Friday, 27 September 2013

Isteri Mat Yo mohon maaf kpd rakyat Malaysia..??????


Kuala Lumpur: "Dengan rasa rendah diri, saya minta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas tindakan saya sehingga menimbulkan kemarahan semua pihak.

“Saya percaya, kebenaran kes ini akan terbongkar. Tolong jangan hukum saya tanpa mengetahui apa yang berlaku,” kata Siti Aisya Adam, 24, isteri kepada pemain bola sepak negara, Norshahrul Idlan Talaha, ketika mengulas mengenai video dia bergaduh dengan pengawal keselamatan kini tersebar luas. 

Ibu kepada seorang cahaya mata itu berkata, dia tidak tahu apa motif sebenar individu yang menyiarkan video berkenaan, sedangkan kejadian perselisihan faham berlaku pada 12 September lalu, namun video berkenaan baru tersebar sejak Selasa lalu. 

“Saya tidak mengetahui mengenai penyebaran video ini sehingga dimaklumkan keluarga yang turut terkejut melihat insiden berkenaan. Apa motif individu itu menyiarkan video berkenaan. Adakah disebabkan suami saya pemain bola sepak negara?

Dua individu miliki video

“Ramai menyangka saya yang menyebarkan video berkenaan, namun di sini saya tegaskan, penyebaran video itu tiada kaitan langsung dengan saya. Apa yang saya boleh cakap, hanya dua orang yang memiliki video berkenaan, namun saya enggan dedahkan sebaliknya menyerahkan kepada pihak polis,” katanya ketika dihubungi BH, semalam.

Siti Aisya yang tertekan susulan kejadian itu berkata, selepas tersebarnya video berkenaan, ramai yang marah dan mengeluarkan kata-kata kesat kepadanya, namun mereka tidak mengetahui apa sebenarnya berlaku. “Malah, masyarakat menuduh tindakan saya memalukan suami. Saya bukan seorang biadap, kejadian ini berlaku apabila individu lain mencabar saya sehingga menimbulkan kemarahan. 

“Jujur saya katakan, saya hormat orang tua kerana kehilangan bapa sejak berusia 12 tahun. Tatkala masyarakat mencemuh saya selepas melihat video berkenaan, saya tidak mampu mempertahankan diri sebaliknya hanya mampu berdoa supaya kebenaran sebenar akan timbul,” katanya sambil menangis.

Insiden kekecohan membabitkan isteri kepada pemain bola sepak negara dengan pengawal keselamatan di Subang Skypark, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) mula tersebar secara meluas sejak Selasa lalu.

Rakaman selama 54 saat itu turut menampakkan wajah Nor Shahrul atau lebih dikenali sebagai Mat Yo, yang menyaksikan perang mulut antara isterinya dengan pengawal keselamatan terbabit, Azman Md Nayan, 49.

Tak terlintas saman

Siti Aisya turut meminta masyarakat tidak mencemuh suaminya disebabkan insiden membabitkan dirinya, sebaliknya Nor Shahrul tiada kena mengena dalam kes terbabit.

Ditanya sama ada beliau bertindak menyaman pengawal keselamatan itu, Siti Aisya menjelaskan tidak pernah terlintas untuk bertindak sejauh itu, sebaliknya peguam dilantik selepas video berkenaan mula tersebar.


*bagi saya isteri Mat Yo tetap jugak salah...mmg dia tersangat kurang ajar dgn org tua..marah sekali pun takkan sampai tahap maki dan tendang org tua yg kita boleh anggap mcm ayah sendiri...lagipun takde pulak dia ckp dia mintak maaf kat pakcik tu..cuma dia mintak maaf kat rakyat Malaysia je kan..buat ape...

17 org bagi komen best..:

Nurzakiah Hanum said...

macam2 kan

Langit yg berwarna unggu said...

ha'ah btl tu, xminta maaf kat pakcik tu pun... cakap seolah-olah dia xbersalah

:: Mrs.Eady :: said...

Kan!

izan mama mia said...

huhuhu....baik selesaikan segera...elok g jumpa terus face to face...dok naik mahkamah buat apa....ish....

permatabiru said...

lepas nie dgr pula kisah sebenar disebalik insiden tu...macam2 versi ada

kayyana said...

mungkin ini sahaja jalan untuk die buat org malaysia berhenti menghina die.. tp btullah ape akak ckp.. kite kene hormat orang apatah lagi org tu sebaya ayah kite kan... walaupun marah tp sabarlah... ape salahnye kan. budi bahasa kan budaya kite kan.

nanakimie said...

tunggu dan lihat je kan akak...huhu....sian kat pakcik tu:(

syawalsimpsons said...

ya betul bini dier tetap salah

HUD AIKARA said...

Sesiapa pun boleh cakap 'maaf'. Tapi saya hairan kenapa dia merakam pertengkarannya dengan guard tersebut kalau tidak ada niat utk menyebarkannya? Masalahnya dia yang bertindak kasar. Kemarahannya pun datang dari rasa sombong dan ego kerana ditegur oleh seorang pak guard. Dia merasa dirinya teramat 'penting' dan tidak layak untuk di tegur oleh sesiapa.Layakkah dia mengaku seorang yang hormat orang tua setelah perbuatannya terlihat terangan macam tu? Nampak sangat dia terdesak untuk membela diri.Tapi apa pun ini pengajaranlah untuk kita semua...kita pun bukan baik sangat. Rasanya ada ramai yang ada pengalaman bertengkar dengan orang tua macam ni cuma tak dirakam saja. Saya doakan kes ini cepat2lah selesai sebab ia cuma akan menjejaskan prestasi suaminya di padang bola. Lagipun banyak sangat kutukkan melampau yang tersebar di dada maya sampai saya rasa orang yang kutuk kaw-kaw tu agaknya merasa dirinya 'teramat sempurna'...iks iks iks...

lelamaisara said...

senang nye la mintak maaf je..huhuuuu

Ratu Hatiku said...

xreti hormat org tua,sapepun yg salah sepatutnya dia hormat org yg lbh tua dr dia bkn dengan memaki hamun.

Cik Nur™ said...

betul apa kata akak, patutnya dia minta maaf dgn pakcik tu dulu...

Lynn said...

hmm tu la kan...Allah tu Maha mengetahui..

sue zainun said...

sue pon rasa mcmtu..kenapa minta maaf ngan rakyat msia..dia bersalah pd pakcik tu..sebenar2 kita pon kita xberhak nak maki2, nak tendang org tambahan pula org tua..huhu
aishhh teremosi skit hehe

Nastyna said...

Alahai... "saya tak bodoh" yang dikatakannya semakin jauh panggang dari api nampaknya.

ros_reeza said...

tutur kata perlu dijaga..

Deqla Manjew said...

lorhh... apa ke halnya nak mintak maaf kat rakyat malaysia..?? haha.. mintak maaf la kat pakcik tu.. yela tu tak salah.. adoii la.. terang2 kan dia yg rakam video.. abis tu sape upload video? hurm.. berdrama la pulak kan pompuan ni..apapun, deqla tetap x setuju dgn tindakan dia yg sesuka hati tendang pakcik tu..ckp elok2 x boleh ke? kalo dia ckp2 elok2 dan boleh kawal perasaan marah dia tu, xkan timbul isu ni.. pakcik tu pun xkan nak berkasar jugak kalo dia ckp elok2.. api lawan api makin marak la api tu.. x betol ?? apa2 jelah dia ni..haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

All Right Reserved To fieda . Full Edit By Cik Rose Cute.