Tuesday, 23 July 2013

KUIH LAPIS TEPUNG BERAS

Saya nak share dgn kawan2 resepi kuih lapis tepung beras..saya jumpe resepi ni kat fb..kalau nak tau saya pernah buat 3 kali tau kuih lapis ..tp langsung tak menjadi..dah la semua resepinya berlainan..jadi kali ni saya nak try resepi ni pulak...budak2 umah ni mmg suke sgt la makan kuih lapis ni...macm mana budak2 tak suke sbb rupa kuih ni kan comel...inshaa Allah kalau dh buat saya upload gambornya...



Bahan2

3 cawan tepung beras
6 cawan santan sederhana pekat (lebih kurang 1200ml)
6 sudu besar tepung gandum
6 sudu besar tepung jagung
1 cawan gula pasir
1/4 sudu teh garam
Sedikit perisa ros @ sirap
miyak @ majerin utk disapu pada loyang

Cara2

Panaskan pengukus dan sediakan loyang yang telah disapu minyak @majerin. 
Masukkan santan ke dalam periuk. Panaskan sebentar biar jadi suam-suam kuku. Tutup api.
Masukkan tepung beras, tepung gandum, tepung jagung, gula dan garam ke dalam mangkuk. Masukkan santan. Gaul rata hingga tidak berbintil dan tapiskan.
Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. 
Warnakan satu bahagian dengan perisa ros.
Masukkan loyang ke dalam kukusan. Tuang sesenduk adunan tanpa warna ke dalam loyang. Kukus selama 5 minit dengan api kuat. setelah lapisan pertama masak, tuang sesenduk lagi adunan merah. Kukus lagi. Ulang proses hingga habis lapisan dengan diakhiri dengan lapisan merah.
Setelah siap, sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong.

TIPS

Balut penutup periuk dengan kain supaya air wap pada penutup periuk tidak jatuh pada kuih lapis..

19 org bagi komen best..:

Nurzakiah Hanum said...

jom cuba

syawalsimpsons said...

mak sy suke buat ni

syawalsimpsons said...

mak sy suke buat ni

Masya said...

saya pun selalu buat... asyik melekat ntah kenapa ntah.. nnt nak cubalah resepi ni.. kene letak tpg jagung yer..

Ujie said...

Kuih peberet saya ni, tapi tak pernah try buat pun.
Susah jugak nk jumpa yg sedap...tak melekat, lemak manis.

Qhaifa Nur said...

kalau makan suka tarik keluar setiap lapisnya..

Knor said...

nampak sedap tu...warna juga memainkan peranan

syiela said...

kembar tu suka mkn ni.. hehehe tapi mama malas nk buat

Ibu Lala said...

ms kecik kecik dulu mak selalu buat kuih ni. sedap. suka makan selapis selapis.

eita said...

pandai makan je..x pandaibuat pun

Rosmiza Ali said...

Tak pernah buat lagi kuih lapis.. Mieza kalau makan kuih lapis ni Mieza suka makan selapis selapis.. Hehe.. Nanti kalau menjadi bagitau ye.. Leh try.. =)

Cik Nur™ said...

lamalah tak mkn kueh ni.. :)

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Salam fieda..nampak sedap kuih lapis fieda ni.Peyok kukus pon masih brkilat lg tu...br beli ya :)

Deqla Manjew said...

boleh dicuba nanti.. =)

HeNRieTTa JoSe said...

adik rietta pown suka...dia pling suka yg putih plus pink tu...

lelamaisara said...

amboi..nampak sodap je tu..:)

intanfirdaus247 said...

kak fieda,.terima kasih sudi kongsi resipi n..intan ni bab bab kuih tradisi memang failed..nak cuba belaja la...tq kak fieda

anitadiana said...

sedapnya..kak ita pun tak reti juga..tapi hubby pandai buat...

kayyana said...

mama yana pandai buat kuih ni.. hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

All Right Reserved To fieda . Full Edit By Cik Rose Cute.