Monday, 10 June 2013

Terjebak dgn teduhan kasih

Akhirnya saya terjebak jugak dengan drama Teduhan Kasih yg disiarkan di tv3 slot akasia..mula2 malas nak tgk sbb  risau bile dh terjebak mula lah susah nak tinggal..dek kerana sepupu2 duk bercerita yg cite ni best saya pun try la tgk..ermm..mmg best apalagi dengan kehadiran watak Ehsan (Ady Putra)...apa daaa..dh pertengahan cerita baru nk tgk...



Teduhan Kasih mengisahkan tentang pasangan Iffa (Sherry Ibrahim) dan Ryzal (Shah Iskandar) yang hangat bercinta dan kemudian membuat keputusan untuk berkahwin, walaupun tidak direstui oleh ibu Ryzal, Puan Suraya. Sejak berkahwin, Iffa dan Ryzal sering bergaduh, adakalanya, wanita itu teruk dipukul oleh suaminya. Kebahagiaan yang diidam oleh Iffa berkecai apabila sahabat baiknya sendiri iaitu Ayu (Nabila Huda) menggoda Ryzal hanya untuk menyakiti Iffa. Ditambah pula, Puan Suraya yang tidak senang melihat perkahwinan mereka sering menabur fitnah terhadap Iffa.

Suatu hari, Iffa pergi ke klinik selepas mengalami pening kepala dan mual. Dia disahkan mengandung. Iffa gembira dengan berita tersebut namun diselubungi dengan rasa serba salah apabila mengenang hubungannya dengan Ryzal. Di dalam takut, dia tetap memberanikan diri untuk berkongsi berita berkenaan sambil berharap suaminya akan berubah. Pada waktu Iffa ingin berterus-terang dengan Ryzal, Ayu muncul di rumah mereka. Pengakuan Ryzal tentang hubungannya dengan Ayu disusuli lafaz cerai talak satu mengejutkan Iffa. 

Tanpa hala tuju, Iffa pulang ke rumah ibu tirinya, Maimun selepas dihalau oleh Puan Suraya. Di rumah itulah dia telah diperlaku seperti hamba dan sejarah tersebut bakal berulang di hari mendatang. 9 bulan kemudian, Ayu dan Ryzal berkahwin pada hari Iffa dijangka akan melahirkan anak. Ayu sengaja memilih tarikh tersebut untuk menambah derita Iffa. 

Iffa yang panik dan tidak tahan sakit menggagahkan diri keluar rumah bersendirian sebelum berselisih dengan Ehsan (Adi Putra). Atas rasa kasihan, Ehsan menghantar Iffa ke hospital dan menemani wanita tersebut sehingga Iffa melahirkan anak lelaki yang diberi nama Adam Ehsan. Lelaki asing ini melayan Iffa seperti seorang isteri, segala belanja dan keperluan Adam juga dipenuhi dengan ikhlas. Ehsan merupakan seorang CEO di sebuah syarikat, dia mempunyai segalanya termasuklah wanita-wanita cantik namun hidupnya kosong tanpa arah.

Pada waktu ini, Iffa merasa sangat terharu kerana masih ada insan yang sudi membantunya. Ehsan pula merasakan sesuatu yang sangat indah dengan kehadiran Iffa. Dua hari di hospital, jururawat memberitahu Iffa bahawa dia sudah boleh pulang pada hari itu. Iffa menyambut perkhabaran itu dengan serba salah. Pertanyaan di hatinya... di manakah dia hendak pergi? Ehsan kelihatan gelisah pada hari tu.

Ehsan menawarkan tempat tinggal untuk Iffa tetapi tidak memaksa jika Iffa menolak. Bagaikan tiada pilihan lain, Iffa mengangguk setuju. Dengan sifat Ehsan yang romantik, mengambil berat, manja dan kasihkan Adam membuatkan hati Iffa tercuit rasa sayang. Ehsan mengambil keputusan untuk menikahi Iffa demi Adam. Dalam kebahagiaan yang baru hendak dikecapi, sekali lagi Ayu datang untuk meruntuhkan kebahagiaan Iffa. Namun, kali ini Iffa nekad tidak akan berdiam diri dan membiarkan Ayu merampas kebahagiaan yang dimiliki bersama Ehsan.

24 org bagi komen best..:

izan mama mia said...

ehe..terjebak dgn teduhan kasih pulak..hihi

syawalsimpsons said...

saya dah tau ending kakak...yeee

Nurzakiah Hanum said...

bestnya

Masni Syafie said...

balik umah terkejar2 sbb takot terlepas citer nih..hehe

Like =)

Falsya said...

sama la kite kak..falsya pun dh terjebak dh..kalau terlps mesti tgk balik ari yg sama kat tonton...;D

Jemarisuri said...

sama lah ngan sy...dh terbeli buku novel pun...sob3

intanfirdaus247 said...

Salam kak fieda..maaf tau intan lama x datang singgah …harap kak fieda sihat2 selalu…wah dah terjebak ya..intan x terjebak lagi./.hehe

Qhaifa Nur said...

ikut mood juga tengok citer ni he..he..

Ummi Iman said...

Salam fieda. Lama takde. Kemana menghilang. Rindu :)

Deqla Manjew said...

deqla pun terjebak sama kak..best citer ni..x sabar nk tgk ehsan kawen dgn ifa. entah bila la ehsan nk lamar...? hihi..

Kniedaz said...

saya pun terjebak juga huhu

QasehnyaRania said...

as-salam

saya pon tak tengok juga hari tu.
baru2 ni terjebk juga.. hihi
best kan

Haryati Faizal said...

samalah kita, terjebak jugak, mula cam tak besh, bila lama2 tu cam syok pulak...

Nurul Syawani said...

mcm kwn sy .. msti nak tgk jgk cita nie wlau apa pun jadi .. nasib baik sy tak layan cita nie, hehe..

HeNRieTTa JoSe said...

Mmg kuat pengaruh cerita...rietta pown dh dpt request utk blikan novel....

Cik Nur™ said...

bestkan lagu tu...

Nur pun macam akak, mula2 tak mo terjebak..last2 terjebak jugak...

skrang ni mesti balik kerja nak awal..hehe..

eita said...

sama lah dengan ita...

memang terjebak sangat2....
huhuhuhu

Deq's Qienz said...

sy pon dah sngkut gn cite nih..hehe sabo jelahhh..apapon sgt best

wan nurul hezrina abd halim said...

jahat gilakan nabila?takdernyer ehsan nak kat gedik tuh..hihihi

Rosmiza Ali said...

Best citer nih.. Rasa tak sabar2 nak tengok episod seterusnya.. Hehe.. Tapi sakit ati plak tengok si ayu, kak long & mak tiri iffa tu..

Rosmiza Ali said...

Klik2 Nuff! ;)

Ibu Lala said...

rajinnya baca buku cerita. kalau sya smpi ujung tahun pun belum tentu abis baca.

Aju Mohit said...

best ye fieda? aju tak tgk cerita ni, tapi dgr kawan2 opis je cerita ;)

Mrs Velentine said...

tengok juga tapi taklah tahap parah.hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

All Right Reserved To fieda . Full Edit By Cik Rose Cute.