Tuesday, 15 January 2013

Tonton online Setia Hujung Nyawa

Saya baru layan drama ni 3 episod...macam best jugak..patut  la ramai duk sebut2 cite ni ye.
Wah..episod 13 semalam mesti ramai yg sakit ati tgk Zain kan..Sian kat L tak pasal2 kena baling kek kat muka...geram pulok rasa..tapi sempat tgk setengah jam jer sbb pukul 7.30 kena tutup tv..Jadi layan online jer la jawabnya kalau line tenet mengizinkan...Ni pun drama adaptasi dari novel jugak kan...

    

Sinopsis

Pengantin perempuan lari? Zain Hakimi panasaran. Seseorang perlu menggantikan tempat Sofea demi maruah keluarga. Datin Adibah kalut mencari bakal menantu bidan terjunnya. Kala terpandang Ersalina Imani, hatinya terus terpaut. Gadis itu segera dilamar. Haliza menerima lamaran untuk anak gadisnya atas sebab tertentu. Juga demi menyelamatkan maruah keluarga. Ersalina terpaksa rela. Dia dinikahi Zain yang langsung tidak mencintainya. Namun, status isteri membuahkan kasih yang bukan sedikit.

Zain cuba menyemai cinta untuk si isteri. Apatah lagi Ersalina terlalu baik melayaninya. Lalu, kasihnya melimpah di hati. Kala berhasrat menyambut cinta Ersalina, isterinya disahkan mengandung. Sedangkan dia belum pernah menyentuh isterinya itu. Kepedihan ini amat dalam lukanya. Ersalina merelakan kemarahan dan amukan Zain. Bibirnya tetap tersenyum biarpun hati luka dilapah. Sewajarnya hukuman ini diterima kerana memang dia bersalah. Tekadnya untuk setia pada Zain takkan dicalar walau apa pun yang terjadi. Dia ingin setia hingga ke hujung nyawa.


Kalau nak tonton online klik link kat bawah ni


46 org bagi komen best..:

Ummi Iman said...

Drama dari novel semuanya best ;) kalau tanpa novel mcm tak seronok je nak tgk kan? Sekali sekala layan juga cerita ni ;)

Che Rosliza Che Mat said...

Cik Rose pun tak sempat tgk drama nie...layan online jugaklah hihihi

Masya said...

layan jugak sama lps kul 7.30 tutup tv tu pun kalau x masak sempatlah tgk.. kalau msk x tgk langsung huhuhuhu

Kakzakie said...

macam best pulak kakak bila baca petikan yg fieda berikan. Kakak nak cari novelnyalah...

✿ pink velvet ✿ said...

sy pon selalu layan on9 je cite ni :)

nuyui a.k.a miss YUI said...

okla citer ni..huhu

Fiza Rahman said...

Layan citer ni gak. Tapi terlepas episod Tak tau mcm mana el tu bley ngandung.

Izan Ishak said...

izan sempat tgk gitu2 aje kak. baca sinopsisnya mcm best je.

Misz Mieza said...

Seronok layan citer ni.. Tapi sakit ati tengok Zain yang over nak marah tak abis.. Kawannya si Hadi tu pulak tukang cucuk jarum.. Tak gun a punya kawan.. Eh, emo la pulak..! Haha! DONE Anmum Materna! ^_~

Afasz said...

mula mula follow cite ni, tetibe dah tk follow. then tgk, tetibe diorang dah gaduh besar. np ek?

Deqla manjew said...

layan gak skng ni..tp x layan dari mula..so cmane eh L boleh peknen tu..pas tu gugur pulak??

Nieyxzha Hassan said...

Cerita ni memang best! Geram kat zain..sampai hati maki bini macam tu

Qhaifa Nur said...

rasa suspen pula bila baca sinopsisnya...

Acik Erna said...

assalam fieda..betul kata fieda..waktu tayang tu yang buat susah nak tengok sampai habis

Bui Junaidi said...

DH LAMA JUGAK BUI X SGGH SINI..HEHE..DH BERUBAH WAJAH BLOG TP TETAP PEPEL..

BUI SGT JARANG LAYAN DRAMA MELAYU NI,TP ADAM & HAWA LAYAN PULAK..HAHA

Mira Adzlia said...

mmg best citer nih..tp skng tgh konflik....xdpt nk tgk part yg cumil & romantik lg..huhu

Cik Nur said...

nur xikut drama ni..

skarang akak jadi tokey drama ni pulak ye.hihihi

Solehah Shamsuddin said...

cte ni solehah penah layan sekali je.haha solehah kurang sikit nak layan cte2 melayu

Deq's Qienz said...

sy pon layan juga cite nih petang²..hehee

BERT said...

dah jauh ke episodnye... tak follow la plak.. jarang dah layan drama bersiri nii ehehe

Puan Siti said...

hot sungguh drama ni...tp yang x best..iklan pnjang dri citer...

nea lopah said...

Salam fieda...comel betul blog u ni. cmane nk buat mcm ni? nanti ada masa follow blog saya yer. Tq!

pink.plate.liyana said...

oooo...saya pun tengah feeling senyum kambing tengok cite ni..tp skrg kesian pulak ersalina...sob3

are_lin@yu said...

itula 7.30 trus cabut g smbyg..kna tgk kt tonton gk la.hhihi

Ema Blog said...

tak tgk pun lagi..

wahida said...

tak berapa follow sgt citer ni, cuma tgk sekejap2...cuma nak tanya kenapa si L tu tetiba boleh preggy pulak?

nn lylyn said...

sy suke tgk =)

QA's ~ mamapapa said...

cerita ni mmg menarik...cuba sdaya upaya tak nk miss ,eehehhe!!

Aju Mohit said...

tak sempat nk tgk fieda, kawan2 opis semua citer best citer ni

Jemarisuri said...

js pun suka follow cite..lg tengok lg nk follow plak..hihi..

js dh try cri novel ni tp xjumpa...nk tau citer ending camne...hikhik

L said...

kita takda tb.. huhu. adoi.. kesian2

ros_reeza said...

Memang best drama ni . Habis air mata tengok. Huhu. Sian kat L. Zin, please be nice to L, ok!

ieda said...

drama dari novel lagi .. skrg tgh fenomena nie huhuh

shidaR said...

sempat juga la tgk kalo tv buka ptg tu kalo xlupa saje hehee..

Cik Aini said...

layah jugakk
skang tgh kalut cr novel dia :)

IntaNBerliaN said...

saya br start nak tgk... hehheh

Mrs Velentine said...

sya pun layan juga..

Fieda Rafli said...

L tu ngandung sbb dia dh terlanjur dgg boypren dia rupanya...smlm baru tau..heheh

Kesuma Angsana said...

mcma best je kan. kdg2 curi2 tgk juga heheh

Puan Kutu said...

tak ikut plak sy dengan cerita ni.skang ni aiman dh stat sekolah mmg jarang tgok tv..maghrib je ajar aiman solat,pastu ajar dia iqra.

izan mama mia said...

tgk online klau line tgh ok..kalau tak ko..hiih

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

suka cita ni...wani pun layan kak fieda hehee

Si Matatajam said...

Sedihnya M tak dapat nak tonton Online sebab tenet problem

wan nurul hezrina abd halim said...

Nurul lyngk citerni.sdp

ainol akasyah said...

saya minat gile cite ni hehe ..
Jom join Segmen Dialog Zain VS Ersalina Setia Hujung Nyawa

9n0L4 said...

dah abis jugak cite ni smlm. hehe.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

All Right Reserved To fieda . Full Edit By Cik Rose Cute.