Wednesday, 3 April 2013

Rumpai laut (PMC) hijau

Sebelum ni duk dengar org jual PMC kuning dan purple jer kan....sekarang dah ada yg kaler hijau pulak tau..ni gred paling baik la...huruf A dia pun byk..gred AAAA ok...khasiatnya paling tinggi jika dibandingkan dgn yg dua kaler tu..


Saya tak jual ye tapi baru2 ni saya beli 10 pek rumpai laut hijau..kongsi dgn 3 org kawan..nak beli sorang2 kang tak habis pulak sampai 10 pek..kalau beli sikit harganya mahal..beli 10 pek mcm ni dapatlah harga murah sikit...


Rumpai laut hijau mengandungi KLOROFIL yang tinggi berbanding rumpai laut ungu. Sangat sesuai untuk mereka yang menghadapi masalah insomnia.Merawat penyakit anemia, amnesia, strok, dan masalah dalam organ lain.


Rumpai laut hijau yg saya beli ni dah sampai semalam..dari semalam saya dah rendam..pukul 1 tghari karang saya akan start masak..kawan saya suh campur daun pandan masa utk kurangkan bau..sebenarnya sebelum ni tak terlintas pun saya nk mencuba rumpai laut ni sbb saya takut tak boleh nk telan..tp ntah la tetiba jer rasa xcited plk nak cuba sbb kawan saya kata takder rasa apa2 pun..baru nak cuba terus rembat yg kaler hijau...hihihihi

Kalau nak cuba rumpai laut kuning,purple atau hijau boleh dapatkan di 


-------------------------------------------------------------------------------------------

KESAN PENGAMBILAN KOLAGEN ASLI:

-Melaraskan berat badan dan menstabilkan hormon
-Meningkatkan sistem imun dan metabolisme badan
-Memejalkan payudara, otot dan punggung
-Menyihatkan rambut dan kuku
-Menguatkan sistem abdomen dan memelihara kalenjar tiroid
-Mengurangi penuaan pramatang seperti kedutan dan kulit kendur
-Mengurangi selulit
-Memberi tenaga
-Melancarkan peredaran darah, mengurangi sakit bahu dan belakang
-Menguatkan tulang dan sendi, menjauhi artritis dan osteoporosis
-Meningkatkan sel rawan, ligamen dan otot
-Merawat penyakit gout
-Mencegah kanser/tumor
-Menurunkan tekanan darah tinggi
-Meningkatkan fungsi penghadaman/pencernaan, merawat gastrik
-Anti bakteria/kulat
-Merawat anemia
-Menurunkan tahap kolesterol dalam tubuh
-Menyerap lebihan garam dalam tubuh (lumpuh)
-Melicin, menegang, dan menghaluskan kulit
-Mempercepatkan pengecutan jerawat dan menghapuskan parut
-Merangsang penghasilan sel2 baru kulit, menyembuhkan luka
-Menstabilkan kandungan gula dalam darah (kencing manis)
-Membersihkan tubuh dari reaksi radikal bebas
-Menberikan rasa kekenyangan (diet)
-Memelihara usus kecil (mengelakkan sembelit/buasir)

Pengambilan kolagen mentah ini secara teratur dan berterusan memberi impak yang sangat positif, menjadikan kulit keseluruhan badan licin, halus, lembut dan cerah. Pori2 kulit wajah mengecil dan tampak segar bermaya. Kolagen ini juga boleh dibuat masker. Bagi ibu hamil, pengambilan kolagen membuatkan kulit bayi yang dilahirkan cantik, sihat dan cerah.

Klik sini untuk lihat rumpai laut hijau yg sudah siap dimasak



31 org bagi komen best..:

Qhaifa Nur said...

semalam baru dapat offer dari adik...
nanti nak cubalah...
femes rumpai laut sekarang ni...

adianiez AIDA said...

aida ada beli 1 pek yg kaler purple. lom buat lagi. mak aida memang makan yg kaler putih. ok. suplemen tiap hari...

misz sheyla said...

yg ijau ni bau hanyir sikit kan??? tapi gred dia memang terbaik

Deqla Manjew said...

byk khasiatnya..tp sedap ke? huhu

nuyui a.k.a miss YUI said...

hijau lbh ok tp yui guna ungu n kuning je wat masa ni =)

Ujie said...

biras yg stay sabah bagi saya warna kuning. sampai skrg blm try..malas betul nak buat proses dia.

tapi biras kata sbnrnya sume lebih kurang je. takde gred2, harga kat sana sume sama murah. entah le kan..

Zakiah Halim said...

sy baru makan yg ungu... kak yan masak tu letak daun pandan... lps tu letak la perisa apa2 akak nak... oren ke, ribena ke, sunquick ke... kalo telan mcm tu takut x blh masuk...

Norhaizan hakim said...

Rumpai laut memang banyak khasiatnya. Kolagen? Entah siapa ler yg pandai2 kata rumpai laut ni kolagen..tak der kena mengena langsung!

Tihara said...

oh banyak khassiat dia yea fida :)

IntaNBerliaN said...

saya nak beli gak wane ijau ni...

tpkan nape dia x wane ijau yer

IntaNBerliaN said...

murah yer kak fieda beli ni.. leg beli gak nanti

Mrs Velentine said...

yang hijau ni MV selalu makan yg belum proses sedap

Ratu Hatiku said...

dgr jugak yg hijau nie, saya amk yg purple pya jerk...

Puan Kutu said...

ramai yg amalkan benda ni.mmg jadi fenomena sekarang..:)

umi alya said...

sedap tak?

Che Rosliza Che Mat said...

wah!!! dah beli dah fieda hihihi

Nieda ramly said...

pun dah cuba . masak sendiri lebih ekonomik.

Nieda ramly said...

pun dah cuba . masak sendiri lebih ekonomik.

mama3heroo said...

ade gak member suggest rumpai laut ni..blum sampai seru lg nk try..he3

Cik Nur™ said...

Nur mkn yg ungu....
ni ada hijau pulak ke...

rasa dia mcm mana kak..?

jaakechik said...

jaa pun perasan di fb ramai dah yg mula tayang PMC yg hijau ni... jaa yg masih ada stok lagi, pasni kalo habis boleh cuba beli yg hijau ni pulak.

wan nurul hezrina abd halim said...

adik nurulpun jual n cousin jual gak...tapi tak suka bau hanyir2..bantut slera

Masya said...

kalau tak silap yg kaler hijau ni buat masker kat muka.. boleh cerahkan kulit...

Kesuma Angsana said...

Nanti KA akan poskan key chain tu dlm masa terdekat yer & tahniah

LiYa HaNiF :: said...

fames tul rumpai laut nie.. ada macam2 kaler.. :) tp liya tak try lagi.. ^_~

Shida Radzuan said...

wahhh agen ke kak ^_^

fieda said...

dia punya rasa bagi kak fieda kan mcm mkn lumut...huhuhuhu...tak sodap tp kak fieda campur dalam minuman..

Izan Ishak said...

baru tau ni ada kaler hijau yg lebih bagus dari kaler pepel.

NinaAz said...

N8na baru ordee y dah siap masak. Ahad ni ambik. Hehr. Malas sungguh

anisf farhana adam malek said...

assalamualaikum.
saya ade jual PMC dr sabah
GRED AAA (purple)
100g/pack - RM8
500g - RM5/pack
1kg/10pack - RM45
1kg(tanpa packaging) - RM35

GRED AAAA (green)
100g/pack - RM10
500g - RM6/pack
1kg/10pack -RM55
1kg(tanpa packaging) - RM45

adik berminat boleh msg/whatsapp : 0102618490

QasehnyaRania said...

mcm best yg hijau tu
mk saya guna yg purple.. hihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

All Right Reserved To fieda . Full Edit By Cik Rose Cute.