Sunday, 21 July 2013

Maut ditinggal Ibu Tanpa Sengaja lebih 5 jam dalam kereta

Sedih..hanya itu yg mampu saya ungkapkan apabila terbaca berita ni beberapa hari yg lalu..terus terbayang betapa terseksanya anak kecil ini sebelum menghembuskan nafas yg terakhir..semoga dijadikan iktibar buat kita semua..

AL FATIHAH

----------------------------------------------------------------------

PETALING JAYA – Seorang kanak-kanak perempuan berumur tiga tahun mati akibat lemas setelah ditinggalkan tanpa sengaja oleh ibunya selama lebih lima jam dalam kereta di tempat letak kereta sebuah sekolah di Subang Jaya, di sini semalam.


Nawal Iris Samsudin, yang tertidur di kerusi belakang kereta, ditemui oleh ibunya Nor Zatusy Hazwa Abdul Rahim, 32, dalam keadaan kebiruan sebelum dibawa ke klinik berhampiran dan disahkan meninggal dunia.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Yahaya Ramli berkata kanak-kanak itu ditinggalkan di dalam kereta dengan kesemua tingkap ditutup dan enjin dimatikan sejak pukul 11 pagi sebelum ibunya kembali ke kereta itu pada pukul 5.30 petang.

Ibu kanak-kanak itu yang merupakan seorang guru terlupa mengenai anak bongsunya yang sepatutnya dihantar ke pusat jagaan kanak-kanak sebelum dia ke sekolah, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata sebelum ke sekolah, wanita itu menghantar adiknya ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang.

“Setelah habis tugasan si ibu pergi ke kereta pada 5.30 petang dan terkejut melihat muka Nawal Iris kebiruan, bibirnya pucat serta ada kesan muntah dan najis kanak-kanak itu di dalam kereta berkenaan,” katanya.

Yahaya berkata menyedari keadaan anaknya yang tidak bergerak, wanita berkenaan segera membawa anaknya ke klinik swasta berdekatan di USJ4, Subang Jaya, di sini dan doktor mengesahkan kanak-kanak itu telah meninggal dunia.

Beliau berkata laporan bedah siasat oleh Hospital Serdang yang diperoleh tengah hari ini mengesahkan kanak-kanak itu meninggal dunia kerana ‘heat stroke’.

Sementara itu, tinjauan Bernama di Hospital Serdang mendapati suasana pilu menyelubungi bilik mayat apabila lebih 30 ahli keluarga kanak-kanak itu hadir menunggu proses bedah siasat selesai.

Ibu kanak-kanak itu yang menangis teresak-esak serta ahli keluarganya enggan ditemu bual wartawan.

JANGAN TINGGALKAN ANAK ANDA DI DALAM KERETA




13 org bagi komen best..:

Chic Na said...

sangat menyayat hati kematian dia..

eita said...

al fatihah....sediihnye

ANIM said...

Ya Allah, kalut terlampau agaknya hingga terluoa...
Bukan sekali denar, berkali-kali dah...

Cik Nur™ said...

al-fatihah....
sedihkan...lepas ni mohon ibubapa beringat2lah...

Solehah Shamsuddin said...

Moral of the value. Jangan letakkan anak di tempat duduk belakang untuk mengelakkan terlupa. Kalau boleh, suruh anak duduk di sebelah kita ketika memandu.

Mama Idlan Irsyad said...

sedihkan kak.. kesian budak tu.. dah la panas... xde udara lagi...kita dok kejap dlm tu pun sesak nafas.. hai, stress saya kl benda2 mcm ni.. yela.. mak dia bukan sengaja..terlupa tp akibatnya tu... sampai mati pun rasa bersalah tu tetap tak hilang kan...kl jaa lah, boleh gila rasanya...

Deqla Manjew said...

ish mcm2 la.. camne boleh tertinggal dlm keta tu.. hurm.. apapun slm takziah buat keluarga mangsa.. dah ajal kan.. AL-fatihah..

permatabiru said...

alahai..sedihnya dengar..berhati2 la semua

Aju Mohit said...

alfatihah buat adik ini, semoga ibu bapanya tabah, ini sudah ketentuan Allah

Mas Zull said...

assalamualaikum fieda...mcm mana boleh lupa ni kesian nyer ...;)

Kesuma Angsana said...

peringatan untuk kita semua juga !

Che Rosliza Che Mat said...

memang bahayakan....takut pulak bila tgk video tue..

Ibu Lala said...

kesian kan fieda. nauzubillahiminzalik. moga Allah lindungi anak cucu kita dari kejadian macam ni. sedih sgt. menyesal x sudah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

All Right Reserved To fieda . Full Edit By Cik Rose Cute.