Thursday, 21 February 2013

Fizz Fairuz Bohong, Saya Bukan Isteri Orang – Azlyn Massiela



Azlyn, 26 dikatakan bingung dengan status dirinya, sama ada masih lagi tunangan Fizz, kerana Fizz tidak pernah memberitahunya untuk putus tunang, tidak berbincang dengan keluarganya terlebih dahulu dan tidak pernah memulangkan cincin pertunangan.

'Saya tergamam dan terus menangis, tergamak dia mengeluarkan tuduhan yang sedemikian. Pelik kerana tanpa usul periksa, dia seberani itu menjatuhkan maruah saya dan keluarga. Saya berani menyatakan, tidak pernah berkahwin sepanjang 26 tahun usia ini. Dia boleh periksa di mana-mana pejabat agama atau bertanya sendiri kepada ibu bapa perihal sebenar status diri saya.

Kalau pun saya sudah punya suami selepas bernikah di sempadan, takkan emak bapa saya tidak menghalang saya berkahwin lain? Kami masih ada agama, tahu hukum hakam. Jangan jatuhkan air muka mereka dengan cerita sebegini. Andai sudah tidak lagi menyayangi, saya boleh terima kenyataan, tetapi bukan dengan cara mengaibkan orang tua saya. Emak dan ayah saya turut menangis mengenangkan apa yang dilakukannya (Fizz).'

Dalam pada itu, melalui sumber yang boleh dipercayai, kami dimaklumkan yang keluarga Azlyn sedang menyiasat tuduhan lelaki yang didakwa usahawan yang mengaku sebagai suami Azlyn. Mereka khabarnya bertindak membawa seorang peguam ke Selatan Thailand untuk meneliti rekod perkahwinan di sana.

Semakin berbelit nampaknya kisah Fizz Fairuz-Almy Nadia- Azlyn Massiela ini. Berat juga pertuduhan yang dikeluarkan oleh kedua-dua belah pihak, namun tidak dapat dipastikan siapa yang bercakap benar.

Yang nyata, Almy Nadia menyatakan awal-awal lagi yang dia tidak mahu masuk campur dalam kemelut ini. Satu tindakan yang bijak.

-----------------------------------------------------------------------------------

Ni pula dari Harian Metro...suami Azlyn menyatakan yg isterinya hilang ingatan

Kuala Lumpur: “Jangan salahkan Fizz dalam hal ini kerana dia mangsa penganiayaan dan penipuan.

“Saya cukup mengenali wanita itu kerana dia isteri yang ‘sakit’ selepas lapan bulan hilang ingatan,” kata suami kepada bekas tunangan pelakon, Fizz Fairuz, 34, yang hanya mahu dikenali sebagai Ramli (bukan nama sebenar), 40-an.

Itu permintaan Ramli kepada masyarakat agar tidak terus menyalahkan Fizz selepas kecewa tindakan ‘malu’ isteri keduanya yang menipu aktor terbabit sehingga mengadakan majlis pertunangan secara diam dengan pelakon itu, 10 Februari lalu.

Muka depan Harian Metro semalam melaporkan Fizz berasa tertipu dengan tindakan seorang wanita berusia 26 tahun yang mengakui dirinya belum berkahwin sebelum mereka bertunang di Kuantan, Pahang.

Namun, empat hari selepas bertunang, barulah Fizz mengetahui tunangnya itu isteri orang sejurus dimaklumkan kawan kepada adik wanita itu dan memutuskan hubungannya, Ahad lalu.

Ramli berkata, punca isterinya bertindak demikian kerana kesunyian berikutan kurang diberi perhatian selepas mereka bernikah di selatan Thailand beberapa tahun lalu.


“Wanita itu isteri kedua dan diakui ia kesilapan saya bernikah dengannya tanpa memaklumkan kepada isteri pertama serta keluarganya (keluarga isteri kedua).

“Namun tidak disangka, perkahwinan di Thailand memberi kesan negatif kepada Fizz, sekali gus memburukkan namanya,” katanya memaklumkan sudah berjumpa pelakon itu di Subang Jaya, Sabtu lalu dan menceritakan segala-galanya.

Sumber memaklumkan, selepas berkahwin, pasangan itu tidak mendaftarkan perkahwinan mereka di mana-mana pejabat agama dalam negara.Menurut Ramli, walaupun bergelar suami isteri, dia jarang berjumpa wanita itu selepas bimbang perkahwinan mereka diketahui isteri pertama.

“Biarpun sibuk, saya tetap membayar nafkah, menyediakan pakaian, tempat tinggal serta kenderaan,” katanya memaklumkan hanya berjumpa wanita itu beberapa kali dalam sebulan.

Menceritakan percintaan bersama Fizz, Ramli berkata, isterinya menggunakan telefon bimbit miliknya untuk berkomunikasi termasuk mengadakan temujanji untuk keluar bersama.

“Saya tidak meletakkan kesalahan itu ke atas Fizz kerana sepanjang perkenalan mereka, dia ditipu kononnya isteri saya belum berkahwin sehinggalah majlis pertunangan diatur,” katanya.

Kata Ramli, keluarga wanita itu turut tidak mengetahui kedudukan sebenar kerana isterinya tidak pernah memaklumkan mengenai perkahwinan mereka.Menurutnya, wanita itu kini masih isterinya yang sah biarpun perkahwinan di Thailand tidak didaftarkan.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

*saya rasa dorang ni tgh shooting untuk drama kot...hihihihi


Jom join GA dari Deqla..ada 15 hadiah menanti..saya adalah salah seorang sponsor dari GA ni. 
Klik banner di bawah.Tarikh tutup 29 Mac 2013.



40 org bagi komen best..:

Cik Nur said...

errr....ape ni..?
main2 pulak lah diorg ni kan..!
jgn malukan keluarga la...

lynndamya said...

hah, tau xpe....aduhai, nasib si Almy mmg tak terlibat lg dah, hahaha...mmg mcm dlm drama sgt kan, kak :p hihi

are_lin@yu said...

mcm2 betul lah.huhu

Cik Rongoks Ika said...

dh berbelit pulak cerita diorang nie . haishh

Nurzakiah Hanum said...

adoi mana satu nie

umi alya said...

makin kelirukan, tak tau sapa betul, sapa salah..

gamaknya mereka tgh berlakon filem di dunia nyata kot, mesti pecah panggung punya

Cik Puan Rara said...

ahhh pening2.mls pk.hehehe

~ yus ~ said...

adeh! berbelit2..huhu

syawalsimpsons said...

agaknyer kot kak....shooting drama aoe...tajuknyer...cintaku berbelit-belit..kakakkaka....apa la dorang ni

Sue-Rya Qistina said...

tak tau nak kata apa. yg pening bertambah2 pening jadinya. sapa yg benar, sapa yg salah hanya Allah SWT saja yg tau

Suliana said...

ponin ponin O_0

Wana Owen said...

macam drama bersiri la pulak.kita tunggu kesudahannyaaa!

Kakcik Nur said...

Macam2 hal diaorang ni. Tahu2 esok, akhirnya hanyalah sebuah drama...

ainulaqma said...

hadoiii ntah pape..
kisah cinta pelik2.. boleh buat novel ni..mmg jadi best seller laaa

❤Kamsiah❤ said...

pening pala..tak tau nak percaya pihak mana..:)

ejulz said...

si ramli ni pun satu.. adehhh.. mentang2 usahawan, ada bnyk duit.. ni menunjukkan duit melimpah ruah pun blm tentu dpt beri kebahagiaan..

ieda immi said...

ERMMMMMMMMMM konperm mereka tgh shoot drama dik ! muahhahahhaha

entah lah macam2 hal !

Ummi Iman said...

Mcm2. Allah nak tunjuk tu. Kalau betul nikah di Thailand senyap2. Perkara yg d sorok lama2 terbongkar. Mmg dah mcm drama dah fieda.

izan mama mia said...

kalau buat filem mmg meletop nih...aii makin serabut kisahnya...

Che Rosliza Che Mat said...

pening kepalo kikiki...mana satu betul...

Ratu Hatiku said...

oo aloh....dah sebijik mcm cerekarama... :D

shazila mohd gazali said...

kita tunggu episod seterusnya.....

BERT said...

dah amcam tengok drama plak dah.. adehhai

Mrs Lurve said...

dh nama pun artis, memg berdrama la jawabnya..

Deqla manjew said...

aikk... dah pts pulak? jap je..alahaiiii... fizz fairuz kot bermasalah ni??...huhu..entah apa la pulak pndgn almy yer kalo betul dia dah putus...

Rahmah Abd Mutalib said...

tak tahu nak percaya cerita yang mana satu....

Joanna Yunus said...

Pening pulak kepala dengan kes dia orang ni...macam2

Mrs Velentine said...

apa2lah kamu..hehehe..done u mobile

mama aryan said...

macam drama pulakkan..mcm2 hal

ayut said...

mcm2x yg timbulkan..tu la...perkahwinan itu perlu diwar2xkan supaya tak jd mcmni...mnyusahkan sungguh...mmm..moga dptlah diselesaikan dgn baik semuanya :)

Qhaifa Nur said...

hilang ingatan ke...
dah isteri tak ingat suami yang beri penjelasan...sure panjang lagi citer..memang boleh buat drama
alahai Fizz...

Kesuma Angsana said...

mana satu yg betul pun x taulah !

sal ya said...

apa2 pun semoga berbahagialah mereka2 itu. hehehe...

Cinta hazanis said...

terbelitkan.=.='

Nida Mohd said...

pening sorang ckp camni, lg sorang ckp camtu..dunia retisss..

Bui Junaidi said...

PENING LA MEMIKIRKAN KES NI :(

Chic Na said...

eh macam2 la pulak. kita yg menonton ni pening. huhuhu..

ros_reeza said...

aduhai.. makin terbelitlah cerita ni.. macam drama sambung sambung pula.. hhihii

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

mcm2 hal la dorang ni

9n0L4 said...

bende kawen ni dorg duk wat main di hujung lidah aje kan. hadoi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

All Right Reserved To fieda . Full Edit By Cik Rose Cute.