Monday, 30 September 2013

GAMBAR MAJLIS MERISIK ROZITA CHE WAN DAN ZAIN SAIDIN!

Cik Ta akhirnya dirisik oleh keluarga Zain Saidin pada 29 Sept 2013 semalam....dan bakal melangsungkan perkahwinan pada hujung tahun ini..moga semuanya berjalan lancar..




Wah....ni bru majlis merisik dh grand gini ye...Bertuah Cik Ta nooo....



Wajah sedih vs gembira Maira

Tadi belek2 gambor jumpe la gambor anak dara ni...olololo..sian pulak tgk gambar ni kan..mood sedih...gambar ni masa gi PD aritu...cer teka nape dia sedih...sebenarnya gini masa saya ambik gambar dorang bertiga  abg dia saje la buat pose ejek dia...abg dia kiri kanan dia kt tgh2...abg2 nya buat pose tgk dia sambil wat muka mengejek...masa tu dia ok je lagi..pas saya nk ambik je gmbr dia sorang2 terus airmata dia mengalir...katanya adik sedih abg wat mcm tu..'mama delete la gambar tadi...adik tak suke...'

Saya plk naik sedih tgk dia dh mcm tu...hahahaha..jgn ingat budak kecik takder perasaan ye...



Yess..ini wajah ceria saya....auntie2 yg dh lama tak tgk Maira kalau nak tau anak dara sorang ni dh boleh membaca perkataan yg dua suku kata...ok la tu...tp kan dia byk main la skrg ni sejak dh pandai berkawan...ptg2 ada aje kwn dtg umah nak ajak  main..sekejap je tahun depan nak masuk 6 tahun dah...mamanya pun makin la bertambah senja....hahahahaha..jgn ditanya bile nak tambah ye...sbb Maira pun tak pernah request...kwang..kwang..kwang...





Saturday, 28 September 2013

KENAPA ISTERI SUKA DIPELUK SUAMINYA.


✔ Kebanyakan suami tidak memahami mengapa isteri sangat suka apabila dipeluk.

✔ Bagi suami, pelukan hanyalah pertautan fizikal, dan ada kalanya merimaskan.

✔ Sedangkan bagi isteri, pelukan menyimpan erti lebih mendalam dan memberi manfaat besar bagi kesihatan jiwa.

✔ Pernah seorang kenalan wanita mengadu, semangatnya lemah kerana suami tiada di rumah dan jarang memeluknya.

✔ Bila suami memeluknya, baru terasa semangat dan tubuh menjadi lebih bertenaga.

✔ Walaupun ia mungkin benar dari sudut psychology, tetapi dari segi physiologinya juga mengatakan ‘pelukan mesra suami mampu mengeluarkan hormone oxytocin’ dalam tubuh isteri dan memberikan kesan tersebut.

Oleh itu para suami.....

1. peluklah isteri

2. belai lembut rambutnya

3. sentuh wajahnya

4. gosok lembut lengannya

5. kaitkan jari-jemari tangan anda dengan jari-jemarinya

6. gosok lembut punggungnya

7. sentiasa menjaga pandangan mata anda dengan matanya.

Pelukan membuatkan pasangan merasa lebih dekat dan intim.

Bagaimana pulak pelukan suami tu boleh buat isteri kurus?

Camna tu tak tahu la pulak tapi menurut kata Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah, pelukan dan sentuhan suami kepada isterinya ada pelbagai kebaikan kepada si isteri juga kepada si suami antaranya:

Pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri. Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan peluk isterinya lebih kerap.

Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun. Ini kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.

Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan.

Selain itu pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah s.a.w.

Hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik. Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri.

Jadi apa kata start hari ni , kita pakat-pakat minta suami peluk sekejap. Tak pun kita je la pi terkam peluk suami tapi kena tengok timing la jugak kan, kalau tak nanti ada dikatanya kita ni buang tabiat pulak. 

Paling tidak pun lepas kita salam dan suami kiss sebelum keluar rumah pi kerje tu, minta dipeluk sekejap, InsyaAlaah lama-lama bila diamalkan ada perubahan sikit dalam hubungan rumah tangga.

Bagi isteri, pelukan merupakan bentuk komitmen cinta dan kesetiaan pasangannya.

Credit : Dr. Amirul Amin

Friday, 27 September 2013

Motivasi diri

Salam Jumaat...


Isteri Mat Yo mohon maaf kpd rakyat Malaysia..??????


Kuala Lumpur: "Dengan rasa rendah diri, saya minta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas tindakan saya sehingga menimbulkan kemarahan semua pihak.

“Saya percaya, kebenaran kes ini akan terbongkar. Tolong jangan hukum saya tanpa mengetahui apa yang berlaku,” kata Siti Aisya Adam, 24, isteri kepada pemain bola sepak negara, Norshahrul Idlan Talaha, ketika mengulas mengenai video dia bergaduh dengan pengawal keselamatan kini tersebar luas. 

Ibu kepada seorang cahaya mata itu berkata, dia tidak tahu apa motif sebenar individu yang menyiarkan video berkenaan, sedangkan kejadian perselisihan faham berlaku pada 12 September lalu, namun video berkenaan baru tersebar sejak Selasa lalu. 

“Saya tidak mengetahui mengenai penyebaran video ini sehingga dimaklumkan keluarga yang turut terkejut melihat insiden berkenaan. Apa motif individu itu menyiarkan video berkenaan. Adakah disebabkan suami saya pemain bola sepak negara?

Dua individu miliki video

“Ramai menyangka saya yang menyebarkan video berkenaan, namun di sini saya tegaskan, penyebaran video itu tiada kaitan langsung dengan saya. Apa yang saya boleh cakap, hanya dua orang yang memiliki video berkenaan, namun saya enggan dedahkan sebaliknya menyerahkan kepada pihak polis,” katanya ketika dihubungi BH, semalam.

Siti Aisya yang tertekan susulan kejadian itu berkata, selepas tersebarnya video berkenaan, ramai yang marah dan mengeluarkan kata-kata kesat kepadanya, namun mereka tidak mengetahui apa sebenarnya berlaku. “Malah, masyarakat menuduh tindakan saya memalukan suami. Saya bukan seorang biadap, kejadian ini berlaku apabila individu lain mencabar saya sehingga menimbulkan kemarahan. 

“Jujur saya katakan, saya hormat orang tua kerana kehilangan bapa sejak berusia 12 tahun. Tatkala masyarakat mencemuh saya selepas melihat video berkenaan, saya tidak mampu mempertahankan diri sebaliknya hanya mampu berdoa supaya kebenaran sebenar akan timbul,” katanya sambil menangis.

Insiden kekecohan membabitkan isteri kepada pemain bola sepak negara dengan pengawal keselamatan di Subang Skypark, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) mula tersebar secara meluas sejak Selasa lalu.

Rakaman selama 54 saat itu turut menampakkan wajah Nor Shahrul atau lebih dikenali sebagai Mat Yo, yang menyaksikan perang mulut antara isterinya dengan pengawal keselamatan terbabit, Azman Md Nayan, 49.

Tak terlintas saman

Siti Aisya turut meminta masyarakat tidak mencemuh suaminya disebabkan insiden membabitkan dirinya, sebaliknya Nor Shahrul tiada kena mengena dalam kes terbabit.

Ditanya sama ada beliau bertindak menyaman pengawal keselamatan itu, Siti Aisya menjelaskan tidak pernah terlintas untuk bertindak sejauh itu, sebaliknya peguam dilantik selepas video berkenaan mula tersebar.


*bagi saya isteri Mat Yo tetap jugak salah...mmg dia tersangat kurang ajar dgn org tua..marah sekali pun takkan sampai tahap maki dan tendang org tua yg kita boleh anggap mcm ayah sendiri...lagipun takde pulak dia ckp dia mintak maaf kat pakcik tu..cuma dia mintak maaf kat rakyat Malaysia je kan..buat ape...

GA Love You Mr Arrogant


Klik banner utk join 
Tarikh tutup 30 Sept 2013

-------------------------------------------------

PEMILIHAN PEMENANG :

1. Top Referral
2. Menggunakan Random.org @ cabutan tangan


HADIAH (2 Orang akan dipilih) :
Novel Love You Mr Arrogant


Thursday, 26 September 2013

Gambar Adam AF nikah Fiza Elite

Alhamdulillah...mmg ramai yg tak sangka kan jodoh Adam AF bersama Fiza Elite...itulah jodoh namanya..kita hanya merancang Tuhan yg menentukan...apapun pagi ni mereka telah pun selamat dinikahkan...moga hubungan mereka akan kekal hingga jannah...






Sumber gambar dari blog ROTIKAYA

Fizz Fairuz, Almy Nadia Kembali Bersama & Bakal Nikah Tahun Hadapan

Setelah mengharung pelbagai dugaan dalam perhubungan mereka sebelum ini, akhirnya Fizz Fairuz dan Almy Nadia akan kembali bersama seterusnya melupakan kisah lama...


Alhamdulillah...kalau sudah jodoh tidak ke mana...saya mmg suka mereka bersatu..bagi saya mereka berdua sgt sepadan...

Seterusnya boleh baca di ROTIKAYA

Wednesday, 25 September 2013

CPUV ke 22,23,24

Sayang lagi Nuffnang kat ambe rupanya...hihihi...ingat takde langsung doh iklan CPUV nak dtg bertandang kat sini....Alhamdulillah ada jugak walaupun jumlah nya dh ciput aje yg saya dapat...ok la tu yg penting akaun Nuffnang saya masih aktif wlpun reputasi blog dh tak brp nak ok...



CPUV ke 22,23,24 (2013)

Sinopsis dan tonton online Drama Love You Mr. Arrogant

Bermula petang ni menggantikan drama Cinta Jannah...baca sinopsis mcm best gak ni...kawin terpaksa gak ye..


SINOPSIS

Jodoh Zaara Amirah sudah tersurat dengan Zafriel Irham, anak orang kaya yang bongkak...Semuanya terjadi bila dia terperangkap lamaran paksa jejaka itu. Dek kerana ingin melepaskan diri daripada Sherry menantu pilihan ibunya,Zafriel memaksa Zaara menjadi isterinya dengan sebuah janji sebagai modal. Macam mana janji itu boleh termeterai?

Zaara terlanggar kereta Zafriel secara tidak sengaja.Zafriel meminta bayaran RM5000 sebagai ganti rugi dan sebagai cagaran Zaara bagi hp kesayangannya pada Zafriel. Tempoh hutang adalah seminggu.Manala Zaara nak cekau duit sebanyak itu.

Zafriel mula terdesak bila ayahnya mahukan dia berkahwin. Jika tidak syarikat Irham holding akan jatuh pada tangan sepupunya. Inilah sebab janji termeterai antara Zaara dan Zafriel. Irham lagi sanggup berkahwin dengan Zaara dari Sherry..

Demi sebuah janji, Zaara redha.Namun,dia tidak menyangka keputusan itu membuatkan hidupnya kacau bilau disebabkan hati kering dan ego yang tinggi Zafriel.Tambah pula,sikap ibu mertuanya Puan Seri Maryam yang tidak merestuinya sebagai menantu.

Puan Ser Maryam mula merancang untuk memisahkan Zaara dari Zafriel. Keadaan bertambah parah bila Zaara dan Zafriel saling mencintai tapi semua itu hanya di dalam hati. Zaara mencintai Zafriel biarkan tidak dilayan seperti isteri. Di saat itu, Zaara rela Irham berkahwin dengan Sherry asalkan ibu mertuanya bahagia. Tapi Irham tidak sanggup kehilangan Zaara. Hatinya sudah lama dicuri isterinya itu.

Tonton online Love You Mr Arrogant


Parodi isteri Mat Yo mmg lawak laa

Sakit perut saya gelak tgk parodi yg dorang buat ni...adoii...dpt la ilang stress kalau korang tgk..paling tak boleh tahan part suara isteri Mat yo tu...adohai....kalau korang tak tau ape cite boleh tgk video kejadian asal kat sini

Cinta Jannah episod akhir

Terlepas tgk episod akhir Cinta Jannah...jgn risau,,masih boleh tgk online...saya pun tgk separuh je smlm yg msa nk ending dah...ramai kata endingnya tak seperti yg diharapkan..saya pun tak tau nk komen mcamna sbb saya tgk gitu2 je drama ni..tp masa part Jannah balik semula umah tu dan pertemuan dorang tu mmg saya pun sedih gak tgk....klik link kat bawah ye utk tonton episod akhir..


Kalau korang nak tgk semula dri awal episod boleh klik link kat bawah




Tuesday, 24 September 2013

Video bini Mat Yo marah pakcik guard

Kecoh arini dgn video bini Mat Yo marah2 pakcik guard...sedih plk saya tgk pakcik tu..sampai hati plk ye bini Mat Yo tu maki2 org tua mcm tu..walau nak marah sekalipun takkan sampai keluar perkataan yg tak patut keluar dri mulut seorang perempuan..


Ni plk video pakcik tu ceritakan keadaan sebenar yg berlaku..pasal parking je rupanya...yg saya hairan mcmna Mat Yo tu boleh duk senyap je tgk bini dia jadi lagu tu..


Masing2 pun dh buat report polis..jadi harap dapat diselesaikan dgn cara yg baik...sian pakcik tu nak cri makan...hina sgt ke keje guard ni sampai kena maki mcm tu...isshh..emo plk saya tau..

Thursday, 19 September 2013

Model tudung Fareeda bakal tunang Fizo Omar

Inilah bakal tunang Fizo Omar Mawar Abdul Karim model tudung Fareeda tu...mmg comey sungguh Mawar ni..dan muka pun ada iras2 Fizo Omar..Moga2 hubungan mereka akan berkekalan hendaknya



Friday, 13 September 2013

Gambar Black telah selamat bernikah dengan Naquia Yasirah

Tahniah Black dh selamat pun bernikah dengan pilihan hatinya Naquia Yasirah Mohd Khairi sekitar 12.06 tengahari tadi. Kebetulan saya bukak Wanita Hari Ini tu yg sempat gak snap gambar sekeping...majlis pernikahan mereka tadi bersiaran secara langsung kat rancangan Wanita Hari Ini...

Moga mereka kekal bahagia ke akhir hayat


Layan lagu Black jap..takkan terpisah...mudah mudahan...



Lagi perkongsian gambar di blog ROTIKAYA








OST Asmara luna (Bahrain-Cinta & Airmata)

Sape tgk drama Asmara Luna mesti suke dgr lagu ni..ye dopp...??saya la antaranya..aiyakk...sudah jatuh cinta sama lagu ini...mendayu dayu jer..pastu kalau dengar automatik teringat kat watak Habib dalam drama  tu...sbb dlm drama tu  dia la yg cipta dan nyanyi lagu ni...manis jer muka Habib korang tau...Deqla minat sungguh kat Habib kan..sbb katanya muka Habib mcm muka Jericho Rosales hero Filipina yg popular satu ketika dulu..


Alamak malu2 plk si Habib ni org duk puji dia ye...

Friday, 6 September 2013

Teh bunga homemade

Anak2 saya mmg suke sgt minum teh bunga kotak...bru2 ni adik ipar saya kasi bunga teh sikit..katanya suaminya beli kat tempat keje..sekilo RM60...saya bru try rebus buat air teh..mmg sedap...rasa dia sebijik mcm teh kotak tu...cara nak buat cuma rebus bunga teh tu sampai menggelegak dan masukkan sedikit pewarna kuning dan gula...





Samsung Melancarkan Galaxy Note III Secara Rasmi

Sesapa yg berkemampuan boleh lah kalau nak merasa pakai Galaxy Note III plk ye...

OhGeekz-Note-3

Galaxy Note III ini mempunyai skrin Super AMOLED bersaiz 5.7 inci dengan resolusi HD penuh 1080p. Badannya agak nipis, iaitu 8.3mm sahaja dan beratnya adalah 168 gram. Rekaannya nampak lebih premium, bahagian belakangnya masih menggunakan plastik polikarbonat tetapi nampak seperti kemasan kulit dengan jahitan.

Kapasiti baterinya pula dipertingkatkan kepada 3,200 mAh. Selain itu, kamera utamanya 13 megapiksel dilengkapi dengan teknologi ‘Smart Stabilization’ dan ‘high CRI LED flash’, membolehkan pengguna mengambil gambar yang tajam dan cantik walaupun ketika kurang pencahayaan. Apa yang menarik, kameranya menyokong rakaman video dengan resolusi 4K.

OhGeekz-Galaxy NOte 3

Dengan RAM 3GB dan pilihan cip pemprosesan Exynos 5 Octa-core untuk model 3G dan Snapdragon 800 Quad-core untuk model LTE, prestasi Note III dikatakan cukup hebat dan berkuasa. Memorinya pula adalah 32GB atau 64GB. S-Pen pada Note III ini dipertingkatkan dengan beberapa fungsi baru seperti AirCommand, Action Memo, Scrapbook, Screen Write dan Pen Window.

Galaxy Note III akan mula dijual pada 25 September ini tetapi masih belum ada maklumat sama ada Malaysia akan mendapatnya pada tarikh tersebut atau tidak.

Thursday, 5 September 2013

Adi Putra Disiasat Kerana Dakwaan Ada Skandal Dengan Isteri Orang

Edisi panas pagi ni...hrp2 berita ni tak benar lah ye..kalau tak hancuss la karier Ady Putra..kesian kat isteri dia juga..


Ini satu berita yang amat mengejutkan. Memang sukar untuk dipercayai. Adi Putra kini di bawah siasatan polis selepas seorang lelaki mendakwa pelakon ini melakukan skandal dengan isterinya. Si suami mendakwa hubungan mereka berdua bermula sejak hujung bulan Julai dan berlarutan sehingga Ogos lalu.

Menurut dakwaan, pada mulanya Adi Putra dan si isteri hanya sekadar berbalas mesej cinta sebelum bertambah berani sehingga memberikan mesej dan bertukar gambar lucah menerusi WhatsApp. Suami wanita itu dikatakan menyedari hubungan Adi Putra dengan isterinya selepas menemui perbualan dan gambar alat sulit artis lelaki itu kepada isterinya.

Namun begitu, Adi Putra juga turut sama telah membuat laporan polis terhadap si suami kerana menerima ugutan yang boleh mengganggu keselamatan dirinya dan keluarga. Kes masih lagi disiasat oleh pihak polis di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan (mengaibkan kehormatan) dengan kerjasama sepenuhnya daripada Adi Putra.

Sukar untuk dipercaya dengan dakwaan terhadap Adi Putra ini. Selama ini Adi memang mempunyai imej yang bersih. Mungkinkah dakwaan sebegini sengaja diadakan untuk menjatuhkan nama dan reputasi Adi Putra yang sedang memuncak sekarang ini? Sama-samalah kita nantikan keputusan siasatan oleh pihak polis.

Sumber : beautifulnara

Wednesday, 4 September 2013

Kerana 20 sen itu...

Ini adalah kisah benar yg nak saya kongsikan...kisah ini saya copy dri FB kawan blogger kita Umu Atiah Amirul Khairudin...Umu dapat kisah tu dari whatsapp group..jom sama2 kita hayati....


~Masuk2 opis, termenung skjap..muhasabah diri sbentar. Sayu mengenangkan kejadian sebentar tadi..Bersyukur atas nikmatMu. Alhamdulillah..Kalau kita terasa susah, ada lagi yang lagi susah. Dan mereka tak pernah merungut, kerana mereka tahu, rungutan mereka tidak akan kemana..Allahhurabbi..

Tiap pg,sblum sampai opis, akn sy berhenti beli nasi lemak di simpang tak jauh dari rumah sewa. Pelanggan tetap pcik tu kononnye (^_^) dan sy pasti akan muncul di sekitar jam 6:30pg. Dan setiap kali berhenti membeli, setiap kali itulah juga anak kecik bernama Ashraf berusia 9 tahun akn membeli nasi lemak di gerai yg sama dgn lengkap berpakaian sekolah. Setiap kali kami membeli diwaktu yg sama, akn sy byrkan nasi lemak yg adik ini mahukan. Pd sy,apalah sgt harga Rm1.50 untuk dikongsi bersama adik comel ni.. 

Dan dlm kesayuan suaranye, dia tak putus2 ucapkan terima kasih.Mungkin inilah peluang yang Allah berikan utk sy bersedekah. Pernah sy bertanya pdnya, berskolah dimana, awalnye keluar berjalan kaki ke sekolah dimana tinggal dan sbagainye. Katanye, dia bersekolah agak jauh, 25-30 minit berjalan kaki, sbb tu kena keluar awal. (terkenang anak2 sedara dirumah yg sebaya dgn Ashraf, semuanye serba tersedia, walaupun tidaklah semewah mana,tp lbh beruntung dari adik ini..Kesian adik ini..)

Setelah hmpir 3 minggu berulang alik dari umah Ayah Bonda di Kajang (masih dlm mood raya kononnye), maka 3 minggu jugalah sy tak membeli nasi lemak pcik dan tak berjumpa dgn Asyraf. Hinggalah pagi ni, sy memulakankan kembali rutin membeli nsi lemak pcik. Tapi, sy pelik kenapa Asyraf terus berjalan tanpa berhenti di kedai pakcik mcm selalu..sy belikan sebungkus dan sy berhentikan kereta sy disebelah Ashraf.

Jiha: Ashraf~~!! akak tggu ashraf td. knape x beli nasi lemak? dah boring nsi lemak pcik? (cuba bergurau). Nah akak belikan satu.
Ashraf: eh, kak jiha..lama x nmpak.trima ksh byk2 kak. Ashraf igt k.jiha dah pindah. bukan dh boring.Tapi..(muka sayu)
Jiha:ehh..nape mcm sedih je tiba2 ni..jom akak hntr p skolah nk?? (setelah 2-3 kali sy bertnya, barulah adik ini bersuara)

Ashraf: Ashraf tak ada duit nk beli. Sbelum ni mak bagi RM1.50 sehari utk sekolah pagi dan petang,blhla Ashraf beli.Tp, minggu lps mak terpaksa potong duit belanja sebab ayah sakit. Mlm td mak potong lagi sebab mak kata minyak naik, mak perlukan duit lebih untuk tambang ke tempat kerja. Ashraf ada RM0.80 je kak jiha.Takpe la, Ashraf beli karipap je disekolah nnt. Ashraf tak boleh tumpang kak jiha..mak pesan jgn tumpang org.Jangan susahkan org. Nnt mak marah. (sayu dn jujur ank kck ni bercerita. ku tahan air mata dr meleleh mendgr ceritanye )

Puasku pujuk utk hntr ksekolah, akhirnye dia beralah..Ye, mmg jauh sekolahnye. PJS7 ke Kampung Lindungan..Gigihnye die berjalan kaki kerana ilmu. Tanpa menghiraukan bahaya diculik dan bahaya dilanggar kereta sewaktu melintas jalan besar. Gigih juga anak ni bersekolah dari seawal 6:30 pagi hingga 6 petang setiap hari hanya dengan berbekalkan sebungkus nasi lemak..

Ya Allah.. (T_T) Dan isu minyak, bkn kita shj yang terkena kesan dari kenaikan harga yg HANYA 20sen tu, tp juga ank2 kecik yg tak tahu apa2 ni..kerana mereka bkn dari keluarga yg senang (org senang merasakan 20 sen tu hanyalah dicelah gigi shj). Tapi bagi org2 yang tak berkemampuan, kerana 20sen, mereka tak mampu lagi utk membeli brg2 asas dan mknan seperti biasa. Dari nasi lemak terpaksa bertukar kepada sekeping karipap satu hari...T_T

Harga bilik di PNB Ilham Resort Port Dickson

Semalam lepas publish post cuti2 ke PD..ramai yg komen bertanyakan harga bilik di Ilham Resort...saya sewa sebijik apartmen yg ada 4  bilik...sebab kitaorang pergi dgn kawan2 suami saya..jadi jimat lah sikit dapat berkongsi kan...apartmen tu mmg besar..pendek kata kalau la dapat umah gitu mmg puas hati sgt2..

Harga bilik tertera seperti di bawah...info lanjut boleh cek di lama web 


Berhadapan pintu masuk ke resort ni ada hutan rekreasi..tp sayangnya saya tak sempat pun nk menjelajah disebabkan kekangan masa...huhuhu


Ni gambar dalam apartmen yg sempat saya ambik..sory la gambar low quality..hihihi..


Ni bilik yg saya duduk...sebenarnya ruang bilik yg saya ambik ni sgt luas..anak2 saya tido kat bawah...suami saya siap bawak tilam mudah alih yg boleh di pam tu...senang nk bawa ke sana ke mari...






(Sinopsis) Asmara Luna di Slot Samarinda



Sinopsis

Kisah bermula ketika sambutan ulangtahun hari jadi ke-21 seorang gadis bernama Luna (Siti Saleha), anak tunggal pasangan Ahmad dan Zaharah. Ibu dan bapa Luna sepakat menghadiahkan sebuah kereta buat anak gadis mereka. Luna sangat teruja dan berterima kasih kerana akhirnya memiliki kereta sendiri yang juga menjadi simbol dewasa dan kebebasan. 

Hari jadi Luna menjadi lebih bermakna apabila rakan baiknya, Emma (Miera Liyana) membelikan kek yang istimewa. Malah, abang Emma iaitu Habib (Shukri Yahaya) turut mengirimkan hadiah teddy bear (sama seperti saban tahun). Luna menyimpan perasaan terhadap Habib tetapi Habib lebih senang memanggil Luna sebagai adik, maka Luna hanya meluahkan isi hatinya di dalam diari “Dear Luna”. Semasa majlis yang ringkas itu, Luna juga menyatakan harapan yang dia sebenarnya teringin hendak bertemu dengan ibu kandungnya walau untuk sedetik. 

Sejak mempunyai kereta, kini lebih mudah untuk Luna bergerak ke mana-mana termasuklah untuk mencari kerja. Selepas beberapa sesi temu ramah, Luna akhirnya berjaya mendapatkan kerja di sebuah syarikat kejuruteraan sebagai eksekutif. Kehadiran Luna menarik perhatian beberapa orang pekerja di sana termasuklah Adam (Aidil Aziz) dan rakan-rakannya. Mereka siap bertaruh siapa yang akan berjaya untuk mengajak Luna keluar. Adam rasa tercabar apabila Luna menolak pelawaannya. Adam berjanji akan berusaha sehingga dapat apa yang dia inginkan.

Setelah mencuba pelbagai cara, akhirnya Luna bersetuju untuk keluar bersama Adam. Tambahan pula, Luna merasakan Habib masih bersikap sama. Walaupun Habib tidak pernah menyatakan cinta terhadap Luna namun lelaki itu sememangnya juga menaruh harapan terhadap Luna. Habib berasa kecewa bila mendapat tahu gadis idamannya itu rupanya sudah meminati orang lain. Pada waktu yang sama, Luna benar-benar menyenangi karakter Adam yang suka berjenaka dan sentiasa tahu membuat Luna tergelak. 

Namun, hubungan mesra ini tidak berpanjangan apabila tersebar pula niat sebenar Adam memikat Luna kerana pertaruhan. Kini, Luna terpaksa memikirkan cara untuk menjauhi Adam. Bagi membuktikan bahawa dia benar-benar ikhlas terhadap Luna, Adam mengajak Luna bertemu dengan keluarganya. Atas dasar persahabatan, akhirnya Luna bersetuju. Ibu dan bapa Adam sangat menyenangi Luna kerana gadis itu berbudi bahasa dan pandai mengambil hati mereka. Bahkan, mereka tidak sabar untuk bertemu dengan keluarga Luna.

Apakah yang bakal dilakukan oleh Luna seterusnya? Bagaimana pula dengan Habib? Dapatkah Luna bertemu dengan ibu kandungnya?

(Sinopsis) Diandra di Slot Lestary

Best jugak cite ni...jangan lupe tgk setiap hari Selasa jam 9 malam..


Sinopsis

Diandra (Nur Fathia), atau nama sebenarnya Puteri Diandra Fikri merupakan anak kepada seorang hartawan terkenal iaitu Datuk Fikri. Diandra seorang gadis yang lasak, ceria dan berminat dalam seni mempertahankan diri terutamanya, ‘kick-boxing’. Datuk Fikri berharap agar Diandra akan bekerja di syarikatnya tetapi Diandra yang lebih suka sesuatu yang mencabar terpaksa mengecewakan ayahnya.

Adam Fahmi (Aiman Hakim Ridza) pula merupakan seorang aktor yang sangat terkenal. Dia bukan sahaja kacak tetapi bakat semulajadi dalam lakonan juga membuatkannya sentiasa popular di kalangan peminatnya. Adam menjadi pujaan ramai dan apa sahaja drama dan filem yang dia berlakon pasti menjadi ‘box office’. Dek kerana populariti dan kelancangan mulutnya, Adam mempunyai ramai musuh sehingga dia menerima ugutan bunuh.

Selepas berbincang dengan kawan baiknya, Kamal, Adam bersetuju untuk mengambil seorang pembantu peribadi dan juga pengawal keselamatan yang boleh menguruskan jadual dan keselamatan dirinya. Apa yang tidak dijangka oleh Adam ialah Kamal mencadangkan kawan baiknya, Diandra. Walaupun masing-masing tidak berkenan dan tidak bersetuju, selepas dipujuk oleh Kamal, Adam dan Diandra cuba bekerjasama.

Diandra meluat dengan perangai Adam yang angkuh dan juga kaki perempuan manakala Adam pula melayan Diandra yang lasak itu seperti seorang lelaki. Diandra yang selalu dibuli itu mencari peluang untuk mengenakan Adam sehingga suatu hari mereka bergaduh lagi di lokasi penggambaran, dimana Diandra yang tidak tahan diperli telah menolak Adam ke kolam renang. Tiada siapa yang mahu menolong kerana sikap ego Adam yang seringkali menyakiti hati orang lain. Akhirnya, Diandra menjadi panik apabila dia mendapati Adam tidak pandai berenang dan hampir lemas.

Bagi menebus kesalahannya, Diandra melayan karenah Adam sepanjang menerima rawatan di hospital. Barulah Diandra mempunyai peluang untuk mengenali isi hati Adam yang sebenarnya seorang yang sensitif. Adam juga mula berbaik-baik dengan Diandra dan sudi berkongsi masalah dengannya. Lama-kelamaan, Diandra mula mempunyai perasaan aneh terhadap Adam malah dia juga mencemburui bekas kekasihnya, Fida yang kembali menagih kasih.

Sejak Fida muncul kembali dalam hidup Adam, Adam seolah-olah melupakan Diandra. Adam yang terasa diperbodohkan oleh Diandra selepas mengetahui identiti sebenar Diandra telah bersikap dingin kepadanya. Justeru, Diandra membuat keputusan untuk menjauhi diri daripada Adam dan bekerja untuk ayahnya.

Adakah Adam dan Fida akan meneruskan percintaan mereka? Adakah Adam akan rasa kehilangan Diandra kerana mereka saling memerlukan? Apakah kemesraan dan perasaan sayang yang wujud antara Adam dan Diandra adalah cinta? Semuanya bakal terjawab dalam DIANDRA.

Tuesday, 3 September 2013

Shila Hamzah bakal dirisik keluarga Johan As'ari

Wah...kalau benar lah ini jodoh mereka berdua alhamdulillah...moga perhubungan mereka akan berakhir dgn perkahwinan dan kekal himgga ke akhir hayat...


Pelakon Johan As’ari memberitahu hubungannya dengan penyanyi Shila Amzah mendapat restu daripada keluarganya malah pelakon ‘Juvana’ ini mengakui kedua ibu bapanya pernah meluahkan hasrat untuk merisik Shila bagi pihaknya.

“Ibu dan ayah saya pernah bertanya, jika saya berkenan dengan Shila, mereka mahu merisik dia. Ini kerana mereka memang suka sangat apabila tengok saya rapat dengan Shila. Mereka lihat Shila seorang wanita yang baik lebih-lebih lagi dengan penampilannya yang bertudung.

Cuti2 ke Port Dickson (ILHAM RESORT)

Hujung minggu baru ni kami sekeluarga pi makan angin kat PD..kami menginap di Ilham Resort....berhadapan dgn resort ada hutan rekreasi...tp saya tak sempat pun nk menjelajah ke hutan tu...kami sampai sana Sabtu petang..ahad tengahari dah balik...



Bilik saya kat tingkat 1..dari tingkap boleh nmpk kolam renang..masa ni takde org mandi lagi..sbb msg2 bru check in..


Ni pulak pemandangan dari beranda...ctk betul pemandangannya..boleh nmpk laut...kalau duk tingkat tinggi lagi ctk view ni..


Sampai je budak berdua ni excited tak sabor nk berendam...


Dah dapat greenlight apalagi...org pun tetiba jer dh jadi ramai..semua dh pakat turun nk mandi..


Yang bestnyer kat pool ni ada plk gerai jual wafer,jagung,aiskrim,burger,abc dan minuman..amboi..dh penat2 berendam apalagi mtk mkn la pulok...abg2nya mkn wafer,abc..maira plk nk aiskrim...tp mahal ler sikit harganya.


Ok..sambung berendam lagi sampai kecut..



Kawasan resort ni mmg ctk..rasa tak nak balik pun ada duk sini...klau korang berminat nak ke sana boleh la usha2 harga kat lama web resort ni..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

All Right Reserved To fieda . Full Edit By Cik Rose Cute.