Wednesday, 26 November 2014

Tonton setitis kasih Darmia

Oh tidakkkk...saya sudah terjebakkk...lepas drama bukan kerana aku tak cinta kali ni Sharnaaz dan Nelydia Senrose berganding lagi dalam drama Setitis kasih Darmia di tv9 setiap hari Selasa dan Rabu jam 8.30 mlm..saya tak layan pun dari episod awal..layan pun dh episod 6...sekali ramai kawan fb update kata cite ni best..ala2 cite Cinderella lakonan Haliza Misbun dan ahmad Idham yg ngetop satu ketika dlu...saya pun cri la link cite ni kat google..dapatlah tgk online dri episod satu...



Sinopsis:

Setitis Kasih Darmia mengisahkan kehidupan gadis bernama Darmia yang kehilangan kasih ibu dan terjebak dengan perkahwinan yang dia sendiri tidak rela. Lelaki yang bernama suami meninggalkannya kerana maruahnya tercalar. Mujur ada Opah dan Haliza sepupunya.

Tawaran sambung belajar yang ditawar oleh Haliza disambut gembira oleh Darmia. Namun, lelaki bernama Khairul Amir yang pernah melafaz ijab kabul kepadanya merangkap kekasih dan majikan Haliza membuat hidupnya haru biru. Lelaki itu muncul dengan dendam yang tidak dilupakan. Rahsianya harus disimpan sebaik mungkin. Buatlah apa sahaja, Darmia rela agar Haliza tidak disakiti.

Dalam benci datang kasih. Jauh Darmia pergi, semakin kuat Khairul Amir mengejar dan rahsia yang terpendam selama ini terbongkar jua. Kasih Haliza pada Darmia juga berkecai. Khairul Amir nekad, biar hilang segalanya di dunia, setitis kasih Darmia terus dinanti.

Lakonan Nelydia Senrose, Sharnaaz Ahmad, Josiah Hogan, Zarynn Min, Puteri Chi Chi, Fauziah Nawi, Liza Abdullah, Azizah Mahzan, Nasir Bilal Khan, Kazar dan ramai lagi.


Episod 1 - update
Episod 2 -update
Episod 3 -update
Episod 4 - update
Episod 5 -update
Episod 6 -update
Episod 7 - update
Episod 8 - update
Episod 9 - update 
Episod 10 - update
Episod 11 - update
Episod 12 - update
Episod 13 - update
Episod 14 - update





Monday, 3 November 2014

Diy botol terpakai

Botol2 mayonis atau sos spagetti kimball yg dh diguna jgn dibuang..selama ni saya tak terpikir pun nk diy kan balik botol2 ni..habis guna terus buang..lepas saya join group deko2 kat fb aru saya tau botol ni boleh dipakai semula....

Ni baru sempat simpan 3 botol terpakai..saya nk buat tmpt simpan rempah2 mcm kayu manis,bunga lawang,asam keping dll....nanti kalau ctk lagi boleh la balut kan botol tu dgn wallpaper..dan tampal sticker utk tulis nama rempah...

Jangan tak tau wallpaper la ni pun byk kegunaan tau..bkn utk tampal kt dinding je..boleh tampal kat peti sejuk,kat cabinet dan meja makan pun ada org buat...


Buat masa ni botol2 tu saya letak bubble rice coklat...nyum..nyum...sedap tau bubble rice coklat ni..ala ramai org jual dan letak dalam botol mcm ni...saya guna coklat compund..coklat tu akan mengeras dan kalau nk mkn kena rendam la botol tu dalam air panas utk cairkan coklat...pastu gaul dan makan...sedap....


Contoh botol2 terpakai yg dijadikan pasu bunga..gambar pinjam kt google..





Sunday, 2 November 2014

Gambar anak perempuan Cik Ta dan Zain Saidin

Comey anak Cik Ta dan Zain ni...Cik Ta telah selamat melahirkan anak perempuan pada hari Sabtu 1 Nov 2014....



Thursday, 30 October 2014

Giveaway Contest RM700 Jualan Hebat Lazada Malaysia 11/11 by Emas Putih .

As-salam


Berita baik untuk semua kaki shopping online kerana Lazada Malaysia akan menganjurkan 1 jualan besar-besaran selama 1 hari pada 11th November 2014 dengan potongan harga sehingga 94%. 


Terdapat Flash Sale selama 1 jam untuk setiap satu kategori (12 Kategori) bermula 11 pagi hingga 11 malam! Harga rendah ditawarkan untuk semua kategori di Lazada Malaysia sepanjang Flash Sale. 

Mark your calendar and Jom Gegarkan Jualan Hebat ini dengan klik link ni : Jualan Hebat 

Any update tentang jualan besar-besaran ini sila ke Lazada Malaysia !! 

Ini adalah Blogger Giveaway Contest anjuran Lazada Malaysia dengan kerjasama Kisah Emas Putih. 11 Pemenang bertuah akan dipilih untuk memenangi hadiah berjumlah RM 700! 

Untuk sertai contest ini, sila ke blog Kisah Emas Putih dengan ke link ini : LINK CONTEST .

---------------------------------------------------------------

Hadiah :

Pemenang Utama (Top Referral) :
RM 200 Cash 

Random :
2 x RM100 Cash 
2 x RM 50 Cash 
2 x RM 50 Lazada Shopping Voucher 
4 x RM 25 Lazada Shopping Voucher


Contest ini akan berlangsung dari 27th October hingga 11th November 2014.


Monday, 27 October 2014

Rezeki 2 pasang kasut

Murah rezeki saya ..kedua dua kasut ni pemberian dri org tersayang...bukan somi ye tp yg cream tu dri adik ipor dan yg peach tu dri mak sedara...alhamdulillah rezeki mereka berlebihan dan dapatlah mereka belanja saya kasut..kasut ni saya dapat di bulan yg berlainan..bukan bulan yg sama...

Saya doakan moga mereka makin murah rezeki pasni..dan begitu juga moga saya pun makin dimurahkan rezeki...


Entry ni cuma sebagai kenangan saya di masa akan datang..bukan untuk menunjuk...


Friday, 24 October 2014

Fenomena jeruk asam boi

Fenomena terkini..adoii..bikin kecur ayaq liur ni...saya belum try lagi.hari2 bukak fb mesti nmpk gambar jeruk ni...mana boleh tahan ooo..walaupun saya bukan peminat jeruk tp gambar2 jeruk cukup buat air liur saya cair...mesti kena try jugak tau nanti..nk cri mangga dlu...

Ni gambar saya pinjam dri friend fb saya...cara nak buat sng je cuma perlukan mangga,asam boi,gula dan cili api...


Apam susu kalerful

Saya suke buat apam susu sbb sempoi je bahan2 nya..sume dh ready stok kt rumah..udah ler sng nk buat hasilnya pun gebu youuuu...tak caye korang try la buat...jommmmmm....sorry gambar dh siap potong saya lupe nak amik sbb tak sabar sgt nk makan,,,




Bahan2

4 biji telur 
1 cawan gula
4 sudu susu pekat
1 sudu besar ovelette
2 cawan tepung gandum
pewarna

Cara2

Blend telur,gula,susu dan ovelette hingga kembang
ayak tepung dan campur sekali dgn adunan tadi..bahagikan 2 atau
bahagian utk letak pewarna..kukus 30 minit

Thursday, 23 October 2014

Jom tonton Ribbit versi bahasa melayu

Best jugak ni cite ni ribbit ni versi Bahasa Melayu di bawah arahan Mamat Khalid..nak2 plk suara ribbit si katak ijau tu alihsuara dari Johan...tupai plk suara Elfira Loy...suara Izzue Islam pun ada jugak tau dia jadi labah2 versi Kelantan lagi...


Mengisahkan seekor katak yang bernama RIBBIT tapi percaya dia bukanlah seekor katak, tetapi seorang putera raja yang disumpah menjadi katak . Ribbit tak sama macam katak2 lain yang suka air. Pengembaraan bersama girlfriendnya si Tupai bermula, apabila Ribbit ingin mencari siapakah dia sebenarnya. Target utama Ribbit nak cari Puteri raja untuk dapatkan ciuman supaya sumpahan berakhir. Dalam pengembaraan untuk mencari puteri raja tulah macam-macam kejadian berlaku. Sehingga akhirnya dapat jumpa & ciuman puteri raja. Dan ahirnya, adakah RIBBIT bertukar menjadi putera raja yang hensem??? Nak tahu..jom layan movie ni kt bawah





Kucing yg sibuk nak tolong basuh kain

Pagi2 time saya nak masukkan kain dalam mesin basuh si anak bulu ni dia akan mula nk menyibuk..tak tau nape dia mmg suke tgk air yg berpusing dalam mesin tu..duk perati sokmo..kalau time mesin nk kuorkan air plk dia akan cepat2 lari masuk dalam bilik air nk tgk air kuor..suke dgn air tp pelik takut nk mandi..tak boleh dengar perkataan jom mandi ebab mula lah buat muka cuak lari masuk bawah meja...


Suke tgk buih...kadang2 dia masukkan tgn nk capai buih tu...mmg seronok hati pagi2 tgk gelagat budak ni..saya bukak penutup mesin ni kejap je nk bagi dia tgk,, sbb sibuk memanjat nk jenguk2 kt dalam..


Tuesday, 21 October 2014

Lenovo A889 rezeki awal October

 Alhamdulillah rezeki saya di awal October lepas..saya mmg tingin benor nk pakai hp Lenovo ni sbb tgk mmg tgh hot..ramai yg pakai dan saya tgk gmbr hasil dri  hp ni pun ok  cantik je,...selama ni duk pakai Samsung pun ok jugak biasa lah bila dh pakai yg tu tingin yg ni pulak...pompuan kannn...

Terima kasih la kat encik somi sbb wat suprise kasi hp ni...bkn sbb besday or anniversary tp sesaja je..wahhh..syok oo kalau sokmo dpt suprise gni kan...

Harga pun murah je takde la mahal benor..RM400++..





*gambar2 kt atas ni saya guna hp somi Lenovo A880..pasni gmbr seterusnya saya akan mula guna hp Lenovo A889...


Tuesday, 9 September 2014

Bermandi minyak hitam

As salam semua...muahh..muahh..muahhh...rindunya...entry pembuka untuk blog yg dah lama ditinggalkan..gmbar ni dah lama simpan dalam draft sebenarnya...dari bulan Jun...huhuhu..sedihnya baru skrg nk publish...

Ni si anak bulus saya yg balik umah bermandi dgn minyak itam pas main kat bawah,,ishh,,,mcm2 budak sekor ni tau.,aritu balik2 umah misai kontot..ntah keje sape la agaknya dipotongnya misai anakku sayang ni...budak2 la kot..anak bulu saya ni mmg pagi2 saya lepaskan main kat bawah sbb sian dia duk je dalam umah takde kwn..tp tu la asal balik ada je la masalah yg dibawa balik sekali...

Ni dh lena tido pas dimandikan..tp bau minyak masih kuat...dh mandi dua tiga kali baru ilang bau minyak tu ..sian dia..pening bau minyak itam tu kot terlelap tido mcm mkn ubat tido..x tau la mcmna minyak itam sampai tertumpah kat badan dia...



Friday, 22 August 2014

Tonton online Mat Tudung



Mat Tudung mengisahkan seorang kasanova bernama Johari (bekas Mat Rempit) yang telah jatuh cinta pandang pertama pada Zizie. Zizie bukanlah seperti gadis biasa yang mudah untuk didampinginya tapi seorang gadis berhijab yang terkenal dengan sifatnya yang dingin terhadap lelaki. Johari terpaksa mencari apa saja helah untuk mendekati Zizie. Cara yang difikirkannya paling berkesan ialah dengan menyamar sebagai gadis bertudung iaitu Johanna sebagai ‘adik perempuan’ kepada Johari.

Pelbagai insiden menarik berlaku apabila perwatakan ayu Johanna telah menarik hati bapa Zizie. Johari pula dia diintai oleh ibu Zizie yang kesepian akibat kurang diberi perhatian oleh ayah Zizie. Johari juga menjadi target abang Zizie yang keliru dengan jantinanya sendiri.




Monday, 4 August 2014

Tonton telemovie Bibik I Artis

Selamat hari raya semua kawan2...saya masih belum sempat nak share gambar raya kt blog utk tahun ni...hihihi..gambar pun x banyak..

Saya nak share dlu satu satunya telemovie yg saya layan masa hari raya aritu..tak salah saya masa raya ketiga kot di tv3..mmg best telemovie ni...suke tgk Nelydia Senrose kecek kelate..


Mengisahkan bibik Mek telah menghadiri sati sesi uji bakat secara rahsia. Dia telah menerima beberapa tawaran berlakon. Apabila majikannya, Puan Murni mendapat tahu, dia tida berapa gemar akan hal itu kerana dikhuatiri bibik Mek tidak dapat melaksanakan tugasnya dengan baik. Namun akhirnya, Puan Murni mengalah apabila dia dipecat oleh syarikatnya atas faktor krisis kewangan dan bibik Mek pula yang mengupahnya sebagai pembantu peribadi.

Pelakon: Nelydia Senrose, Lia Natalia, Norman Hakim, Sharifah Shahora, Puteri Adriana & Syazwan Zulkifli



Friday, 18 July 2014

Pesawat MH17 terhempas di Ukraine

Kali ini Malaysia dikejutkan dengan pesawat MH17  dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas di sempadan Ukraine..seramai 295 orang yg terlibat...Ya Allah....berat & besar ujian yang Kau berikan. Berita yang sangat mengejutkan kepada semua rakyat Malaysia di bulan Ramadhan, semoga keluarga krew dan penumpang tabah hadapi dugaan ini ...Berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul...



Al fatihah buat semua penumpang dan krew yg terlibat.



Thursday, 17 July 2014

Berphotoshoot di Melaka

Kami 4 org sepupu sepapat yg mmg kamcing,sporting dan giler2...bile bertemu ginilah jadinya..tak habis2 dgn bergambar..sepupu saya yg dri kanan berbaju putih tu duk Melaka..kami yg tiga lagi tu duk KL..jadi masa public holiday tak silap Hari Pekerja rasanya kami turun ke Melaka jumpe dgn teacher Mastura ni...pastu apalagi jalan2 la kt Bandar Melaka...mmg happening bile berjumpe..




yg mcm amoi ni pun sepupu jugak tp budak lagi ni..hihi..tak masuk geng la...









Monday, 14 July 2014

Biskut lidah kucing @ rainbow cookies

Sabtu baru ni saya dh start buat biskut raya al kisahnya...hihi...punyalah xcited tak sabar nk try buat biskut lidah kucing yg very kalerful tu..saya terus buat 2 adunan..sekali tu dia...hahahah..amik masa smpai 5 jam tau nk siap...mau nya tak lama..biskut ni guna piping beg..picit sikit2 atas dulang tu..tp hasilnya mmg best..biskut yg sgt rangup..mmg kena la kot dgn selera budak2 dtg beraya nanti...kt umah ni pun budak2 ni dh ngadap se tupperware dh...

Jom layan gambar je la...






Kalau takde loyang khas tu jgn risau sbb masih boleh buat guna loyang biasa..yg penting kena ada piping beg la ye..sng sikit kejenya..



Ni versi bentuk bunga..tgk tu secoet2 nk kena picit...tp hasilnya puas hati...



Bahan2

250 gm butter
175 gm gula kastor
100 ml putih telur (bersamaan dgn 3 biji telur)
200 gm tepung gandum
50 gm tepung jagung
1/4 sudu teh emplex
6 warna berbeza 

Cara2

Ayak tepung gandum , tepung jagung dan emplex
Putar butter dan gula hingga kembang gebu
Masukkan putih telur ( guna mixer )
Masukkan tepung ( gaul kaedah kaup balik ) 
Bahagikan kepada 6 bahagian dan letak pewarna
Masukkan ke dalam plastik piping dan gunting hujung nya.
Susun di dalan acuan nya dan bakar biskut selama 15 minit pada suhu 150


Friday, 11 July 2014

Slice chese kek

First time cuba buat slice cheese kek ni..mmg puas hati sbb menjadi wlpn rupanya tak ler menarik sgt...hasil yg gebu...tak rugi cuba...


Bahan2

4-5 keping slice cheese
200 ml susu cair
70 gram butter atau marjerin
70 gram tepung gandum (diayak dahulu)
70 gram gula
4 biji telur saiz M
beberapa titik esen vanila

Cara-cara

Potong atau siat slice cheese kecil-kecil dan campurkan dengan susu segar
kemudian masukkan dlm periuk, gunakan api perlahan dan biarkan slice cheese tadi cair. kacau sentiasa.
Masukkan butter dan kacau hingga larut, tutup api dan sejukkan sebentar.

Asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula hingga menjadi meringue.
Didalam bekas lain pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan kedalam adunan cheese tadi, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul

Akhir sekali campurkan meringue ke dalam adunan tadi dan beberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata. sapu loyang kek dengan marjerin..Bakar secara double boil selama 1 jam.




Wednesday, 9 July 2014

Bergambar dgn maskot upin ipin,smurfs dan ninja turtle

Cerita beberapa bulan lepas..lupe dah bulan brp..ni di perkarangan Bukit Jalil sempena planet gempak olabola...seronok bebudak dan mak budak dpt bergambar dgn maskot katun popular..terutama dgn Smurfs dan Upin Ipin...Maira mcm caya tak caya je dpt jumpe jumpe Smurfs dan Upin Ipin katanya...hihihihi




Antara aktiviti utk kanak2...percuma je takyah byr pun..


Bergambar dgn retis kononnya..nk bergambar dgn yg ori time tu awal pagi artis betul pun tak dtg lagi..saje gi pagi sbb tak ramai lagi pengunjng kn..idok ler sesak sgt..




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

All Right Reserved To fieda . Full Edit By Cik Rose Cute.