Thursday, 14 March 2013

(Sinopsis) Bangkitnya Seorang Perempuan di Slot Samarinda



Kisah Bangkitnya Seorang Perempuan 
bermula dari percintaan Balqish (Anzalna Nasir) dan Radzi (Ryzal Jaafar) yang tidak kesampaian setelah Radzi dikahwinkan dengan anak ketua kampung iaitu Zila (Faradhiya). Balqish yang cuba menerima kenyataan tersebut mula menjauhkan diri dari Radzi tetapi Radzi tidak rela melihat lelaki lain mendampingi bekas kekasihnya itu. Balqish, seorang gadis berusia pertengahan 20an cukup disenangi penduduk kampung kerana sikap ramah, riang dan mempunyai kebolehan menjahit.

Suatu hari, Radzi berpura-pura mahu menempah baju di rumah Balqish sebelum memperdaya merogol gadis ini di kawasan semak berhampiran. Sejak itu, Balqish berubah menjadi seorang yang sering termenung dan mengurungkan diri dari orang lain serta kadangkala menjerit selepas diganggu mimpi ngeri. Dia sering menjerit ketakutan seolah-olah dapat merasakan ada seseorang akan memperkosanya. Bila Mak Shidah(Haleeda)bertanya,Balqis menjawab Radzi.Sukar bagi Mak Shidah untuk menerima berita tersebut.

Berita yang memalukan itu tersebar hingga ke satu kampung. Zila siap tokok tambah cerita bagi memalukan Balqis. Kemunculan Misya(Eina Azman) sedikit memberi kelegaan kepada Balqis. Misya mengajak Balqis berhijrah ke Kuala Lumpur. Dia tidak sanggup melihat kawannya di perlakukan begitu. Walaupun tidak rela,Mak Shida bersetuju kerana ia jalan terbaik untuk Balqis memulakan kehidupan baru.

Setibanya di Kuala Lumpur, Misya mengajak Balqis untuk menjadi GRO kerana baginya Balqis mampu memikat ramai lelaki dengan paras rupanya. Menolak ajakan rakannya itu,Balqis tidak putus asa mencari pekerjaan Halal sehingga dia berjumpa Khatijah(Dynas) seorang pemilik bengkel.
Simpati dengan nasib Balqis, Khatijah memberi pekerjaan sebagai mekanik kepada Balqis. Misya menyindir Balqis kerana baginya pekerjaan mekanik tidak sepadan dengan Balqis.
Di kampung, Mak Shidah terus dihina dan dicemuh. Mampukah Mak Shidah bertahan? Bagaimana dengan kehidupan Balqis sebagai mekanik?

18 org bagi komen best..:

Chic Na said...

tragisnya cerita ni. tak pernah tgk lg.

Cik Nur™ said...

mcm menarik...
entah ada masa ke tidak nak tgk ni

Fizalinolie said...

Macam best jer citer ni :)

BaNu Syah said...

baru start tgk cite ni smalam..mcm best gak..

Deqla manjew said...

deqla tgk gak drama ni.. ganti surat dari langit biru kan...dah tgk 2 episod ni best gak.. so trskan tgk la smpai abis.. tp seriously surat dari langit biru tu smpai skng terkesan lg dlm hati..sgt2 best!

Nurzakiah Hanum said...

salam jumaat yang indah
singgah pagi

kayyana said...

mcm best je citer ni kak... erm.. samarinda eyh.. tak sabo nak tgk

lynndamya said...

haa sy dh tgk semalam citer ni, rase mcm best, lgpun sy suka Anzalna, haha cantik n dia xbyk gossip sgt :)

mama aryan said...

best baca sinopsis cerita ni..

Che Rosliza Che Mat said...

menarik jugak jalan ceritanya...tak suka awek tue berlakon hihihi

Mrs Velentine said...

MV tengok semalam sedih

nuyui a.k.a miss YUI said...

dah strt kan?

Ibu Lala said...

Tak tengok pun citer ni. Best ke

izan mama mia said...

selamat menonton

MyFreeMinded said...

Ending apa Fieda, hehe

IntaNBerliaN said...

sy xlayan sgt cite 10 mlm sbb kdg2 dh masuk bilik bg ank2 tido

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

best gak citer ni kan

9n0L4 said...

mcm best pulak bace sinopsis die. tak pernah layan lagi cite ni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

All Right Reserved To fieda . Full Edit By Cik Rose Cute.