Friday, 26 July 2013

Iklan Raya dari Petronas 2013

Iklan raya dari Petronas adalah iklan yg ditunggu2 setiap tahun...

Thursday, 25 July 2013

Sekitar Majlis Pernikahan Hattan Dan Arianie

Tahniah buat Dato Hattan yg telah selamat menikahi bekas isterinya Arianie..Hattan dan Arianie sebelum ini pernah bernikah pada 17 Disember 1996 dan dikurniakan seorang anak lelaki bernama Adam Eiman sebelum berpisah dengan talak satu pada 10 Mac 2005.Moga ikatan mereka kali ini akan kekal hingga akhir hayat..




hattan nikah

Lagi gambar di Beautifulnara

OST Ramadan Yang Hilang-Seperti Dia by Amylea

Mula2 dengar lagu ni mcm biasa je..lama2 makin best la pulok..Lagu ni OST untuk drama Ramadan Yang Hilang kt tv3 jam 10 malam....setiap hari Isnin-Rabu..

Wednesday, 24 July 2013

Roti John homemade

Lorr..baru je semalam pi PARAM beli roti john ni..tak sangka lak senang jer kalau nk buat sendiri..uii..mahal benor ye segala mende kat bazar ramadan skrg ni..saya jarang membeli cuma sekali sekala ada la beli kuih2 je sikit..jom kite try buat roti john homemade...

Sumber resepi 


Bahan-bahan:

6 keping roti hotdog
4 keping beef patty (daging burger) - hancurkan
1 biji bawang besar - dipotong kiub
3 biji telur
lada putih
garam
mentega
mayonnaise 
sos cili

Cara-cara:

1. Dalam mangkuk, campurkan bawang besar yg dipotong kiub, daging burger hancur, telur, lada putih dan garam (agak-agak, secukup rasa). Kacau adunan hingga sebati.

2. Belah roti hotdog dan sapukan dgn mentega.

3. Cairkan mentega. Perlahankan api (penting). Sudukan adunan cukup-cukup bentuk roti hotdog. 

4. Telangkupkan roti hotdog diatas adunan. Tekan sikit supaya melekat. Kawal api biar kecil agar daging betul-betul masak.

5. Apabila roti sudah garing, angkat. Sapukan mayo dan cili sos. Tutup roti dan potong kecil. Hidangkan.

Tuesday, 23 July 2013

KUIH LAPIS TEPUNG BERAS

Saya nak share dgn kawan2 resepi kuih lapis tepung beras..saya jumpe resepi ni kat fb..kalau nak tau saya pernah buat 3 kali tau kuih lapis ..tp langsung tak menjadi..dah la semua resepinya berlainan..jadi kali ni saya nak try resepi ni pulak...budak2 umah ni mmg suke sgt la makan kuih lapis ni...macm mana budak2 tak suke sbb rupa kuih ni kan comel...inshaa Allah kalau dh buat saya upload gambornya...



Bahan2

3 cawan tepung beras
6 cawan santan sederhana pekat (lebih kurang 1200ml)
6 sudu besar tepung gandum
6 sudu besar tepung jagung
1 cawan gula pasir
1/4 sudu teh garam
Sedikit perisa ros @ sirap
miyak @ majerin utk disapu pada loyang

Cara2

Panaskan pengukus dan sediakan loyang yang telah disapu minyak @majerin. 
Masukkan santan ke dalam periuk. Panaskan sebentar biar jadi suam-suam kuku. Tutup api.
Masukkan tepung beras, tepung gandum, tepung jagung, gula dan garam ke dalam mangkuk. Masukkan santan. Gaul rata hingga tidak berbintil dan tapiskan.
Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. 
Warnakan satu bahagian dengan perisa ros.
Masukkan loyang ke dalam kukusan. Tuang sesenduk adunan tanpa warna ke dalam loyang. Kukus selama 5 minit dengan api kuat. setelah lapisan pertama masak, tuang sesenduk lagi adunan merah. Kukus lagi. Ulang proses hingga habis lapisan dengan diakhiri dengan lapisan merah.
Setelah siap, sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong.

TIPS

Balut penutup periuk dengan kain supaya air wap pada penutup periuk tidak jatuh pada kuih lapis..

Monday, 22 July 2013

Abby Abadi sudah bernikah pada 9 July 2013

Tahniah buat Abby Abadi dan suaminya Farhan yg sudah bernikah pada 9 July 2013....Majlis resepsi  akan diadakan pada 31 Ogos 2013... moga ikatan perkahwinan mereka akan berkekalan hingga ke Jannah..


 

Sinopsis Kampung Girl - Slot Zehra TV3



Kisah bermula apabila Ashraf Khairi, 28 tahun, anak bongsu pasangan ahli perniagaan, Tuan Shahir dan Puan Mazlin cuba dijodohkan dengan sepupunya sendiri, Ainnur Azmi, 25 tahun, seorang gadis kampung yang pada anggapannya tidak bekerja dan hanya menghabiskan masa dengan ayam itik di kampung. Jiwa Ashraf mula memberontak. Dia mula mengatur strategi dengan menyibukkan diri di pejabat untuk memprotes dan menangguhkan hasrat ibubapanya.

Sejak kecil lagi Ashraf memang tidak menyukai Ainnur. Hanya kata cacian dan kutukan sahaja yang keluar dari mulut Ashraf bila bersama Ainnur. Ainnur yang berasa tercabar dengan ejekan Ashraf telah menerima pinangan dari Puan Mazlin. Dia ingin mengajar Ashraf yang sombong dan bongkak itu.

Identiti Ainnur yang belajar hingga keluar negara dan bekerja sebagai cikgu Bahasa Inggeris dirahsiakan dari pengetahuan Ashraf. Ainnur ingin Ashraf jatuh cinta pada budak kampung yang dikatakan kolot dan tiada pendidikan. Dia berpakat dengan bakal mentuanya, Puan Mazlin.

Ashraf yang bengang dengan persetujuan Ainnur telah menggunakan setiausahanya, Annisa untuk menyamar sebagai kekasihnya. Tapi lain pula yang berlaku apabila terbongkar dengan Ainnur kerana setiausahanya itu juga budak kampung dan yang lebih memeranjatkan, dia adalah kawan baik Ainnur sendiri.

Ainnur dan Ashraf berjaya dinikahkan dan persandingan akan dibuat kemudian. Pada malam pengantin, rahsia Ainnur yang berpendidikan diketahui juga. Ashraf terlihat gambar graduasi Ainnur di luar negara. Dia berasa tertipu dan diperbodohkan oleh Ainnur. Bencinya bertambah terhadap Ainnur dan selama sebulan dia tidak mempedulikan isterinya itu. Ainnur mengajar di Pulau Pinang manakala Ashraf bekerja di Kuala Lumpur. Teman serumah Ainnur menasihatkan Ainnur untuk memikat hati Ashraf. Pelbagai usaha dilakukan oleh Ainnur namun ego Ashraf terlalu tinggi.

Mungkinkah hati pemuda bandar ini akan menjadi lembut jua untuk menerima Ainnur? Atau kisah Ashraf dan Ainnur bakal menjadi kisah yang semakin rumit? Saksikan Akim Ahmad dan Nad Zainal menerusi ‘Kampung Girl’ terbitan produksi Luqsar Kreatif di slot Zehra, setiap Jumaat jam 9.00 malam.

Sunday, 21 July 2013

Maut ditinggal Ibu Tanpa Sengaja lebih 5 jam dalam kereta

Sedih..hanya itu yg mampu saya ungkapkan apabila terbaca berita ni beberapa hari yg lalu..terus terbayang betapa terseksanya anak kecil ini sebelum menghembuskan nafas yg terakhir..semoga dijadikan iktibar buat kita semua..

AL FATIHAH

----------------------------------------------------------------------

PETALING JAYA – Seorang kanak-kanak perempuan berumur tiga tahun mati akibat lemas setelah ditinggalkan tanpa sengaja oleh ibunya selama lebih lima jam dalam kereta di tempat letak kereta sebuah sekolah di Subang Jaya, di sini semalam.


Nawal Iris Samsudin, yang tertidur di kerusi belakang kereta, ditemui oleh ibunya Nor Zatusy Hazwa Abdul Rahim, 32, dalam keadaan kebiruan sebelum dibawa ke klinik berhampiran dan disahkan meninggal dunia.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Yahaya Ramli berkata kanak-kanak itu ditinggalkan di dalam kereta dengan kesemua tingkap ditutup dan enjin dimatikan sejak pukul 11 pagi sebelum ibunya kembali ke kereta itu pada pukul 5.30 petang.

Ibu kanak-kanak itu yang merupakan seorang guru terlupa mengenai anak bongsunya yang sepatutnya dihantar ke pusat jagaan kanak-kanak sebelum dia ke sekolah, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata sebelum ke sekolah, wanita itu menghantar adiknya ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang.

“Setelah habis tugasan si ibu pergi ke kereta pada 5.30 petang dan terkejut melihat muka Nawal Iris kebiruan, bibirnya pucat serta ada kesan muntah dan najis kanak-kanak itu di dalam kereta berkenaan,” katanya.

Yahaya berkata menyedari keadaan anaknya yang tidak bergerak, wanita berkenaan segera membawa anaknya ke klinik swasta berdekatan di USJ4, Subang Jaya, di sini dan doktor mengesahkan kanak-kanak itu telah meninggal dunia.

Beliau berkata laporan bedah siasat oleh Hospital Serdang yang diperoleh tengah hari ini mengesahkan kanak-kanak itu meninggal dunia kerana ‘heat stroke’.

Sementara itu, tinjauan Bernama di Hospital Serdang mendapati suasana pilu menyelubungi bilik mayat apabila lebih 30 ahli keluarga kanak-kanak itu hadir menunggu proses bedah siasat selesai.

Ibu kanak-kanak itu yang menangis teresak-esak serta ahli keluarganya enggan ditemu bual wartawan.

JANGAN TINGGALKAN ANAK ANDA DI DALAM KERETA




Gambar Perkahwinan Kedua Ashraf Muslim Dan Sakinah

Memang hangat kisah Ashraff Muslim berkahwin kali kedua diperkatakan..tup2 arini tersebar gambar pernikahan Ashraff dengan Sakinah di facebook...mereka telah bernikah di Siam pada 7 July 
2013 yg lepas...apapun semoga isteri pertamanya tabah dengan dugaan dri Allah..ada hikmah di sebaliknya..
Inshaa Allah..

Gambar Perkahwinan Kedua Ashraf Muslim Dan Sakinah Tersebar

Selanjutnya boleh refer di sini

Gambar perkahwinan Ashraff bersama Dayana isteri pertamanya 2 tahun lepas..

puisi

Thursday, 4 July 2013

Gambar bayi lelaki Farid Kamil dan Diana Danielle

Olololo..comey sungguh baby boy Farid Kamil dan Diana Danielle...Alhamdulillah moga akan terdidik menjadi insan yg mulia kelak..



Terima kasih Nuffnang

Di kala mood berblog dah ke laut china selatan Nuffnang plk baik ati bagi iklan CPUV kat saya...awal bulan July ni dapat 2 iklan lagi...iklan dari Drypers dan Coke Ramadhan...duk situ lama2 ye...
Terima kasih Nuffnang dan juga kawan2 yg saya sayangi...



CPUV ke tiga belas dan empat belas (2013)



CPUV  ke 15,16,17 (2013)


CPUV ke 18,19,20 (2013)


CPUV ke 21 (2013)



Wednesday, 3 July 2013

Waiting for Ramadan

Lagi beberapa hari kita akan menyambut kedatangan bulan Ramadan Al Mubarak...
Moga Ramadan kali ini lebih bermakna untuk kita semua



Ebab yg suka kaler pink

Ebab pun berkenan kaler pink ye..tgk tu dia suke benor dgn selipar Maira...selipar tu baru beli ...Maira belum pakai dia plk yg nak rasmikan dulu..





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

All Right Reserved To fieda . Full Edit By Cik Rose Cute.