Monday, 7 January 2013

Yess..pemanggang ajaib milik saya..

Teringin benor nak sebijik mende ni sbb balik kg baru ni tgk mak saya duk guna ni untuk masak macam2 masakan..buat masak stim,panggang,goreng dan bakar kek pun boleh tau tak...apalagi balik sini terus la saya sambar sebijik...nak tau tak ni la hasil pertama dari duit Nuffnang..dah nampak hasilkan...harganya dalam RM129 sebijik..kalau korang nak boleh jer roger2 Kak Atie kawan blogger kita tu...Kak Atie pun ada jual mende ni...pm Kak Atie kat FB ye...


Baru keluar dari kotak tu yg elok benor duk atas katil tu....



KELEBIHAN PENGGUNAAN PEMANGGANG AJAIB

1. Serbaguna –boleh memasak, menumis, memanggang, merebus dan menggoreng.
2. Ringan dan mudah di kendalikan.
3. Menggunakan 2 lapisan non stick di kedua-dua permukaan bahagian dalam supaya makanan tidak mudah hangus atau melekat.
4. Tangkai berpenutup magnet (ketat, rapat dan kedap).
5. Rekabentuk ketahanan kekal dan lingkaran getah disekeliling pemanggang(mengekalkan aroma dan citarasa semulajadi makanan yang dimasak).
6. Mudah dicuci bersih (hanya gunakan span lembut dan sedikit cecair pencuci).
7. Mempunyai lubang wap serta takungan/saluran air dan minyak supaya tidak melimpah kelar.
8. Menjimatkan masa.
9. Mengelakkan pencemaran udara (kurang asap)
10. Selamat dan baik untuk kesihatan (tidak perlu banyak minyak apabila memasak)
11. Mudah untuk dibawa ke mana-mana (ringan dan mempunyai kotak menarik yang bertangkai).


CARA MENGGUNAKAN PEMANGGANG AJAIB

Keluarkan pemanggang dengan tertib daripada kotak.
Cuci pemanggang dengan air yang bersih dan sedikit cecair pencuci.Kemudian lapkan pemanggang sehingga kering.
Letakkan di atas dapur gas dengan membuka penutup pemanggang, kemudian tuangkan sedikit minyak sahaja apabila menggoreng atau menumis.
Tidak perlu menggunakan minyak apabila memanggang. Begitu juga, tidak perlu menggunakan air yang banyak ketika merebus. Nyalakan api yang sederhana dan sedia untuk digunakan.
Pastikan penutup pemanggang ditutup rapat apabila memasak, kerana ianya akan mempercepatkan proses memasak dan juga untuk menghindarkan daripada percikan minyak, air atau masakan yang sedang dimasak.
Semasa memasak atau memanggang, senduk/sudip tidak diperlukan. Anda hanya perlu memusing-musingkan kedua-dua belah permukaan luaran pemanggang di atas dapur tanpa membuka penutup.Anda juga tidak perlu mengacau/ mengaul makanan yang dimasak di dalam pemaggang, sebaliknya hanya perlu menggoyangkan pemanggang ke kiri dan kanan bagi tujuan tersebut.

PERINGATAN!!! Jangan sesekali menggunakan sudu, sudip, senduk atau alatan yang diperbuat daripada stainless steel ataupon BESI bagi tujuan mengacau/ mengaul mahupun mengangkat makanan yang dimasak. Ini akan mengakibatkan lapisan NON STICK pada pemanggang akan terguris dan terkopek. Hanya alatan yang diperbuat daripada NILON, KAYU atau PLASTIK sahaja dibenarkan.

---------------------------------------------------------------------------------------------

Ni hasil masakan kedua saya guna pemanggang ajaib....yg pertama saya panggang ikan tp tak sempat nak bergambar...pagi tadi buat roti hot dog gulung celup telur guna pemanggang ajaib jugak..tp pagi dah kelam kabut kan mmg tak sempat la nk bergambar...




Resepi...??? saya ambik kat sini....

Tak sempat lagi nak balas jejak..line masya Allah....mmg menguji kesabaran..esok limit broadband dh penuh balik dan esok adalah hari untuk saya bermarathon ke rumah korang semua ye...

40 org bagi komen best..:

Mira Adzlia said...

bestnya pemanggang ni...

umialya said...

bestnya.. kena tempah ngan atie jugak le nampak gayanya

Anum said...

hebatkan produk nie

:: Mrs.Eady :: said...

wow!

Masya said...

ramai dah ada pemangang ajaib ni.. avon pun dah ade pemangang mcm ni juga warna pink lagi..

IntaNBerliaN said...

seronokkan bila berblog dapat nampak hasil.. :-)

saya setakat ni, duit berblog, dah beli basikal n lapto n dvd alisha.. tu yg nampak... yg xnmpak.. pampers n susu la.. hihii

IntaNBerliaN said...

done anmum..

kak fieda dah xwat iklan kat sidebar ke?.. or bila dah penuh atas baru kak fieda bukak iklan kat sidebar lak?

syawalsimpsons said...

tahniah akhirnyer akak ada jugak..

Kniedaz said...

selamat memanggang..sedap nampak ayam tu

Misz Mieza said...

Memang best ah pemanggang ajaib ni.. Ari tu tengok kat rancangan Apa Kata Wanita dia masak nasik goreng.. Just campak2 semua bahan masuk dalam.. Tak payah kacau ke apa.. Terus tutup then goncang2 jer.. Senang & mudah keje ada benda ni.. Ade rezeki nanti nak gak sambar satu.. Btw ayam panggang tu nampak menyelerakan.. Glup! =)

Deqla manjew said...

owh.. mudah la eh dgn pemanggang ajaib ni?? nmpk menu pun sdp tu.. :)

Falsya said...

mak falsya pun ade 1..mmg ajaib..skang nie kalau gie umah mak lauk asyik yg bako2 jer...hehhe

are_lin@yu said...

wahh beznya duit nuff dpt beli ni..thniah dear

jaa jaa said...

akak, panggang x yah letak minyak ker? saya buat aritu panggang ikan, melekat la... jenuh saya kikis blk...

intanfirdaus247 said...

Salam..tudia pemanggang ajaib...:) leh masak macam2 la pasni..yum yum

Mrs Velentine said...

insyaallah kalau ada rezeki nak juga

Qhaifa Nur said...

masakan jadi sedap juga......

Cik Nur said...

Gulp..!
Sedapnyaaaaa...!!!

Nur pun teringin juga nak beli pemanggang ni....

masak kek pun bolehkan... :)

Nieyxzha Hassan said...

Macam nak beli jugak..nantila..tapi ade 2 jenis kan..yang kecik dan yang besar?

QasehnyaRania said...

dengan pemanggang ajaib kerja jadi mudah kan kak fieda ;)

Si Matatajam said...

Patutlah my SIL nak sgt pemanggang ajaib ni... Best rupanya

Chic Na said...

mak sy pun ada pemanggang ajaib ni tp sy tak pernah lg guna. ;)

lelamaisara said...

wah dah dapat dah ea...sya pon teringin nak memilikinye la....

Ibu Lala said...

Sll buat bbq je dlm ni. Boleh buat kek yg kagum tu. mcm mana fieda buat roti celup tpg masak dlm tu. cer demo sikit

Ema Blog said...

ema pun belum ada lagi kat rumah..

wan nurul hezrina abd halim said...

makin nak berbuka makin banyak tgk juadah apa nak masak=)sedapnyer kak

kinara kinatara said...

wah mak kina pom nak guna nie..nanti boleh lah servey2...

eita said...

memang bagus guna ni..
hari tu ada tengok mak mertua anak sedara guna...buat panggang ikan

nuyui a.k.a miss YUI said...

wah,besh2..

Myra Jay said...

Macam2 kegunaan, myra je tak sempat beli ha ;D

Myra Jay said...

Dah klik DHC-Watson :D

Che Rosliza Che Mat said...

mesti sedap...

Puan Kutu said...

best kalau ada satu.sgt praktikal nak guna time dlm pantang lg..entah bila nak beli..:)

Mimie said...

sy xdpt lg pemanggang ajaib

shidaR said...

wahhh mudahnye...ayam sedapnye kak fieda ^_^

sHaRiNa eLyaNa said...

perghhh..ayam tu sungguh lawa hehehe

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

kerja memasak menjadi lebih mudah dgn pemanggang ajaib ni hehehehe...

9n0L4 said...

femes pemanggang ni kan. teringin jugak nak satu. hehe.

Mimi Azirah said...

lupe lak nk tnya...

kak bg resipi ayam tuh kak..leh?

Anonymous said...

saya beli happycall jumbo grill by qoo10.my direct shipped from korea by ems within a week free shipping so jimat cost. dorang ada offr kitchen tool spatula/spoon/brush rm12.40. ceramic pot set pun tgh offer from rm220++ / set.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

All Right Reserved To fieda . Full Edit By Cik Rose Cute.