Friday, 6 September 2013

Samsung Melancarkan Galaxy Note III Secara Rasmi

Sesapa yg berkemampuan boleh lah kalau nak merasa pakai Galaxy Note III plk ye...

OhGeekz-Note-3

Galaxy Note III ini mempunyai skrin Super AMOLED bersaiz 5.7 inci dengan resolusi HD penuh 1080p. Badannya agak nipis, iaitu 8.3mm sahaja dan beratnya adalah 168 gram. Rekaannya nampak lebih premium, bahagian belakangnya masih menggunakan plastik polikarbonat tetapi nampak seperti kemasan kulit dengan jahitan.

Kapasiti baterinya pula dipertingkatkan kepada 3,200 mAh. Selain itu, kamera utamanya 13 megapiksel dilengkapi dengan teknologi ‘Smart Stabilization’ dan ‘high CRI LED flash’, membolehkan pengguna mengambil gambar yang tajam dan cantik walaupun ketika kurang pencahayaan. Apa yang menarik, kameranya menyokong rakaman video dengan resolusi 4K.

OhGeekz-Galaxy NOte 3

Dengan RAM 3GB dan pilihan cip pemprosesan Exynos 5 Octa-core untuk model 3G dan Snapdragon 800 Quad-core untuk model LTE, prestasi Note III dikatakan cukup hebat dan berkuasa. Memorinya pula adalah 32GB atau 64GB. S-Pen pada Note III ini dipertingkatkan dengan beberapa fungsi baru seperti AirCommand, Action Memo, Scrapbook, Screen Write dan Pen Window.

Galaxy Note III akan mula dijual pada 25 September ini tetapi masih belum ada maklumat sama ada Malaysia akan mendapatnya pada tarikh tersebut atau tidak.

11 org bagi komen best..:

kayyana said...

note yang dulu dulu pun tak mampu nak beli inikan pula yang baru.. huhuhu... cepat betul teknologi sekarang ni yer..

Nurzakiah Hanum said...

berapa la harga nie

syawalsimpsons said...

cantik la...

HeNRieTTa JoSe said...

Smart looking and smart function...tpi buat masa nie...ckup la dgn apa yg rietta ada...hehehe...

Cik Nur™ said...

berapa riban la pulak nie yea...
Nur cukuplah note 1 tu...
malas nak tukar2 dah,.,.huhuhu

Puan Kutu said...

makin cangih,sy ni ketingalan sikit bab2 teknologi handphone nie

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

adeh keluar plak note III...wani setia jer la dgn note II ni hahaha...

Deqla Manjew said...

x mampu nak beli...huhuhuhu...

Mimi Azirah said...

Note 3 plakkkk adesss

Ibu Lala said...

X beli kut. Yg 1 ni pun elok lagi.

Mimi Azirah said...

note 3 pulak????speechless

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

All Right Reserved To fieda . Full Edit By Cik Rose Cute.