Friday, 16 August 2013

(Sinopsis) Cinta Jannah di Slot Akasia Tv3


Berkisarkan tentang kehidupan seorang wanita bernama Jannah (Nelydia Senrose) melarikan diri dari rumah setelah dipaksa oleh keluarganya untuk mengahwini Suffian sebagai isteri kedua. Bapanya, Abdullah ingin menebus balik tanah kebun yang digadai oleh adiknya, Razak kepada Suffian selepas kalah judi.

Jannah dibenci oleh bapanya sendiri sebab beliau begitu inginkan anak lelaki untuk mendapatkan harta pusaka ibunya. Duit tersebut juga dapat digunakan untuk mengadakan kenduri nikah untuk anak sulungnya, Balqis (Reen Rahim). Jannah dibenci oleh bapanya sendiri sebab beliau begitu inginkan anak lelaki untuk mendapatkan harta pusaka ibunya.

Setibanya Jannah di Kuala Lumpur, Jannah menjadi keliru kerana tiada hala tuju. Tatkala memikirkan apa yang bakal dilakukan, ben tangannya telah diragut dan Jannah jatuh, terhentak kepalanya dan jatuh pengsan. Secara kebetulan, Izaryl (Aeril Zafrel) lalu di situ lalu membantu Jannah yang pengsan. Pada masa yang sama, Izaryl berada dalam dilema kerana dia terpaksa mencari seorang isteri dalam masa 3 bulan bagi mengelakkan dirinya mengahwini Damia (Ramona Zam Zam), pilihan ibu Izaryl sendiri.

Dalam keterpaksaan, Izaryl membohongi Jannah dengan mengatakan bahawa dia telah memperkosa Jannah semasa dia pengsan. Justeru, mereka terpaksa berkahwin. Apabila mengetahui tentang perkahwinan itu, ibu Izaryl, Tengku Zareena (Dian P Ramlee), berasa amat marah.

19 org bagi komen best..:

Afiqah Adzan said...

Suka tengok cerita nii :D

Rosmiza Ali said...

Mieza pun ikut citer ni.. Macam boleh lawan Setia Hujung Nyawa jer citer ni.. Tak sabar nak tengok sambungan minggu depan.. =)

Rosmiza Ali said...

Jentik Milkadeal!

izan mama mia said...

selamat hr raya....


agak best juga citer nih....dah tgk 2 episod

Cik Aann said...

saya pun tengah layan jugak cerita ni..best jugak..

Testimoni Meal Shakes Shaklee: Kebaikan Vitamin untuk Anak yang Mengidap Asma

Cik Nur™ said...

belum berkesempatan lagi nak tgk cerita ni...huhuh

Deqla Manjew said...

deqla lyn gak citer ni.. tp episod pertama tu terskip...hihi

lelamaisara said...

lyan jugak cerita ni...;) best la jugak kan..:)

kayyana said...

nellydia senrose lagi.. suke tgk die berlakon,

Mrs Velentine said...

sangat suka ceta ni kak..

QasehnyaRania said...

as-salam.
tak tgk pon
selamat hari raya kak :)

Rose Azadir said...

Hi…saya blogwalking kat sini. Jemput datang ke blog saya yer http://ibu2ahmad.blogspot.com

dya bunga said...

cite ni dya xpernah miss..hehe

Mimi Azirah said...

Best jugak citer nih

Mimi Azirah said...

tak berkesempatan nak tgk kak

Mimi Azirah said...

done dove n twisties

intanfirdaus247 said...

x penah intan tgk..huhuh

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

best juga citer nih

BUNDA a.k.a KN said...

suka tengok citer ni,,tapi episod akhirnya terlalu padat...apa kisah ngn ibu jannah yg sayang dan merindui jannah? macam tergantung jer criternyerr..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

All Right Reserved To fieda . Full Edit By Cik Rose Cute.