Wednesday, 19 February 2014

Erra Fazira sah cerai dan Engku Emran dapat hak penjagaan anak

Teka teki status rumah tangga pelakon dan penyanyi Erra Fazira akhirnya terjawab apabila sah bercerai talak satu dengan suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidin di hadapan Hakim Syarie Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor Mohammad Adib Husin.

Lafaz cerai dilakukan Engku Emran kira-kira pukul 12.50 tengah hari. Erra kelihatan tenang manakala Engku Emran pula sebak ketika menyebut lafaz tersebut. 

Erra hadir ke mahkamah dengan ditemani oleh sahabat baiknya, Umie Aida dan Erma Fatima. 

Pasangan ini berkahwin pada 25 Oktober 2007 dan mereka telah dikurniakan seorang puteri, Engku Aleesya yang kini berusia lima tahun.

Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam juga memutuskan hak penjagaan anak, Engku Aleesya diberikan kepada Engku Emran dan hak bermalam serta lawatan bersama diberikan kepada Erra Fazira apabila kedua-dua pihak bersetuju mengenainya.

“Mahkamah turut meluluskan permohonan plaintif (Erra Fazira) untuk tidak membuat sebarang tuntutan nafkah edah dan mutaah,” ujar Hakim Syarie, Mohammad Adib Husin.


*jodoh tak panjang itulah hakikatnya....kes cerai berai mcm ni paling saya kesian kat anak la...moga Aleesya akan membesar dgn sempurna walaupun mama dan papanya telah berpisah.

21 org bagi komen best..:

Joanna Yunus said...

betul tu yang kesian alesha...

Rizziela said...

Apa perasaan Erra kan bila hak penjagaan diserahkan kepada EE.. mungkin dia ada alasan yg membuatkan dia membuat keputusan mcm tu..tp pada sy..apa2 pun terjadi..anak tetap dengan sy...x boleh hilang anak walaupun sehari

:: Mrs.Eady :: said...

kesian nyer..

Nurzakiah Hanum said...

betul tue
doakan yang terbaik

Masya said...

sakitnya hanya erra jer yg tahu.. moga mereka temui kebahagian mereka sendiri ...

Budak Kampung said...

itu semua kerja DIA. DIA sudah menyusun dengan sebaik-baik perancagan

Nora Karim said...

Moga mereka baik2 saja lepas dah berpisah ni... Memang kesian kat anak tu... :(

Falsya said...

Kan kak..kadang nak ckp lebih2 xleh sbb dh tertulis smp situ jodoh dieorg..tp yg paling kesian anak anak la..

Kesuma Angsana said...

doakan yg baik2 ajelah ye r

syawalsimpsons said...

kesian kan kak...dah takdir dier

N.Aima K said...

:(

Kakzakie said...

Satu yg tidak disukai tapi dibenarkan dlm Islam inilah dia. Kalau boleh mereka pun tak mahu terjadi begini...

shahdiana said...

sebolehnya nak elak kan..tapi kalo dah tak boleh jugak terpaksalah bercerai dari duduk bersama & tak dapat kemuafakatan....

shahdiana said...

cuma jangan sesekali buatkan anak2 terasa dengan perpisahan kita tu sudah la kan...

Farid Laham said...

aduh xtau nk kata apa huhu

shasha yacob said...

aleesya ke tu ? uhh dah besar budak nih hihi

shasha yacob said...

harap dorang takda perbalahan lah lepas nih. harap erra dapat cri pengganti yang memang jodoh tetap nya hihi :)

Mimi Azirah said...

tiada jodoh antara mereka

Cik Nur™ said...

sedih bila tahu hal ni...

Cik Nur™ said...

sedih bila tahu hal ni...

QasehnyaRania said...

tu la kesian kat aleesya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

All Right Reserved To fieda . Full Edit By Cik Rose Cute.