Thursday, 27 June 2013

(Sinopsis) Ramadan Yang Hilang di Slot Samarinda

Seperti tahun2 sudah bila dh hampir nk masuk bulan Ramadhan samarinda selalunya akan menayangkan drama2 yg best..tahun ni drama sempena bulan puasa bertajuk Ramadan Yang Hilang..jangan lupe menonton di slot samarinda setiap Isnin hingga Rabu jam 10 malam...

ramadhan yang hilang
*abaikan masa tayang dlm poster tu..dorang salah cetak tu..

Sinopsis Ramadan Yang Hilang

Mengisahkan konflik antara dua beradik, Zafirah dan Delisha apabila Delisha yang merupakan anak angkat kepada ibu bapa Zafirah menerima lebih perhatian dan kasih sayang sehingga Zafirah terasa disisihkan. Delisha yang sering didera secara emosi dan fizikal oleh bapa tirinya merupakan seorang kanak-kanak yang murung. Pelajarannya jauh ketinggalan kerana Delisha sering ponteng sekolah dan tidak serius dalam pembelajaran. Jauh berbeza dengan personaliti Delisha, Zafirah merupakan seorang kanak-kanak yang periang, bijak dan bahagia dengan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi oleh ibu bapanya, Zubir dan Saadiah. Hidup Zafirah berubah selepas Delisha dijadikan anak angkat oleh Zubir. Zubir sering mengingatkan Zafirah supaya melayan Delisha dengan baik dan menganggapnya sebagai adik kandung. Namun, sikap Delisha yang berlagak seperti budak sombong menyebabkan Zafirah sukar bertolak-ansur dengannya. Zafirah sering ditegur jika berlaku perselisihan faham antara Delisha dan Zafirah.


Antara pelakon yang membintangi drama ini iaitu Eira Syazira, Zamarul Hisham, Azizah Mahzan, Zila Bakarin dan Syatilla Melvin.





8 org bagi komen best..:

syawalsimpsons said...

syatilla melvin kalo berlakon mmg rasa nak tampa ni tau...mmmm...skrip citer ni kakak ipar akak saya yg buat...kire biras saya la kan..kikiki

Ratu Hatiku said...

Mesti best citer nie...x sabar nak tgk..

Falsya said...

falsya dh tgk dh kak..sedih sgt cite nie..baru 1st episod dh start meleleh2 air mata..

Rosmiza Ali said...

Baru 1st episode kan ari tu? Tengok2 gitu jer ari tu.. Huhuhu~~

Tina Othman said...

Mesti tgk ni, klu bulan puasa mmg tunggu slot samarinda ni sb biasa mmg best2 drama sempena puasa

Cik Nur™ said...

macam menarik, tapi entahlah ada masa ke tidak nak tgk..huhuh

Deqla Manjew said...

suka tgk drama samarinda bila menjelang ramadhan ni.. smuanya best2..;)

QasehnyaRania said...

ada terbaca kt paper hari tu tp tak berkesempatan nk tgk

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

All Right Reserved To fieda . Full Edit By Cik Rose Cute.