Wednesday, 27 February 2013

Pak Samad terkono


PAK Samad memang terkenal dengan sifat kedekutnya. Semua orang kampung menggelarkannya Pak Samad kedekut kerana sifat kedekutnya yang teramat sangat.

Suatu hari, ketika menunaikan solat Jumaat di masjid kampungnya, salah seorang jemaah bersebelahan menghulurkan tabung pungutan derma masjid kepadanya.

Dengan berat hati Pak Samad menyeluk saku, lama juga dia mencari wang kecil untuk dimasukkan ke dalam tabung itu. Habis diselaknya baju dan kain pelekat.

Akhirnya Pak Samad menemukan syiling RM0.10 di celah dompetnya. Syiling itulah yang dimasukkan ke dalam tabung.

Tidak lama selepas Pak Samad menderma, Pak Karim yang duduk di belakangnya menghulurkan 3 keping wang RM100 kepada Pak Samad.

Pak Samad terus memasukkan wang itu ke dalam tabung. Dalam hatinya berbisik "kaya sungguh Karim ni, bagi derma sampai RM300".

Selesai solat, Pak Samad terus mencari Karim, dia hairan dengan sikap dermawan Pak Karim.

"Wah murahnya hati kau Karim, bagi derma masjid pun sampai RM300, tak rasa rugi ke?" tegur Pak Samad.

"Aku hulur duit kau yang terjatuh masa cari duit syiling di masjid tadi" jawab Pak Karim sambil berlalu meninggalkan Pak Samad yang terpinga-pinga.

31 org bagi komen best..:

Nurzakiah Hanum said...

:)

Deqla manjew said...

hahahaha... itu la.. kedekut sgt..

Ibu Lala said...

Ha ha ha. Tu la. kedekut sgt. Kat tabung masjid pun kedekut. Tu la sifat orang2 kita.

shazila mohd gazali said...

hahahaha...padan muko...kedekut lagi..

Si Matatajam said...

Hi hi tu la kedekut lagi...

Falsya said...

hahahahahaa..mmg terkono..;)

nini said...

hahahahhaha...kesian pak samad

permatabiru said...

hehehe..baru semalam husband tolong bacakan cerita lawak nie..kelakar kn..tu la kedekut sgt..kikiki..

izan mama mia said...

cian pak samad..duit dia terjatuh masa dok selak2 cr syilang ler tuu..tu laa pasao pak samad xmo tanya pak karim dl...hiiihhi..redha dan ikhlas sajalah pak samad...sedekah tu amal bw ke mati...

Sue-Rya Qistina said...

nak bersedekah pun kedekut kan. haihhh..mcm2 jenis manusia ni. tu balasan Allah bayar cash je. hehehe

Tihara said...

haha menarik cerita ni :)

Aina Sofea said...

Terkonooo ! xD.

Chic Na said...

memang terkono la pak samad. haha.. tu la kedekut sgt.

Karukord jagau said...

ahahha tekono pak samad...
ikhlaskan je la pak samad uuii 300ratus tu..derma masjid kan...apa la salahnya :)

eita said...

tu lah kedekut sangat...

Jemarisuri said...

la terkena plak pak samat tu...^^

Cik Nur said...

err..itu duit pak samadlah ye....
punya kedekut..lastkan dah terkena,,,

shazila mohd gazali said...

padan muko....

IntaNBerliaN said...

hahha pnh baca lawak ni, tp xingat kat mana..

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

kah kah kah terkono pak samad..tu la kedekut lg

Nora Karim said...

ha kan?!?! kedekut sgt...

Ema Blog said...

kedekut punya hal..terkena

Mrs Velentine said...

hahahahah..

QasehnyaRania said...

Allah nak tunjuk skjap je kan

nik ros said...

hehe..sian dia. kan dah terkena.

Puan Kutu said...

kedekut tak bertempat.kan dh kena..:)

Cinta Misteri said...

dapatlaaaa pak samad paala yg selama ni disekatnya dsbbkan kekedekutannya itu.....nasib la pak karim yg jumpa, at least dpt pahala menderma, kalau budak2 yg tak bertanggungjawab yg jumpa, nganga laaaa pak samad

N.Aima K said...

kih3x

Nieyxzha Hassan said...

hehehe...amik terkono...

banyak pahala bersedekah ni.. tak rugi bersedekah...lagi murah rezeki kita nanti ^^

Shida Radzuan said...

hehee..terkono sudah..

9n0L4 said...

hahaha. klaka. tapi kan sedekah tu la yg kite punye sbnrnye. utk kiraan di sana. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

All Right Reserved To fieda . Full Edit By Cik Rose Cute.