Friday, 5 April 2013

Rumpai laut hijau dah siap masak

Salam Jumaat

Nak tgk rumpai laut hijau yg dah siap masak..?mcm kat gambar bawah tu la...warna dia sebijik mcm air tebu..sampaikan budak2 ni semua ingat air tebu...saya masak aritu dapatlah 3 bekas 4 segi kecik ni..saya makan 2 kali sehari pagi sebelum sarapan dan malam sebelum tidur...


Dia punya bau mmg takder sgt tp rasa dia mcm biasalah..takkanlah sedap kot...nak sedap masa masak tu kenalah tambah perisa..boleh jer tambah perisa oren ke strawberry ke...hihihi..tp cara saya mkn dgn campurkan dlm minuman lain..saya ambik la sesudu dan campur dalam air oren..pastu buat la mkn mcm nata de coco tu.tak tertelan la pulok kalau makan gitu jer..


Rupa dia sebijik jer mcm agar2....kira agar2 rumpai laut la...oh ye...hampas rumpai laut ni saya buat masker...best la pakai..mcm guna putih telur plk..cepat jer rasa menegang...sebenarnya rumpai laut hijau dan purple lebih kurang jer khasiatnya cuma yg hijau ni klorofil dan kolagen nya tinggi sikit..

----------------------------------------------------------------------------------------

CARA PENYEDIAAN :

1.Sepaket/separuh kolagen mentah perlu dibasuh sebanyak 5 kali sebelum direndam semalaman. 
2.Selepas semalaman, basuh lagi beberapa kali untuk menghilangkan sisa masin air laut atau kotoran melekat lalu ditoskan.
3. Kemudian rebus ia sehingga mendidih (100g + 1.5 liter air).
4. Tapis dan sejukkan dalam beberapa bekas dan simpan di dalam peti sejuk (bukan diruang sejuk beku). Rupa ia bila sejuk seperti jeli/agar2.
5. Ambil beberapa sudu setiap hidangan pada masa pengambilan yang disarankan. Ketahui cara penyediaan lebih lanjut 

CARA PENGAMBILAN:-

- Ambil 2-3 sudu besar kolagen yang disimpan selepas di masak semasa bangun tidur (sebelum gosok gigi) atau setengah jam sebelum sarapan (waktu terbaik kolagen diserap tubuh tika perut kosong) dan sebelum masuk tidur (malam).

- Boleh dimakan begitu sahaja atau dicampur dalam jus minuman/buah untuk memberikan perisa yang enak/lazat.

- Elakkan pengambilan kopi, teh dan minuman yang berkafein/berkarbonat dalam tempoh 3 jam selepas pengambilan. Ini kerana ia boleh menyerap vitamin C, kolagen dan glutathione (agen pencerah) dalam badan kita.

-Perlu perbanyakkan minum air kosong (sekurang-kurangnya 2.5-3 liter sehari) bagi melancarkan pembuangan toksin dan mengoptimumkan penyerapan kolagen oleh badan. 

-Makan 2 kali sehari siang dan malam... tahan untuk permakanan selama 1 bulan ( untuk seorang)



nak lagi sedap campur dalam air soya bean...slurrpppp....

Klik sini untuk lihat rumpai hijau yg belum dimasak dan kesan pengambilannya



27 org bagi komen best..:

umi alya said...

cam menarik jer

Ummi Iman said...

Cantik lah kulit fieda lps ni :) pernah makan adik ipar bagi rasa. Campur dengan laici / buah kabung. Tak berani nak amalkan ;)

Masya said...

boleh campur dgn air soya eh... bandung pun ok kot kan..

:: Mrs.Eady :: said...

errr...

nuyui a.k.a miss YUI said...

yui suka minum dgn soya..

Kniedaz said...

Saya pun makan juga tapi tak konsisten..mak saya makan tiap2 hari..sakit sakit sendi pun hilang

syawalsimpsons said...

sekarang popular ngan benda ni...mak saya pon pakai gak

hana hadi said...

dengar kata cara masak agak lama. yang nak mask tu yang malas. kalau penyediaan nak buat minum rajin lah. hehe

QasehnyaRania said...

sedap air soya tu..

nti tunjuk hasilnya ye kak

izan mama mia said...

wah rahsia awet muda kak fieda bukan lg rahsia dah..

AyueJean AJ said...

AJ memang tak lalu lah....

Mrs Velentine said...

mesti makin sihat akak dengan pengambilan ni kan

Izan Ishak said...

kak fieda... izan pernah try yg pepel sblm ni. tapi kan... tak abis pun semua kalau diikutkan. tak kuat semangat betul cam org lain.

Kakzakie said...

Semakin rancak penggunakan callogan sekarang ni dimana-mana.

Azie Kitchen said...

Saya rasa sebab makan ini lah, saya dijangkiti infection di usus lecil. Saya mengambilnya selama seminggu, terasa spt angin dalam badan. Kawan kawan saya mengambilnya ok jer. Saya jenis alahan

wan nurul hezrina abd halim said...

nurul tak suka sbb hanyir.hubby nurul makan..huhu tapi ada gak side efeknya..nak buang toksin kot

Deqla Manjew said...

wahhh rahsia awet muda akak eh ? ;)

Cik Bluewendy Wendy said...

nom..nom..nom.. pernah makan sedap..tapi susah nak telan.. hehe.. baik untuk kesihatan :)

Chic Na said...

bau hanyir ke kak? kalau rasa mcm cincau boleh lg telan. hihi..

Cik Nur™ said...

terliur tgk bila campur dengan soya bean..

Nur amalkan yg ungu... :)

Tihara said...

menarik jugak ni fieda, thanks sharing :)

::EIDA:: said...

ida pun suka sangatt buat masker.. hehehehee

Che Rosliza Che Mat said...

Sihatlah fieda nanti dan bertambah2 cantik hihihi

Si Matatajam said...

Mesti makin awet muda la akk lps ni...M tak lalu benda alah ni..

IntaNBerliaN said...

adehg.. air soya tu nampak menarik.. sedapnya..

Myra Jay said...

Myra tak penah mkn rumpai laut.. :)

Tak reti sama :D

debellezza said...

salam..saya nak tumpang promote boleh..sy de menjual rumpai laut hijau..rm12(excluding postage).
kalau sesiapa yang berminat boleh contact saya kt 0196922033 dan anda boleh lawat blog sy debellezzaa.blogspot.com..terima kasih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

All Right Reserved To fieda . Full Edit By Cik Rose Cute.