Wednesday, 2 October 2013

Ayam masak merah adalah punca maut

Susulan dari berita kematian akibat makan makanan di kenduri kawin semalam hari ni saya dah dapat info punca dari mana keracunan tu...rupanya dari ayam sambal...

-------------------------------------------------------

Punca sebenar kes maut keracunan makanan kenduri kahwin di Kedah. Bakteria salmonela dikenal pasti terkandung dalam hidangan ayam goreng masak merah yang disediakan secara gotong-royong sehingga menyebabkan kematian. Terkini, seramai empat orang disahkan maut akibat keracunan kenduri kahwin di Kampung Huma, Tanjung Dawai.



Senarai Terkini Nama Maut Keracunan Makanan

1. Nurshazana Mohd. Rashid (24)

2. Mohd Nor Rahmat Yusof (11)

3. Ibrahim Mohamad (62)

4. Wan Razali Wan Yaacob, 56


Pengarah Kesihatan Negeri Kedah, Dr Ismail Abu Taat berkata, sebahagian daripada 130 bekalan ayam yang dihantar untuk majlis perkahwinan di Kampung Huma, Tanjung Dawai Sabtu lalu juga didapati sudah busuk. Hasil laporan siasatan terperinci yang dilakukan mendapati ayam yang busuk diasingkan manakala sebahagian yang masih elok digunakan untuk memasak.

Ayam kemudian digoreng pada jam 9 pagi hingga 4 petang 27 September sebelum disimpan di suhu bilik. Keadaan penyimpanan yang tidak sesuai juga boleh menyebabkan bakteria merebak selain kaedah menyedia yang tidak cukup tempoh memasak juga boleh menjadi faktor penyakit berkenaan. Setelah disiasat mendapati, ayam goreng yang dicampurkan kuah sambal pada 28 September untuk dihidangkan kepada pengunjung majlis perkahwinan mengandungi mikroorganisme yang dipanggil salmonela.

Individu yang dikesan terkena jangkitan bakteria berkenaan akan mengalami simptom demam, cirit-birit, perut memulas dalam tempoh 12 jam selepas makan. Keadaan ini boleh menyebabkan mangsa kehilangan banyak air dalam badan dan lebih serius boleh menyebabkan kematian sekiranya lambat menerima rawatan.

-----------------------------------------------------------------


*tetiba teringat sebulan lepas saya makan kat satu restoran yg trademark nya terkenal di kalangan kanak2...saya dan Maira makan nasi ayam ...esoknya pagi2 saya kena sakit perut,cirit birit sampai nak demam...Maira pun asyik tercirit dalam seluar..kesian tgk dia..abg2 nya tak kena sbb dorang mkn makanan lain...saya rasa mgkin berpunca dri ayam jugak sbb ayam tu sebenarnya dh rasa lain macam..tp bagi saya  msa tu mgkin rasa lain mcm tu sbb hasil dri perapan kot..mana mgkin restoran berjenama tu nak hidangkan ayam yg tak elok kan kat pelanggan..rupanya hampehhh....dan itu adalah kali pertama dan terakhir la saya jejak kaki kat situ....serik rasanya bile diingat2 balik..dah la harga kemain mahal..sedapnya idok ler...

14 org bagi komen best..:

Deqla Manjew said...

bakteria tu? alahaii.. nape la dorang ni amek lewa je .. x psl2 dah menyebabkan kematian.. ish.. x selamat betol ar mkn kat luar.. rasa mcm takot dah nak mkn kenduri..huhuhu..

misz sheyla said...

kesian kat mangsa..Alfatihah untuk mangsa2... kesian jugak dekat tuan umah...mesti rasa bersalah...

DIARI FARISHA said...

ni yang bertambah susah hati nak pegi mjlis kawin..cm ni la..blik je msti sakit perut :(

nuyui a.k.a miss YUI said...

bahaya sungguh.

need said...

wah..dasyat jgk penangan salmonela ni.dulu sangka kalo keracunan mkanan ni plg kuat cirit demam-demam je la.rupenye ada jgk yg bawak maut.peringatan pada kita dalam mengendalikan mknan...al -fatihah pada yg telah tiada...

cik didiey said...

masak sendiri??igtkan catering..huhu...

restoran upin ipin eh yg fieda sebut tu?

Che Rosliza Che Mat said...

Lain kali makan kenduri kena hati2...

ros_reeza said...

Al fatihah.. kejadian ni memang dekat dengan kampung Ros.. terkejut bila dapat tahu.

Mrs Velentine said...

takziah..sebab tue MV kalau beli ayam nak yg betul2 takde bau..

Kakzakie said...

Kakak bila dengar berita semalam sedihnya... pihak tuan rumah pun tak bersalah sebab semua kerja dilakukan secara gotong-royong...

Moga roh mereka semua tenang disana..

Nastyna said...

Peringatan untuk kita lebih berjaga2 dalam bab makan ni kan.

Cik Nur™ said...

Risaukan skrang ni...
apapun kebersihan kena jaga...

Ibu Lala said...

Nasib la fieda dan maira tak apa apa.
Kesian dgn mangsa. Sedih dgn berita ni. Nk pi mkn kenduri pun takut. Sbb tu sy klw mknn rs pelik sikit mmg x leh terima dek tekak. Anak anak pun tak bagi makan dah.

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

alfatihah
mcm2 kes skang ni yg xterjangka pn akan jadi...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

All Right Reserved To fieda . Full Edit By Cik Rose Cute.