Saturday, 31 August 2013

Hari kemerdekaan ke 56

Kemerdekaan untuk dihayati, kedaulatan untuk dipertahan dan keharmonian untuk terus dipelihara.


Friday, 30 August 2013

Gambar raya 2013

Haiiiii.....dh nk abiss raya barulah terhegeh hegeh saya ni nak kongsi gambar raya kat blog...pada kwn2 yg dh follow saya di INSTAGRAM lama dh dorang dpt tgk kat sana kan...hihihi..takpe la kat sini biar lambat asal selamat..ye dop...??

Raya baru2 ni saya balik Kuantan beraya dgn family saya..of course la seronok sangat dapat beraya kat kampung...Gambar bawah ni saya bersama keluarga yg tersayang..inilah keluarga kecik saya...tak ramai pun kan...tinggal 2 org je adik yg tak kawin lg..perempuan dan lelaki...


Aaiseyy..baju suami saya je lain...dia tak nak beli baju raya..pakai mana yg ada je...utamakan keperluan anak dan isteri je katanya....


Ni barisan adik beradik plk...saya yg sulong,yg no 2 lelaki berbaju biru..ketiga adik perempuan yg berbaju putih..keempat adik lelaki berbaju maroon..dan yg bongsu baju kaler biru....tak ramai pun adik beradik saya...alhamdulillah....


Ni plk mak ,abah bersama cucu2nya...3 anak saya dan 3 lagi anak sedara...


Ni plk saya and the geng...hehehehe..


Ni la geng2 saya...harta dunia akhirat kan...


Gambar Hari Raya Aidilfitri 2013 kami sekeluarga...

Tu je gmbar yg dapat dikongsi bersama...gambar lain2 kualiti sbb ada yg guna hp dn ada yg guna kamera..

Berhari raya di sekolah

As salam semua...masih adakah yg rindu pada sweety saya ni..hihihi..ye la  kalau dlu blog ni selalu jugak keluar pasal  anak saya kan..la ni je senyap sunyi dah..lama tak kongsi pasal Maira dan Ebab kat sini...

Arini ada jamuan hari raya kat sekolah PASTI..Maira punyalah seronok sbb dapat pakai lagi baju raya...sibuk sekali pagi2 dia bagitau ada jamuan raya dan ingatkan saya supaya pakaikan dia baju raya..risau takut mamanyer terlupe...

Gambar kat bawah ni sebenarnya saya snap sebelum raya aritu..masa ni tgh ngetest2 baju raya dia...tu yg siap berkasut lagi...gambar pagi tadi saya ada share kat INSTAGRAM...jgn lupe follow ye sbb sejak saya tak aktif berblog saya byk berkongsi gambar kat sana..



Baju ni bukan beli siap pun..Makcik saya tolong jahitkan...dia baru belajar buat..jadi baju Maira ni kira eksperimen pertama dia la...




Gambar sekitar pertunangan Syanie Hisham dan Nadi Putera

Tahniah kepada Syanie Hisham yang selamat bertunang dengan Nadi Putera Mohd. Zainol pada 10 Ogos lalu di rumah pelakon terkenal itu di Petaling Jaya, Selangor.

Sebelum ini, Syanie pernah berkahwin pada 2002 namun rumahtangga yang dibina tidak bertahan lama. Apapun, kehadiran si jejaka bernama Nadi Putera telah berjaya membuka hati pelakon bertubuh besar itu untuk kembali bergelar isteri selepas 11 tahun hidup menjanda.

Di bawah ini ialah beberapa keping gambar menarik sekitar pertunangan Syanie Hisham dan Nadi Putera. 






Thursday, 29 August 2013

KL Gangster 2 Tersebar Di Internet

Agak kesian juga arini saya terbaca yg Shamsul Yusof mengamuk dek kerana filem KL Gangster 2 yg bakal ditayangkan di pawagam 3 Sept ini telah pun tersebar di intenet semalam..sape yg yg sebarkan link filem tu ye..?? semestinya keje org dalam ni...takkan org luar sng2 nk dapat  link filem baru kan...dah la modal yg dikeluarkan utk filem ni agak besar tetiba kena sabotaj plk...org yg buat keje ni pun hargailah sikit hasil titk peluh org..

kl gangster 2 download

Tuesday, 27 August 2013

Klip lagu aku yg dulu - Tegar

Mula2 dengar lagu ni kat radio puas saya duk mikir...sape la yg nyanyi...pompuan atau lelaki..suami saya pun suke dengar..rupanya penyanyi cilik dari Indonesia..Tegar namanya...lagu ni mmg best...boleh tetiba ada perasan sedih bila mendengarnya...


Ku yang dulu bukanlah yang sekarang
Dulu ditendang sekarang ku disayang
Dulu dulu dulu ku menderita
Sekarang aku bahagia…

Cita-citaku menjadi orang kaya
Dulu ku susah sekarang Alhamdulillah
Bersyukurlah pada yang Maha Kuasa
Memberi jalan untukku semua

Hidupku dulunya seorang pengamen
Pulang malam slalu bawa uang recehan
Mengajak cita-cita paling mulia
Membantu keluarga dirumah

Sekolah dulu ku nggak punya biaya
Terpaksa ku harus mencari nafkah
Tetapi aku tak berputus asa
Pasti yang Kuasa memberi jalannya

Hidupku dulunya seorang pengamen
Pulang malam slalu bawa uang recehan
Mengajak cita cita paling mulia
Bersyukur masuk dapur rekaman

Hidupku dulunya seorang pengamen
Pulang malam slalu bawa uang recehan
Mengajak cita cita paling mulia
Bersyukur masuk dapur rekaman

Sekolah dulu ku nggak punya biaya
Terpaksa ku harus mencari nafkah
Tetapi aku nggak berputus asa
Pasti yang kuasa memberi jalannya

Aku yang dulu bukanlah yg sekarang
Dulu ditentang sekarang ku disayang
Dulu dulu dulu ku menderita
Sekarang aku bahagia…

Cita-citaku menjadi orang kaya.. ei
Dulu ku susah sekarang Alhamdulillah
Bersyukurlah pada yang Maha Kuasa
Memberi… hoo….
Memberi jalan untuk ku semua

Logo Dan Tema Hari Kemerdekaan Ke-56 2013


Pejam celik pejam celik arini dh masuk 20 Syawal...lagi beberapa hari nk sambut hari kebangsaan yg ke 56 pulak..tema kali ni berbunyi Malaysiaku Berdaulat Tanah Tumpahnya Darahku..

Tema ini dipilih bagi memberikan peringatan kepada rakyat akan kepentingan bersatu mempertahankan negara di samping mewujudkan kesedaran rasa sayang dan cintakan negara...


MAKSUD LOGO 56 MERDEKA Logo Dan Tema Hari Kemerdekaan Ke 56 2013

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yg ke 56..

Thursday, 22 August 2013

Bas Genting Highlands Jatuh Gaung



KUALA LUMPUR - Seramai 37 terkorban manakala 16 cedera, dalam nahas bas ekspres yang membawa 53 orang, terjunam 60 meter ke dalam gaung di KM3.5 Jalan Genting Highlands hari ini.

Mangsa yang maut terdiri daripada 27 lelaki dan 10 wanita, kata Penolong Ketua Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Datuk Soiman Jahid.

Antara yang terbunuh dalam tragedi itu ialah warga Bangladesh, Thailand dan China.

Mereka yang cedera termasuk yang dilaporkan kritikal kini dirawat di Hospital Selayang (lapan), Hospital Kuala Lumpur (lima), Hospital Sungai Buloh dan Hospital Bentong masing-masing dua mangsa.

Kemalangan kira-kira pukul 2.45 petang itu berlaku ketika bas berkenaan menuruni jalan curam dari puncak Genting Highlands menuju ke ibu negara.

Kira-kira 450 anggota bomba, polis dan Jabatan Pertahanan Awam terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa kejadian.

Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob dan anggota Parlimen Bentong Datuk Seri Liow Tiong Lai turut berada di lokasi kejadian.

Soiman berkata punca kemalangan belum diketahui dan pihaknya juga masih belum menemui saksi kejadian.

"Tapi kami merasakan keadaan fizikal jalan ini menuruni cerun. Memanglah cerun ini agak menjunam, jadi sekiranya ia tidak dikawal dengan sempurna menyebabkan bas tergelincir dan jatuh ke gaung. Ini penilaian awal daripada pihak penyelamat," katanya. - Bernama



Salam takziah kepada keluarga mangsa nahas bas di Genting Highlands. Al Fatihah kepada mangsa yg beragama Islam.

Friday, 16 August 2013

(Sinopsis) Cinta Jannah di Slot Akasia Tv3


Berkisarkan tentang kehidupan seorang wanita bernama Jannah (Nelydia Senrose) melarikan diri dari rumah setelah dipaksa oleh keluarganya untuk mengahwini Suffian sebagai isteri kedua. Bapanya, Abdullah ingin menebus balik tanah kebun yang digadai oleh adiknya, Razak kepada Suffian selepas kalah judi.

Jannah dibenci oleh bapanya sendiri sebab beliau begitu inginkan anak lelaki untuk mendapatkan harta pusaka ibunya. Duit tersebut juga dapat digunakan untuk mengadakan kenduri nikah untuk anak sulungnya, Balqis (Reen Rahim). Jannah dibenci oleh bapanya sendiri sebab beliau begitu inginkan anak lelaki untuk mendapatkan harta pusaka ibunya.

Setibanya Jannah di Kuala Lumpur, Jannah menjadi keliru kerana tiada hala tuju. Tatkala memikirkan apa yang bakal dilakukan, ben tangannya telah diragut dan Jannah jatuh, terhentak kepalanya dan jatuh pengsan. Secara kebetulan, Izaryl (Aeril Zafrel) lalu di situ lalu membantu Jannah yang pengsan. Pada masa yang sama, Izaryl berada dalam dilema kerana dia terpaksa mencari seorang isteri dalam masa 3 bulan bagi mengelakkan dirinya mengahwini Damia (Ramona Zam Zam), pilihan ibu Izaryl sendiri.

Dalam keterpaksaan, Izaryl membohongi Jannah dengan mengatakan bahawa dia telah memperkosa Jannah semasa dia pengsan. Justeru, mereka terpaksa berkahwin. Apabila mengetahui tentang perkahwinan itu, ibu Izaryl, Tengku Zareena (Dian P Ramlee), berasa amat marah.

Ijab Dan Qabul Full Movie (Raya 2013)

Dari sebelum raya terpandang iklan drama ni saya tak sbr2 nk tgk..sekali masa ari tayangan ada plk tetamu dtg umah..jadi tak merasa saya nk tgk dgn kusyuk nyer..hihi..sepupu saya nonton drama ni katanya sampai meleleh leleh airmata...


Sinopsis

Imran jatuh cinta kepada Zarra pada pandangan pertama semasa majlis rumah terbuka Hari Raya lima tahun yang lepas. Walaupun pada mulanya Zarra cuba menepis cinta Imran, dia akhirnya jatuh cinta apabila melihat kesungguhan Imran. Namun, perkahwinan mereka mula goyah apabila Zarra tidak mahu melahirkan zuriat. Ini membuatkan Imran marah dan sedih lalu Zarra semakin menjauhkan dirinya daripada Imran. Disebabkan ini, Imran mula rapat dengan teman baik Zarra, Wawa apabila mereka selalu berkongsi rasa. Zarra pula menggalakkan Imran untuk mengahwini Wawa. Suatu hari, Zarra telah koma akibat sebuah kemalangan. Apakah yang akan terjadi kepada perkahwinan antara Zarra dan Imran? 
Lakonan Nora Danish dan Adi Putra Fouziah Ghous, Jalaluddin Hassan, Ziela Jalil,Aida Khalida dan ramai lagi.

Saturday, 10 August 2013

Setia Hujung Nyawa Raya Full Movie

Ada sape2 yg terlepas tgk drama ni malam raya aritu...jom layan....ni kisah EL pregnant plk...penat Zain melayan karenah bininya...



Sunday, 4 August 2013

Iklan Raya MAXIS 2013

Satu lagi iklan raya tahun ni yg saya suke...best...bagus budak kecik tu sorokkan wifi tu jadi abg sedara dia dri bandar tu takde la blik kg duk berkepit jer dgn gadget nyer tu..bru ler bermakna blik kg bile dapat bermain mainan budak kg..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

All Right Reserved To fieda . Full Edit By Cik Rose Cute.