Tuesday, 1 October 2013

3 mati, 2 kritikal keracunan makanan kenduri kahwin

Foto

Tiga orang termasuk seorang kanak-kanak dan warga emas meninggal dunia, manakala dua lagi kritikal dipercayai akibat keracunan makanan selepas menikmati jamuan di majlis kenduri kahwin di sebuah rumah di Kampung Huma, Tanjung Dawai, Sungai Petani pada Sabtu lalu.

Sehingga petang semalam, pihak hospital menerima 70 kes, iaitu 35 di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani, 30 di Hospital Yan (HY) serta lima di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar dan dijangka meningkat. 

Meninggal selepas pengsan 

Mohd Nor Rahmat Yusof, 11, yang pengsan di rumahnya di Kampung Singkir Laut, Sungai Petani meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke HY pada jam 1 tengah hari semalam.

Seorang pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Nurshazana Mohd Rashid, 24, pula meninggal dunia selepas pengsan di rumahnya di Kampung Tempoyak, Bedong, pada jam 12.45 tengah hari dan dihantar ke HSB, manakala Ibrahim Muhamad, 62, dari Alor Jejawi, Kuala Besut Terengganu, meninggal dunia jam 6.30 petang di HSAH. 

Pengarah Kesihatan Kedah, Dr Ismail Abu Taat, berkata dua yang kritikal, iaitu lelaki termasuk seorang kanak-kanak sedang dirawat di HASH.

Beliau berkata, tiga mangsa disahkan mati akibat keracunan makanan dipercayai selepas menikmati makanan pada majlis kenduri kahwin itu. Katanya, semua mangsa mendapat rawatan mengalami muntah dan cirit-birit hingga menyebabkan dehidrasi serius. 

Sehingga petang semalam, pihaknya masih mengesan punca dan jenis virus yang menyerang pesakit bagi tindakan lanjut. “Kita minta orang ramai yang mengalami demam, cirit-birit dan muntah selepas menghadiri majlis berkenaan segera mendapatkan rawatan di hospital berdekatan bagi mengelak kejadian lebih buruk,” katanya.

Sumber dari berita harian


*takut pulak saya baca...dah sampai kes kematian ni..saya pun pernah kena gak sakit perut akibat makan makanan kenduri...uiii...sampai demam2...al fatihah kepada mangsa yg terlibat..

12 org bagi komen best..:

Nurzakiah Hanum said...

bahayanya

nuyui a.k.a miss YUI said...

mcm pelik je smpai mcm tu jdnya...

syawalsimpsons said...

adoi takut la pulok nak makan kat kenduri ni kan

Deqla Manjew said...

haishh... penangan nasik minyak kenduri ke ni?? ish.. takot lak.. Al-fatihah...

Rai Ourkizuna said...

innalillah.. kesiannya..

kayyana said...

Ya Allah.. makan ape kt kenduri kawin tu ye.. ish.. mmg takut kak.. jauh jauhkanlah daripada kluarga saya.

Khumaera Ismail aka Mariam Ismail said...

al fatihah..
gi meraikan kenduri pun leh terkena keracunan.maera pun selalu jgk cirit atau sakit perut lepas mkn kenduri rumah org.perut sensitif agaknye.ada certain org dh msk awal2, so kdg2 time kenduri tu lauk dh tak elok.huhu..kena beringat jgk kepada org yg nk buat majlis,kena pastikan mknn selamat dan bersih.

Mimi Azirah said...

lebih berhati2 kalo nk mkn kat majlis kawen nih kan

Puan Kutu said...

sy pun terkejut dengar..dekat area kawasan sy la ni,tg dawai tak jauh mana dr rumah.tak sgka keracunan smp macam tu sekali.

takziah kepada keluarga mangsa

Che Rosliza Che Mat said...

seram sejuk baca...keracunan makanan..

Cik Nur™ said...

takziah buat keluarga mangsa...

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

takut la dgn kes mcm nih...salam takziah utk family mangsa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

All Right Reserved To fieda . Full Edit By Cik Rose Cute.