Thursday, 22 August 2013

Bas Genting Highlands Jatuh Gaung



KUALA LUMPUR - Seramai 37 terkorban manakala 16 cedera, dalam nahas bas ekspres yang membawa 53 orang, terjunam 60 meter ke dalam gaung di KM3.5 Jalan Genting Highlands hari ini.

Mangsa yang maut terdiri daripada 27 lelaki dan 10 wanita, kata Penolong Ketua Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Datuk Soiman Jahid.

Antara yang terbunuh dalam tragedi itu ialah warga Bangladesh, Thailand dan China.

Mereka yang cedera termasuk yang dilaporkan kritikal kini dirawat di Hospital Selayang (lapan), Hospital Kuala Lumpur (lima), Hospital Sungai Buloh dan Hospital Bentong masing-masing dua mangsa.

Kemalangan kira-kira pukul 2.45 petang itu berlaku ketika bas berkenaan menuruni jalan curam dari puncak Genting Highlands menuju ke ibu negara.

Kira-kira 450 anggota bomba, polis dan Jabatan Pertahanan Awam terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa kejadian.

Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob dan anggota Parlimen Bentong Datuk Seri Liow Tiong Lai turut berada di lokasi kejadian.

Soiman berkata punca kemalangan belum diketahui dan pihaknya juga masih belum menemui saksi kejadian.

"Tapi kami merasakan keadaan fizikal jalan ini menuruni cerun. Memanglah cerun ini agak menjunam, jadi sekiranya ia tidak dikawal dengan sempurna menyebabkan bas tergelincir dan jatuh ke gaung. Ini penilaian awal daripada pihak penyelamat," katanya. - Bernama



Salam takziah kepada keluarga mangsa nahas bas di Genting Highlands. Al Fatihah kepada mangsa yg beragama Islam.

15 org bagi komen best..:

Nurzakiah Hanum said...

Salam takziah kepada keluarga mangsa nahas bas di Genting Highlands.

Kniedaz said...

takziah kepada keluarga mereka...ngeri betul huhu

Deqla Manjew said...

seriau kan dpt tau berita ni semlm.. takziah buat smua keluarga mangsa..

nuyui a.k.a miss YUI said...

salam takziah buat semua

lelamaisara said...

salam takziah untuk keluarga mangsa...

Rosmiza Ali said...

Gerun dah nai bas lepas ni.. Apa pun sama2 kita hadiahkan bacaan Al-Fatihah buat mangsa yang beragama Islam..

dya bunga said...

takziah kpd keluarga mangsa

Aju Mohit said...

takziah pd keluarga mangsa

Mimi Azirah said...

Sedih tgk

BUNDA a.k.a KN said...

KEMALANGAN PALING DAHSYAT SELEPAS 17 TAHUN LEPAS...

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam Fieda,ngerinya tgk gambar mayat2 yg brgelimpangan tu ya.Cam takut lak nk lepaskn anak llaki naik bas :(

Cik Nur™ said...

takziah buat kerluarga mereka..

Mimi Azirah said...

Al Fatihah untuk keluarga mangsa

intanfirdaus247 said...

ngeri ..kesian dan takziah pada kuarga mangsa

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

tkt la tgk berita nih...salam takziah untuk semua keluarga mangsa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

All Right Reserved To fieda . Full Edit By Cik Rose Cute.