal.

7. Cubalah penuhi keperluan pemakanan anak anda dengan memastikan anak-anak diberi pemakanan yang sihat sama ada sebelum pergi ke sekolah, bekalan makanan pada waktu rehat dan sepanjang hari. Diet sihat adalah antara elemen yang paling penting diberi keutamaan. Tubuh yang sihat akan membuatkan anak sentiasa cergas untuk melakukan aktiviti sejak dari awal pagi.

8. Lakukan sebarang aktiviti untuk melatih anak bangun pagi dengan secara yakin dan berterusan. Ibu bapa boleh memberi ganjaran, jika anak bangun awal, ganjaran ini dilakukan hanya selepas kanak-kanak itu berjaya melakukan.

25 org bagi komen best..:

dya bunga said...

bgus petua ni

Puan Kutu said...

klu anak yg tak banyak ragam Insyaallah senang..Alhamdulillah Aiman takde masalah utk tido awal dan bgun awal bila sekolah..tp time cti sekolah mmg ikut suka dia je berjaga smp pg..hehe

Kniedaz said...

Terima kasih atas tips di atas...ada tips utk anak2 tido awal tak?

IntaNBerliaN said...

a'aa kalau kita tido n bangun awal, ank pun akn ikut sama.. :-)

Tihara said...

betui2 kalau mak ayah bangun lambat cane nak suh anak bangun awai..ish ish..pastu kalau anak tido lewat for sure liat nak bangun pagi..selamat tahun baru fieda... :)

Hanif Idrus said...

Info yg menarik. ..

Aju Mohit said...

hmmm rutin harian pun bermula fieda ;)

me shuhada said...

Haah la. Parents kena ajar awl2 so that ank jd dh terbiasa bangun pg nanti. N parents pun kenala juge masuk tido awal tunjuk cth pd ank2 kan.

Mrs Velentine said...

anak MV tidur jam 8 bangun jam 6..hehe

Mrs Velentine said...

cubit nuff..

are_lin@yu said...

setuju ngn k.fieda..dlu kcik2 pn mama wt cmni gk..hihi

Ibu Lala said...

info yang sangat berguna...tq.

Fiza Rahman said...

Thanks for the tips.

Carlos Santiago said...

tips bagus..tapi sy xder anak.

Cik Nur said...

wahh...bagus tips ni...
patutlah maira senang bangun pagi.. :)

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

bagus petua ni boleh wani guna utk Qalief nanti hihi...tengs sharing k.fieda

sHaRiNa eLyaNa said...

oh..cmtu hehe..thnks for sharing :)

izan mama mia said...

terima kasih bolehlah diamalkan.

sal ya said...

alhamdulillah... dia org tak ada masalah bgn pg. semua senang. tidur saya ttpkan paling lambat 9.30. semalamje terlajak kul 10. 6.30 kejut bgn.

QasehnyaRania said...

in shaa Allah..
ten q kak

wan nurul hezrina abd halim said...

petua num 5 mmg berkesan.kena pastikan dorg tidor awal kalau tak liat bgun=)good sharing

lelamaisara said...

bagus tips ni kak ...boleh jadi panduan untuk sya lak nanti..:)

Che Rosliza Che Mat said...

nice info...

9n0L4 said...

good tips. yg penting, kite yg tue ni patut jadi contoh. ;)

Mimi Azirah said...

tips yg bagus nih kak utk mereka yg ade anak bersekolah...anak2 sy pun lum skola sy dh ajar bgn pagi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

All Right Reserved To fieda . Full Edit By Cik Rose Cute.