Friday, 26 April 2013

Renungan pagi Jumaat

Tujuan memaparkan gambar ini bkn la berniat utk mengaibkan sesiapa...hanya sekadar utk kita jadikan ikhtibar... malam tadi 9 Mei 2012 sekitar jam 12.30am sya menziarahi jiran sya yg telah dijemput Allah pulang ke rahmatullah... masa sya tiba.. ada beberapa org diluar surau.. dan ada tiga org disini jenazah..dua darinya sedang berbual bertanyakan hal penyebab kematian..yg seorg lagi sedang membaca Yassin...


Selepas memberi salam dan berjabat tgn ..sya terus sedekahkan surahYassin buat arwah.. ketika dua helaian terakhir surah Yassin dibaca sya dapati tiada siapa lagi disisi jenazah mau pun disisi sya.. yg tinggal hanya sya dan Arwah..

Ya Allah... Hanya ENGKAU sahaja mengetahui perasaan ini.. tinggallah jenazah ini tanpa ditemani anak isteri mau pun saudara mara.. sya jadi serba salah.. kalau sya tinggalkan juga ..maka bersendirian la ia..

Tanpa sya sedar airmata ini menitis.. membayangkan keadaan diri sya nanti..adakah yg menemani sya nanti hingga ke kuburan..adakah yg akan menghadiahkan sya surah2 suci buat penenang diri di alam sana...

Sahabatku... benarlah sabda Rasulullah SAW Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya :

"Tiga perkara yang akan mengikuti mayat dan dua daripadanya akan pulang. Hanya satu sahaja yang akan bersamanya dalam kubur. Perkara tersebut ialah : Kaum kerabat, harta benda dan amalannya. Semua kaum kerabat dan harta bendanya akan pulang, manakala yang kekal bersamanya ialah amalannya "

Apabila kita mati tiada siapa lagi yg akan menemani kita... hanya Amalan yg akan menemani kita.. ayuhlah sahabatku.. kita menginsafi diri kita.. lupakan segala kejahatan yg lama..Allah itu maha pengampun.. kita kembalilah menjadi hambanya yg bertaqwa.. dunia hanya persinggahan , tiada yg kekal diatas muka bumi ini..semuanya pasti akan merasai mati...

Sumber dari FB

----------------------------------------------------------------------------------

35 org bagi komen best..:

Nurzakiah Hanum said...

salam jumaat yang indah
selamat pagi

*azni* said...

sedihnya bila baca..

syawalsimpsons said...

tersentuh saya kak...

Sue-Rya Qistina said...

terima kasih sbb sudi berkongsi ye kak. harap dgn perkongsian ni sedikit sebanyak membantu kita menginsafi diri. salam jumaat!

N.Aima K said...

takziah untuk jiran Fieda

izan mama mia said...

mg kita tidak sebegitu.... mg kisahnya memberi ikhtibar

Khumaera Ismail aka Mariam Ismail said...

moga kita kembali dalam keadaan khusnul khotimah..amin ya Rabb :'(

Cik Bluewendy Wendy said...

sentiasa mengingati mati.. Smoga Allah memelihara kita dan sentiasa mencucuri rahmat keatas mereka yg telah meninggal dunia.. Al-fatihah..

Tihara said...

salam Jumaat fieda, nice sharing, sesama mengingatkan

Mrs Velentine said...

sama2lah kita merenung kembali dari cerita ini..klik2 sini

umi alya said...

peringatan buat diri sendiri

Qhaifa Nur said...

hanya amalan serta kebaikan dunia saja menolong kita disana...

Ummi Iman said...

Mcm tak percaya pula.. apa pun itu urusan arwah dan Allah. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Semoga kita juga mati dlm keadaan org yg beriman. Inshaallah. Amin.

Ujie said...

sedih kan..sampai takde family yg duduk di sisi membacakan ayat Quran.

*ingatkan fieda punya cerita tau..

Jemarisuri said...

semoga ia menjadi pengajaran buat kita semua...

IntaNBerliaN said...

Ya Allah.. sedihnya rasa/...

Ibu Lala said...

Nauzubillahiminzalik. Moga dijauhkan dr perkara mcm ni kan.

Masha Meisters said...

semoga arwah ditempatkan di tempat mereka yang beriman...
memg benar la kalau kata tiada apa yang akan kita bawa melainkan amalan kita....

hyy kak fieda....masha foollow sini ye :-) salam perkenalan

Rosmiza Ali said...

Takut & sedih bila ingat tentang mati.. Terima kasih Fieda atas peringatan yang bermakna ni.. =)

Digi Youth! ^_~

Cik Nur™ said...

YaAllah...
macam manalah nasib kita nantikan...

Chic Na said...

sedihnya..

BUNDA a.k.a KN said...

assalam, peringatan dan iktibar untuk kita semua...

Shida Radzuan said...

:( sebak saya baca kak..

Puan Kutu said...

sama2 kita renungkan

Deqla Manjew said...

insaf baca entri ni... kalo deqla kat tmpt akak pun mesti rasa serba slh nk tgglkan jenazah gak...al-fatihah buat arwah..

umi alya said...

lorrr fieda ke mana? senyap jer..

saifudin abu izzudin said...

nice day :)
Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan,
pergilah ke tempat-tempat kamu inginkan,
Jadilah seperti yang kamu inginkan,
karena kamu hanya memiliki satu kehidupan
dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal
yang ingin kamu lakukan

http://www.nolimitadventure.com/

tenku butang said...

thanx sharing

QasehnyaRania said...

sayu bila n3 ni..

saat arwah adik meninggal saya bersyukur sangat sebab ramai yg datang ziarah dan sedekahkan bacaan yassin buat arwah.mak sempat buat qatam quran disamping rakan2 mak.

sampai satu saat saya terfikir, bila tiba saat saya nanti, bagaimana pula..

al-fatihah buat seleurh kaum muslimin dan muslimat

LYAfrina said...

lya ada mbacanya di fb..sedih kalo situasi ni tjd pd kt.

jaakechik said...

tersentuh hati jaa bila baca entry akak kali ni. jaa pun penah juga melawat org meninggal dan jenazah dibiarkan sendirian kerana sanak saudara sibuk duk berbual ngn jejiran yg datang.

dan penah jugak jaa tgk jenazah hanya dibiarkan bersama alunan surah yassin dari telefon bimbit. sdgkan si anak hanya mampu duduk bersebelahan dan mennagisi shj disisi jenazah.

kdg2 sebak tgk. risau jugak dan adakala terpikir jugak mcm yg akak pikir, bagaimana kita di kemudian hari nanti... menziarah org meninggal ni mmg betul2 boleh muhasabahkan diri...

jaakechik said...

tersentuh hati jaa bila baca entry akak kali ni. jaa pun penah juga melawat org meninggal dan jenazah dibiarkan sendirian kerana sanak saudara sibuk duk berbual ngn jejiran yg datang.

dan penah jugak jaa tgk jenazah hanya dibiarkan bersama alunan surah yassin dari telefon bimbit. sdgkan si anak hanya mampu duduk bersebelahan dan mennagisi shj disisi jenazah.

kdg2 sebak tgk. risau jugak dan adakala terpikir jugak mcm yg akak pikir, bagaimana kita di kemudian hari nanti... menziarah org meninggal ni mmg betul2 boleh muhasabahkan diri...

wan nurul hezrina abd halim said...

sebab itu kita dituntut menziarahi jenazah..insaf nurul ngan entri kak fiedanie.semoga bila kita mati biarlah amalan mencukupi..

syiela said...

sedih huhuhu

Muhammad Noor Firdaus iskandar BIn Haji Bashah said...

Assalammualaikum, is singgah blogwalking

iskandarx.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

All Right Reserved To fieda . Full Edit By Cik Rose Cute.