Thursday, 3 October 2013

Lagi kes keracunan ayam masak merah


NIBONG TEBAL: Seramai 36 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Tasek, Simpang Ampat, di sini, dikejarkan ke hospital selepas mengadu sakit perut, pening dan muntah.

Mereka adalah sebahagian murid yang menyertai Program Intensif Tahun Empat bagi menghadapi peperiksaan akhir tahun minggu depan. 

Murid terbabit mula mengadu sakit sebelum dikejarkan ke Hospital Sungai Bakap (HSB) kira-kira jam 9 malam tadi. Ada antara mereka diambil darah untuk ujian lanjut sebelum kesemuanya dibenarkan pulang selepas menerima rawatan pesakit luar.Difahamkan, mereka itu mengadu sakit selepas makan nasi lauk ayam masak merah yang dibekalkan kantin sekolah kira-kira jam 6.30 petang.


Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Seri Mutiara Mohd Nor Hiesam Ismail berkata, murid terbabit adalah antara 106 murid tahun empat yang menyertai program berkenaan. Menurutnya, program itu bermula Isnin lalu dari 8 pagi hingga 10 malam setiap hari dan dijadualkan berakhir Jumaat ini. 
"Berikutan kejadian ini, pihak PIBG dan sekolah sudah mengambil keputusan untuk menghentikan program serta-merta. 

"Pihak kami dan sekolah akan melakukan siasatan bersama terhadap bekalan makanan yang diberikan kepada murid berdasarkan laporan daripada hospital," katanya.


-------------------------------------------------------------------------

*ayam masak merah lagi...??mmg glamer betul ayam masak merah 2,3 arini ye... semua ni berpunca dri ayam yg dh busuk la tu tp masih jugak dimasak oleh tukang masak...Masya Allah...kesian la pada mangsa ye..jgn pikir nak untung je..cuba kalau kena kat batang hidung sendiri baru tau...nasib baik kali ni tak serius hingga membawa kepada maut....ni yg tiba2 buat saya rasa takut ni nk masakan masakan kat luar...



22 org bagi komen best..:

Nurzakiah Hanum said...

bahaya kan

ros_reeza said...

semoga semuanya kembali sihat.. risau sangat bila dengar kes macam ni :(

TelingaBulat said...

kecoh pasal kes ni kan..hurmm mungkin da ajal dorg..kesian

Kniedaz said...

rasa gerun pulak nak makan ayam dua tiga hari ni...tapi dia bergantung kepada cara penyediaan juga kan...kalau ayam dan bahan lain terbiar lama di luar tu yg jadi penyebab

Ibu Lala said...

Betul la tu fieda. Beringat sblm kena. Nak beli ayam kena hati hati. Jgn beli ayam yg dah busuk. Kalau beli ayam balik rumah trus simpan dalam peti

Ummialyaanas said...

alahai..ada lagi ke kes arini?ayam masak merah lagi??haishh..takut lak nk wat ayam masak merah kt rumah..hehehe

Deqla Manjew said...

alahaii.. si ayam masak merah lagi.. kesian..ayam yg dpt nama....huhuhu...

Kakzakie said...

Apa yg kakak bimbang mungkin pembekal ayam memberikan bekalan yg tak sihat. Atau jangan-jangan penternak ayam bagi ayam makanan yg entah apa-apa nak bagi cepat besar... takutnya kakak...

Tina Othman said...

Kesiannya, mesti teruk tercemar ayam tu tu yg satu sekolah efek tu

HeNRieTTa JoSe said...

kesiannye....mcmmcmkan....rietta pown agak berpunca dr ayam yang dah xelok....tpi xtaw lah kan....harap harap, xde mangsa terkorban...

lelamaisara said...

semalam baru masak ayam masak merah kak..hehe..

PakcikLie PCL said...

salam singgah.. , kalau dah jadi kebetulannya memang akan berulang dgn kes yg lebih kurang sama setiap hari.

apa pun kena waspada selalu. ~www.nazlee.com

nanakimie said...

eh yang ni lain pulak ye akak..huhu....tula,memang bahaya kalau ayam tak handle dengan betul,masa praktikal ritu ada jugak nana folow-up kes keracunan makanan kat sekolah,selidik2 dari ayam jugak..sian pun ada kat makcik kantin tu kena soal banyak2..

p/s: alhamdulillah..nana sihat...rasa terharu pulak akak masih ingat nana...miss you too akak.....

IntaNBerliaN said...

eh, ada lg kes ayam msk merah sblm ni ek

Mimi Azirah said...

seriau pulak dengar kan kak

Mimi Azirah said...

klik note 3 n body shaping

Azza Afdzal said...

ney yang takut nak masak ayam masak merah time kenduri nanti...

Yumida Huda said...

aah la kan
isu ayam merah x habis2
gerun la mcm ni nk mkn kat luar

Cik Nur™ said...

haishh..kena jaga2lah lepas ni kan..
atau lebih baik masak sendiri kat rumah..bahayalah kalau mcm ni..

dya bunga said...

lepasni ayam masak merah mesti dh kurg laku..huhu

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

takut pulak nk mkn ayam skang nih

Yana Libra said...

bahaya kan keracunan ni..sampai ada yang meninggal..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

All Right Reserved To fieda . Full Edit By Cik Rose Cute.