Wednesday, 24 July 2013

Roti John homemade

Lorr..baru je semalam pi PARAM beli roti john ni..tak sangka lak senang jer kalau nk buat sendiri..uii..mahal benor ye segala mende kat bazar ramadan skrg ni..saya jarang membeli cuma sekali sekala ada la beli kuih2 je sikit..jom kite try buat roti john homemade...

Sumber resepi 


Bahan-bahan:

6 keping roti hotdog
4 keping beef patty (daging burger) - hancurkan
1 biji bawang besar - dipotong kiub
3 biji telur
lada putih
garam
mentega
mayonnaise 
sos cili

Cara-cara:

1. Dalam mangkuk, campurkan bawang besar yg dipotong kiub, daging burger hancur, telur, lada putih dan garam (agak-agak, secukup rasa). Kacau adunan hingga sebati.

2. Belah roti hotdog dan sapukan dgn mentega.

3. Cairkan mentega. Perlahankan api (penting). Sudukan adunan cukup-cukup bentuk roti hotdog. 

4. Telangkupkan roti hotdog diatas adunan. Tekan sikit supaya melekat. Kawal api biar kecil agar daging betul-betul masak.

5. Apabila roti sudah garing, angkat. Sapukan mayo dan cili sos. Tutup roti dan potong kecil. Hidangkan.

13 org bagi komen best..:

Masha Meisters said...

hehehehe....sedapnyer roti john :-)

Nurzakiah Hanum said...

rajinnya dia

Farah Waheda Wahid said...

yummylicious, tiba2 rasa teringin nak makan roti john la kak... *_^

intanfirdaus247 said...

salam Ramadhan kak fieda cayang..hehe…sorry baru mai singgah sini..harap kak fieda sekeluarga sihat selalu…amin..
amboeh sedapnya roti john kak fieda buat..yumyum..

Mrs Velentine said...

wah senang jak kan..klik2

Princess Feyqa said...

wah mcm best je.. nt blh try buat hehe

Ujie said...

best3..tak terfikir nak buat sendiri. senang je.. thanks. idea bagus.

Rosmiza Ali said...

Lohr, senang yang amat rupanya nak buat roti john ni.. Baik lagi buat sendiri kan dari beli kat bazaar..

Rosmiza Ali said...

HISHOP!

Nida Mohd said...

pak mertua saya suka no ngan roti john ni..tak le susah nak buat nya pun kn..boleh di cuba ni..

Cik Nur™ said...

buat sendiri lagi senangkan. :)
sedap pun dah tentu.. :)

Che Rosliza Che Mat said...

senang jer rupanya...boleh try nanti..

kayyana said...

wah.. bestnye.. buat sendiri je kat rumah.. tak pyah beratur nak beli roti john lagi kan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

All Right Reserved To fieda . Full Edit By Cik Rose Cute.