Friday, 26 April 2013

Renungan pagi Jumaat

Tujuan memaparkan gambar ini bkn la berniat utk mengaibkan sesiapa...hanya sekadar utk kita jadikan ikhtibar... malam tadi 9 Mei 2012 sekitar jam 12.30am sya menziarahi jiran sya yg telah dijemput Allah pulang ke rahmatullah... masa sya tiba.. ada beberapa org diluar surau.. dan ada tiga org disini jenazah..dua darinya sedang berbual bertanyakan hal penyebab kematian..yg seorg lagi sedang membaca Yassin...


Selepas memberi salam dan berjabat tgn ..sya terus sedekahkan surahYassin buat arwah.. ketika dua helaian terakhir surah Yassin dibaca sya dapati tiada siapa lagi disisi jenazah mau pun disisi sya.. yg tinggal hanya sya dan Arwah..

Ya Allah... Hanya ENGKAU sahaja mengetahui perasaan ini.. tinggallah jenazah ini tanpa ditemani anak isteri mau pun saudara mara.. sya jadi serba salah.. kalau sya tinggalkan juga ..maka bersendirian la ia..

Tanpa sya sedar airmata ini menitis.. membayangkan keadaan diri sya nanti..adakah yg menemani sya nanti hingga ke kuburan..adakah yg akan menghadiahkan sya surah2 suci buat penenang diri di alam sana...

Sahabatku... benarlah sabda Rasulullah SAW Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya :

"Tiga perkara yang akan mengikuti mayat dan dua daripadanya akan pulang. Hanya satu sahaja yang akan bersamanya dalam kubur. Perkara tersebut ialah : Kaum kerabat, harta benda dan amalannya. Semua kaum kerabat dan harta bendanya akan pulang, manakala yang kekal bersamanya ialah amalannya "

Apabila kita mati tiada siapa lagi yg akan menemani kita... hanya Amalan yg akan menemani kita.. ayuhlah sahabatku.. kita menginsafi diri kita.. lupakan segala kejahatan yg lama..Allah itu maha pengampun.. kita kembalilah menjadi hambanya yg bertaqwa.. dunia hanya persinggahan , tiada yg kekal diatas muka bumi ini..semuanya pasti akan merasai mati...

Sumber dari FB

----------------------------------------------------------------------------------

Thursday, 25 April 2013

Daun sup dapat cuci buah pinggang

Selama bertahun-tahun kita mengunakan buah pinggang dalam proses biologi badan, kandungan garam dan racun yang kita tidak tahu betapa banyak jumlahnya, dan kita tidak pernah mencucinya kecuali bagi yang bermasalah sahaja, tapi tahukah anda dengan hanya RM1.00, anda mampu mencuci buah pinggang yang banyak berjasa pada kita ini..



Caranya mudah sahaja

Beli seikat daun SUP,

Cuci bersih-bersih...potong kecil2....masukkan kedalam periuk....masukan air bersih....

Didihkan untuk sepuluh minit sahaja.....sejukkan....tapis dan masukkan kedalam botol yang sesuai dan disimpan dalam peti sejuk...

Amalkan meminumnya segelas sehari.....Insyaaallah anda akan rasa perubahannya

Segala kandungan garam dan racun2 akan dikumuhkan melalui air kencing.

Daun SUP telah diketahui sebagai satu kaedah rawatan pembersihan yang terbaik untuk buah pinggang kita dan ia adalah semula jadi

--------------------------------------------------------------------------

Petua ni saya dapat dari FB ye...
Inshaa Allah berkesan  dengan menggunakan bahan semulajadi ni...


Wednesday, 24 April 2013

Gwiyomi Nora danish vs Wawa Zainal

Amboi...artis comel2 ni wat gwiyomi mmg terserlah kecomelannya...






CPUV kesembilan dari SHARP

Dapat BE seketul...tp start date kat situ 8 April..sebelum ni earning duk zero jer, smlm baru start gerak..be SHARP ni kongsi tempat dgn be Olay...jadi oleh kerana iklan Olay dah stop jadi iklan Sharp pulak ambik alih...



Alhamdulillah dengan rezeki yg diberi setakat ni.. 


Untuk maklumat lanjut pasal SHARP boleh klik banner kat atas

CPUV kesembilan untuk tahun 2013

Bz bertasbih

Lama saya tak bw...mintak mahap byk2 kt kengkawan...dapat mengadap sekejap2 jer laptop ni sebab la ni duk sibuk plk siapkan tasbih mini untuk mak mertua 300 pcs...dia nak guna utk kenduri tahlil bulan 5 ni...pastu sepupu pun nak 100 pcs untuk kenduri selamat..tetiba jadi bisnes plk tasbih mini saya ni...hihihi..aritu dah ada org dari Kajang tempah 70 pcs..nasib baik Kajang dgn umah saya dekat jer...dapat dia dtg ambik sendiri...yg untuk kenduri adik punya dah siap...bunyi mcm tak byk pcs nak buat kan tp ambik masa jugak la nak siapkan...


untuk mak mertua punya dah siap 200 pcs...otw lagi 100 pcs..


Saya dapat 2 email mintak tolong buat tutorial cara nak buat tasbih ni..Inshaa Allah nanti saya akan buat..


Main je kejenya

Lama tak cite pasal Ebab kan...makin besar dah Ebab sekarang...lincah dan aktif sama mcm dulu...cuma baru2 ni 3 hari dia tak sihat tido jer...demam agaknya...Ebab ni tak boleh jumpe mende yg bergerak sume dia kejar...semut sekali pun...kalau bola mmg dh jadi mainan dia la...berkejar dgn bola mcm budak tgh main bola..apa2 yg bergerak kat lantai tu kira semua jadi mainan dia la...










Tuesday, 23 April 2013

MINI GA 2


Klik banner untuk join
Tarikh tutup 27 April 2013


HADIAH

Semestinya bedak arab 50g.Berapa pcs tak pasti lagi ye bergantung pada jumlah penyertaan.



Memey kini bertudung

Alhamdulillah....comel jer kan Memey bertudung..ni yg buat Norman makin sayang ni..Abby pun makin sejuk hatinya...Apa pun kita doakan yg baik2 jer la utk mereka...






Kegunaan ubat gigi selain melindungi gigi

Ubat gigi ni bukan setakat kita gunakan untuk membersihkan gigi je tau rupanya ada jugak kegunaan lain...saya dapat info ni melalui email..




1. Mengurangkan rasa sakit sekaligus mengubati di sengat serangga dan menghindarkan dari terluka

2. Mengurangkan rasa sakit sementara apabila terbakar kecil dan melecur terkena api.

3. Mengecilkan jerawat. Letakkan satu titik kecil ubat gigi ke jerawat pada malam hari sebelum tidur. Mencucinya di pagi hari.

4. Mengilatkan kuku

5. Sebagai gel rambut apabila gel rambut anda habis.

6. Menghilang bau di tangan seperti bau bawang, hanyir ikan dan sebagainya.

7. Membuang dakwat pen di pakaian. Gosok kawasan yang terkena dakwat sebelum membilasnya dengan air dengan segera.

8. Untuk kasut kulit, ubat gigi juga boleh membersih malah mengilatkan kasut.

9. Membuang kesan krayon di dinding. Gosokkan kain basah dengan yang sudah diletak ubat gigi dengan lembut pada dinding.

10. Membuat perhiasan perak berkilau. Gosokkan ubat gigi ke perhiasan perak dan biarkan semalam. Lap bersih dengan kain yang lembut keesokan harinya.

11. Menghapuskan kesan calar pada DVD dan CD. Letakkan lapisan yang nipis ubat gigi ke disk dan gosok perlahan, kemudian bilas dengan air bersih.

12. Menghilangkan bau masam pada botol bayi. Ingat supaya membilasnya dengan sabun dan air sehingga bersih.

13. Menghilangkan kesan terbakar pada besi seperti sudu dan seterika.

14. Membersihkan cermin mata menyelam (google) supaya terang. Penyelam, perenang, dan para atlit mungkin sudah tahu tentang trick ini. Gosokkan setitik ubat gigi di kacamata kemudian bilas dengan rata.

15. Membersihkan Casing Monitor/Laptop. Letakkan ubat gigi dan dicampurkan dengan sedikit air kemudian gosok monitor/casing/laptop dengan perlahan-lahan dan berhati-hati. Kemudian lap semula dengan kain lembut dengan berhati-hati.

16. Untuk menampal dinding simen yang berlubang kerana kesan paku dan sebagainya.


Sama tapi tak serupa

Pagi2 dh buat saya gelak...Jumpe kat Fb gambar ni....sapelah punya koje..kreatif benor ye.....


Paling tak tahan saya nak gelak kat Amir dgn Jepp sepah tu...



Monday, 22 April 2013

Photobook dari Pixajoy dah selamat sampai

 Photobook yg saya beli bulan lepas dari Pixajoy dah sampai ari Jumaat baru ni..wah...excited saya tgk...comey lote tu..padahal murah jer... harganya RM10 sbb saya beli masa ada promosi..Tapi kena design sendiri la ye...ambik masa gak saya nak mendesign maklumlah pertama kali kan beli photobook...pastu bukan pro sgt pun...dan akhirnya siap pun...saya letak gambar anak2 jer..


cover hadapan..jgn muntah tgk warna cover...hahahahahaha


cover belakang


sebahagian dalam photobook





Saya rasa promosi photobook RM10 ni masih ada...kalau berminat boleh lah klik link di bawah...



Parody Bobo bersama Johara

Jumaat lepas Bobo yg femes sebelum ni dgn video parody lagu Sayang telah dijemput oleh Johara ke radio Era...wah tetiba dh jadi femes budak Bobo ni ye...sape sangka kan...


Sempat pulak tu Johara bersama Bobo buat video parody medley lagu teman pengganti,sayang dan bosan..



Gambar Nora Danish melawat Fasha Sandha

Bukak jer fb pagi2 terjumpe gambor ni...kan bagus berbaik macam gini...Abby Abadi aritu pun datang melawat Memey jugak masa dalam pantang...buang yg keruh ambik yg jernih....
ala..anakmu anakku jua kn..



Nama anak Fasha pun lebih kurang jer dgn nama anak Nora Danish..
Rayfal vs Rayqal


Friday, 19 April 2013

Masterchef Selebriti Malaysia bermula Sabtu ini

Tak sabar nak tgk Masterchef Selebriti Malaysia yg akan bermula pada hari Sabtu (esok).....nampaknya semua artis hebat2 jugak kali ni...


Saya suka Pak Nil , Enot dan Cik Ta...ehem..ehem...Zain pun ada jugak ye...


Bersolek dengan Perfect 365

First sekali saya nak share kat korang gambar baby Qis yg cun melecun ni...rasanya ramai yg dh tgk kt FB kan..sbb mmg femes gambar baby ni kt fb...sebenarnya mak baby QIS ni suka edit2 gambar..sekali dia edit la gmbar baby dia..dh jadi sebijik mcm anak patung...mmg comel..geram..tgk gambar yg ori tanpa edit ternyata yg baby ni mmg original comey sgt..

Jom layan gambar2 yg saya pinjam dari FB mama Baby Qistina ni Siti Sarah Ahmad Sina..



Ni gambar yg saya paling suka tengok...dah macam barbie doll...



Senang kan..boleh main make up2..tak yah nak make up betul2..nak putihkan kulit,cantikkan mata,kasi dagu runcing,mancungkan idung semuanya hanya di hujung jari...hihihi..Jom cuba aplikasi PERFECT 365..tp hanya utk pengguna android jer....


Thursday, 18 April 2013

Lagu jom kita mengundi

Best pulak layan lagu ni..Jom kita mengundi...hihihi..saya ni kali kedua la nak mengundi..

Fenomena kiyomi @ gwiyomi

Ape ke bende kiyomi tu...??saya pun sebelum ni tak tau jugak..sampailah hari Sabtu baru2 ni sepupu saya yg umurnya awal 20an dtg umah...dia kata kasilah Maira tgk video kiyomi kat you tube..kiut jer lagu tu...

Saya pun layan la kat you tube..mula2 tgk mcm biasa je la tp tercengang jugak..ape ke bende la plk ni..pastu dh tgk lama2 eh naik syok la pulak..bukan ape sbb lagu tu kiut sgt mcm lagu dalam cerita katun...pastu ada pulak buat gaya2 comel.. ni semua penangan dari KOREA la ni...

Maira pun seronok dengar sampai nak buat gaya jugak.dia suka tengok video budak tecik ni...mamanyer teringin gak nk buat tapi risau takut pecah plk kamera....hahahahah




Ni haaa kawan blogger kita Si Apit pun teringin nak berkiyomi....jom layan,walaupun bertopeng gaya comel tu tetap ada...hihihi


Saya tak sabar nak tgk video mcm ni dari Bobo...ala budak yg miming lagu Sayang tu.....cepatlah Bobo wat kiyomi jugak..hihihi..Johan pun kalau buat mesti sakit perut org gelakkan dia......kat keek pun dah byk jugak video ni.


Wednesday, 17 April 2013

wordless wednesday #31 (orang yg hebat)

Monday, 15 April 2013

Fasha Sandha bersama anak lelakinya

Salam rindu buat semua...mak oii..bersawang blog saya ni kena tinggal seminggu...mak ni bz mengalahkan mcm org nak kawin...hihihihi..padahal adik yg nak kawin...biasalah kakak sulong kan mestilah byk koje...

Berita baik yg saya dan peminat Fasha Sandha tunggu2..Dan akhirnya tadaaa...Fasha dah pun selamat melahirkan baby lelaki pada jam 9.21 pagi td....alhamdulillah..



Berturut turut ye artis dapat anak lelaki kebelakangan ni...


Monday, 8 April 2013

Parody Lagu Sayang dari Johan di ABPBH 2013

Semalam korang tgk tak ABPBH..adohai...tak menahan saya gelak sampai part Johan buat parody lagu Sayang tu...mmg kelakar betul la...sape yg tak tau Johan sebenarnya memparoday budak ni...hihihi..mmg part goyang kepala tu takder orang la boleh lawan budak tu. Johan sampai habis kaki semua bergoyang dan rambut terburai..lawak..lawak...



Tahniah buat Shahiezy Sam kerana telah merangkul anugerah Bintang Paling Popular 2012


Friday, 5 April 2013

Majlis Akikah & Cukur Jambul Redza Syah Irfhan, Putera Sulung Irma Hasmie

Majlis Akikah & Cukur Jambul anak sulung Irma Hasmie 'Redza Syah Irfhan' telah diadakan semalam 4/4/2013...Subhanallah tak tau kenapa betapa indahnya mata saya apabila menatap wajah Irma,suami dan anaknya...tak jemu saya tgk Irma yg jelas menampakkan wajah keibuannya...Semoga mereka bertiga kekal bahagia selamanya.....


Kredit gambar Moment Effect

Selamat hari lahir ke 13

Hari ni Jumaat 5 April 2013 genap anak sulong saya berumur 13 tahun....mak ooiii..mcm tak caya pulak saya...dh 13 tahun okeyy...


Selamat Hari Lahir Abang Asyraf...Semoga akan menjadi anak yg soleh dan mendengar kata...Belajar rajin2 sbb hanya itu jer yg mama dan papa harapkan dari abang agar dapat menjadi ikon kepada adik2..


Rumpai laut hijau dah siap masak

Salam Jumaat

Nak tgk rumpai laut hijau yg dah siap masak..?mcm kat gambar bawah tu la...warna dia sebijik mcm air tebu..sampaikan budak2 ni semua ingat air tebu...saya masak aritu dapatlah 3 bekas 4 segi kecik ni..saya makan 2 kali sehari pagi sebelum sarapan dan malam sebelum tidur...


Dia punya bau mmg takder sgt tp rasa dia mcm biasalah..takkanlah sedap kot...nak sedap masa masak tu kenalah tambah perisa..boleh jer tambah perisa oren ke strawberry ke...hihihi..tp cara saya mkn dgn campurkan dlm minuman lain..saya ambik la sesudu dan campur dalam air oren..pastu buat la mkn mcm nata de coco tu.tak tertelan la pulok kalau makan gitu jer..


Rupa dia sebijik jer mcm agar2....kira agar2 rumpai laut la...oh ye...hampas rumpai laut ni saya buat masker...best la pakai..mcm guna putih telur plk..cepat jer rasa menegang...sebenarnya rumpai laut hijau dan purple lebih kurang jer khasiatnya cuma yg hijau ni klorofil dan kolagen nya tinggi sikit..

----------------------------------------------------------------------------------------

CARA PENYEDIAAN :

1.Sepaket/separuh kolagen mentah perlu dibasuh sebanyak 5 kali sebelum direndam semalaman. 
2.Selepas semalaman, basuh lagi beberapa kali untuk menghilangkan sisa masin air laut atau kotoran melekat lalu ditoskan.
3. Kemudian rebus ia sehingga mendidih (100g + 1.5 liter air).
4. Tapis dan sejukkan dalam beberapa bekas dan simpan di dalam peti sejuk (bukan diruang sejuk beku). Rupa ia bila sejuk seperti jeli/agar2.
5. Ambil beberapa sudu setiap hidangan pada masa pengambilan yang disarankan. Ketahui cara penyediaan lebih lanjut 

CARA PENGAMBILAN:-

- Ambil 2-3 sudu besar kolagen yang disimpan selepas di masak semasa bangun tidur (sebelum gosok gigi) atau setengah jam sebelum sarapan (waktu terbaik kolagen diserap tubuh tika perut kosong) dan sebelum masuk tidur (malam).

- Boleh dimakan begitu sahaja atau dicampur dalam jus minuman/buah untuk memberikan perisa yang enak/lazat.

- Elakkan pengambilan kopi, teh dan minuman yang berkafein/berkarbonat dalam tempoh 3 jam selepas pengambilan. Ini kerana ia boleh menyerap vitamin C, kolagen dan glutathione (agen pencerah) dalam badan kita.

-Perlu perbanyakkan minum air kosong (sekurang-kurangnya 2.5-3 liter sehari) bagi melancarkan pembuangan toksin dan mengoptimumkan penyerapan kolagen oleh badan. 

-Makan 2 kali sehari siang dan malam... tahan untuk permakanan selama 1 bulan ( untuk seorang)



nak lagi sedap campur dalam air soya bean...slurrpppp....

Klik sini untuk lihat rumpai hijau yg belum dimasak dan kesan pengambilannya



Thursday, 4 April 2013

Janganlah bermusuhan

Jumpe kat FB...saje share kat sini sbb saya rasa banner yg dipasang ni sungguh2 bermakna...
Janganlah kerana berlainan sokongan kita sekampung dan sekawan bermusuhan..sbb itu undi adalah rahsia...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

All Right Reserved To fieda . Full Edit By Cik Rose Cute.