Wednesday, 8 May 2013

Sinopsis kisah cinta


Kisah Cinta mengisahkan tentang cinta yang berputik dari pertemuan yang tidak diingini. Segalanya bermula semasa kemalangan tragis pada malam tahun baru 2013 di mana Zainal dan Zaharah maut selepas kereta mereka dirempuh dari belakang. 

Konflik timbul sewaktu pengurusan tuntutan mayat oleh waris si mati apabila Azalea, anak perempuan Zainal dan Shah, anak lelaki Zaharah melaporkan yang ibu bapa mereka bukan pasangan suami isteri. Malah, Azalea tidak pernah mengenali Zaharah dan Shah tidak pernah mengenali Zainal. Dalam erti kata lain, Shah dan Azalea tidak mengenali satu sama lain.

Setelah selesai segala urusan tuntutan jenazah dan kedua pasangan ini telahpun disemadikan, Azalea dan Shah mula mencari jawapan untuk segala persoalan dan kemusykilan yang timbul daripada kejadian tragis yang menimpa ibu bapa mereka ini. Akhirnya, mereka membenci antara satu sama lain selepas menemui jalan buntu dan mula menuding jari menyalahkan diri masing-masing atas kejadian yang berlaku.

Semasa mengemas barang-barang peninggalan arwah ibunya, Shah terjumpa sebuah kotak yang mengandungi surat-surat lama milik Zainal dan ibunya. Asalnya Shah mahu membuang sahaja surat-surat tersebut tetapi dihalang oleh Azalea. Menurut Azalea, dia juga menjumpai surat-surat antara bapanya dan Zaharah. Azalea ingin tahu kesinambungan surat-surat tersebut. Baginya, ini merupakan peluang keemasan untuk menyelesaikan semua tanda tanya. Shah jelas tidak berminat. Dia takut kebenaran akan melukakan hati semua pihak. 

Setelah dipujuk Azalea, Shah akur untuk setuju. Pasangan ini cuba menyelami kisah sebenar Zainal dan Zaharah berpadukan kronologi cerita yang dapat mereka ungkapkan dari surat-surat tersebut. Mereka mula menjejak kaki ke tempat-tempat yang tertulis, mencari nama-nama yang disebut, memahami perkara-perkara yang diceritakan. Satu-persatu kisah terungkai. Dalam tidak sedar, Azalea dan Shah mula mencipta kisah mereka sendiri di atas perjalanan ibu bapa mereka.

Walaupun begitu, perjalanan mereka bukanlah semudah itu. Pelbagai halangan yang harus ditempuh. Kekasih Azalea, Huzir kurang senang dengan situasi ini. Marina, ibu Azalea juga tidak suka dengan usaha anak perempuannya. Baginya, Zaharah adalah perempuan simpanan suaminya dan Shah seperti ibunya, bukanlah orang yang baik. Shah pula terpaksa mengorbankan waktu kerja sehingga dibuang kerja. Misi mereka untuk mencari jawapan terpaksa dihentikan. Hidup dan realiti mereka perlu diteruskan.

Kembali ke kehidupan sebenar memberi makna baru pada hubungan Azalea dan Shah. Mereka mula saling merindui. Apakah pasangan ini cukup tabah untuk melawan situasi dan emosi? Sementara itu, satu kronologi kisah cinta ibu bapa mereka terungkai di mana ada kebarangkalian bahawa mereka adalah adik beradik. Adakah ini kenyataan yang harus mereka terima? Atau masih ada lagi jawapan yang tertinggal? 

17 org bagi komen best..:

kayyana said...

mcm menarik citer die ni.. tgh bayangkan fazura dan sam berlakon sebagai pasangan kekasih... erm.. interesting kan

Ratu Hatiku said...

Smlm tgk da separuh..tp mcm best jerk.. Suka tgk fazura.. cantik. :D

Nad MamaZN said...

Cerita yg ditunggu2!!!

Qhaifa Nur said...

tengok episod 1 semalam..
citer macam blur lagi...
tapi sinopsis macam best...harus tonton lagi ni...

Deqla Manjew said...

gigih baca smpai habis.. mcm best... semlm deqla ada tgk.. trs tersuka..lagipun mmg dah lama tggu drama ni.. hihi..

Nour Adieb said...

nak tengok... nak tengok... hehe

Cik Nur™ said...

macam bestlah...
tapi entah ada masa entah tidak nak tgkk..huhu

LYAfrina said...

citer ni mcm best & lain dr lain.. y best jugak hero dia... heroin pon ok la...

jaakechik said...

nampak romantik jer mereka berdua ni...heee! fazura pulak comey sungguh dia... :)

BeLLa de ViE said...

Alaaaaa...dah start ke citer ni? Bila eh? Mesti best, baca sinopsis pun dah best!

http://nabiladevie.blogspot.com

wan nurul hezrina abd halim said...

cerita nie mcm sedap jer tgk..

QasehnyaRania said...

best layan citer sam..

lakonan dorang nampak bersahaja :)
tiap hari selasa mmg dah tnggu awai2 depan tibi.. hihi

syiela said...

cam best je... ha mula dh ni :)

ieda immi said...

cerita nie memang menarik
nak2 fazura yg cantik tu berlakon .. eii geram tgk dia ;)

N.Aima K said...

saya mengikuti cerita ni :)

QasehnyaRania said...

tiap2 minggu layan.sebb sempoi la sam ngn fazura

mama aryan said...

best sinopsis citer ni..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

All Right Reserved To fieda . Full Edit By Cik Rose Cute.