Monday, 24 February 2014

First time jumpe buah mulberry

Saya sangatlah jakun bile first time jumpe buah mulberry ni...mmg selama ni saya tak pernah tgk depan2...cuma pernah tgk kwn blog jer pos gmbr...saya first time tgk buah ni msa gi umah kawan aritu..dia tanam pokok ni depan umah...ada auntie cina tu duk petik daun dan buah ni..saya tanyalah kawan saya ape yg auntie tu petik..kwn saya kata kutip buah bery...masa tu kawan saya pun lupe nama buah ni..

Auntie tu kata daun dan buah ni byk khasiat...antaranya daun boleh buat penawar demam panas dan buahnya boleh buat jem...saya pun nk try test la ape rase buah ni..terus petik gak..tetiba rase macam petik buah strawberry plk...rasa buah ni masam2 manis...sedap jgak...

Tetiba saya rsa macam berminat plk nk tau khasiat buah mulberry dengan lebih detail...teringin nak tanam jugak tapi umah bertingkat ni mana ada tanah..hihihi



Gambar yg saya snap tak jelas sgt...jadi gmbr kat bawah ni saya amik dri google utk imej buah yg lebih jelas..


Khasiat pokok Mulberry

1. Pokok mulberry buahnya berwarna hitam dan merah. 

2. Pokok Mulberry adalah makanan utama ulat sutera terutama daunnya. Maka disebabkan itulah jika di Malaysia, daun pokok Mulberry dikenali sebagai daun ulat sutera atau besaram. 

3. Buah Mulberry mengandungi asid sitrik, gula dan vitamin C. Daun Mulberry pula mengandungi adenin, amilas, asid suksinik, karotena dan kolin. Biji Mulberry mengandungi ureas. 

4. Kulit akar pokok mulberi mengandungi beta-amirin, minyak meruap, resinotanol dan sitosterol. 

5. Bagi masyarakat di negara China, selain buahnya boleh dimakan segar atau dibuat jem, terdapat juga kegunaan lain. Secara tradisionalnya, buah Mulberry telah digunakan sebagai agen ubatan bagi memberi khasiat kepada yin dan darah, memberi kebaikan kepada buah pinggang dan merawat masalah lemah, keletihan, anemia dan masalah rambut beruban. 

6. Buah Mulberry turut digunakan untuk merawat masalah ketidak-bolehan mengawal keluarnya air kencing, pening dan masalah sembelit warga tua. 

7. Buah yang telah dikeringkan juga boleh dijadikan sebagai pengganti raisin. 

8. Buah Mulberry juga dikatakan mampu memberi khasiat dan merangsang penghasilan cecair badan. Mereka yang mengalami masalah kekurangan cecair, mulut mereka anak kering dan lidah terasa panas. Elok juga mereka makan buah ini bagi memberi khasiat dan menambahkan cecair badan. 

9. Buah mulberi ini juga sesuai kepada mereka yang mempunyai masalah mata kering akibat keletihan mata dan akibat bekerja dengan cara mengambil jus mulberi . 

10. Buah mulberi juga mengandungi unsur-unsur khasiat seperti mineral dan vitamin. Dikatakan dengan memakan buah Mulberry, mampu membantu menyembuhkan penyakit kronik pada saluran pencernaan, merangsang rembesan cecair gastrik, menguatkan kebolehan bagi mencerna dan menyerap, memperbaiki selera makan dan membuang kembung perut dan sembelit. 

11. Wanita yang mengalami simptom-simptom seperti anemia, kepucatan, rasa , sukar untuk tidur dan jantung berdebar-debar dengan kerap terutamanya selepas melahirkan bayi, bolehlah mengambil jus mulberi dengan kerap bagi mengurangkan simptom-simptom tersebut. Ubat kebas tangan dan kaki. 

12. Daun mulberi pula dikatakan boleh direbus dan digunakan sebagai ubat mencuci mata yang merah dan bengkak. Daun yang telah kering pula dikatakan boleh dicampur dengan air mendidih atau direbus. Air ini dikatakan boleh diminum untuk tujuan membersihkan tubuh badan, merangsang peluh, ubat batuk, demam panas dan selsema. Daun yang telah dipanaskan pula dikatakan boleh disapu minyak dan dijadikan sebagai ubat tampal pada luka yang parah. 

13. Bagi mereka yang mengalami masalah gigitan atau sengatan serangga, daun yang telah ditumbuk lumat boleh dijadikan sebagai ubat tampal pada bekas gigitan atau sengatan serangga tersebut. 

14. Jika mengalami masalah tangan atau kaki yang , bolehlah mengambil getah daripada daun atau ranting mulberi, kemudiannya gosokkan pada bahagian yang kebas. 

15. Akar pokok boleh direbus dan dijadikan sebagai air minum bagi merawat asma, batuk, busung, melawaskan pembuangan air kecil dan radang. Air rebusan kulit pokok mulberi pula dikatakan boleh diminum untuk merawat sistem pernafasan, asma, batuk, bronchitis, busung, menyingkirkan kahak dan hingus, tekanan darah tinggi, kebas tangan atau kaki. 

16. Ranting kering pokok mulberi pula dikatakan boleh direbus dan dijadikan sebagai air minum bagi merawat demam panas dan mengatasi rasa sakit. 

Sumber dari google


21 org bagi komen best..:

Masya said...

pertama kali sy nampak pokok ni dan tau psl buah ni.... bnyk juga khasiatnya..

Aisy Nasiha said...

Pernah makan jusnya saja.. buahnya tak pernah jumpa lagi setakat ni. Banyak khasiat nampaknya

Nurzakiah Hanum said...

moning :)
singgah pagi

Nurzakiah Hanum said...

moning :)
singgah pagi

syawalsimpsons said...

saya pon 1st time tgk ni

Nana said...

first time jugak tau pasal buah mulberry..

banyaknye khasiat buah ni...

Nurzakiah Hanum said...

wow bestnya

:: Mrs.Eady :: said...

good info..

Farah Waheda Wahid said...

salam isnin kak fieda, bila dah baca ni tiba2 terasa macam nak tanam pulak pukok mulbery ni... hu hu hu..

Zara Nurhaidah said...

this is first tym zara dgr dan tgk pict mullberry ni.. tgk jauh mcm rmbutan. tgk pict dekat.. "oohh..mmg xpena nampk" hehehe

Chic Na said...

kat rumah saya ada gak pokok mulberry dulu tp dh buang.. sedap buah dia masam manis..

Rai Ourkizuna said...

bestnya rumah atas tanahh~!

LYAfrina said...

lya sdri x png tgk live... byk jgk khasiatnya

babYpose said...

Wah banyak khasiatnya ye, buahnya pun jarang tengok di groceries store.

Kesuma Angsana said...

best ni, byk kat umah my MIL hehehe

Kakzakie said...

Banyak khasiat mulberry kan. Untung yg ada tanam kat rumah. Kakak teringin juga tapi tak jumpa lagilah benihnya..

saniah ibrahim said...

dalam usia2 begini baru akak tau rupa buah mulbery....

Cik Nur™ said...

mulbery ni, senang berbuah.. :)

nanti akak try la tanam.amik batang dia.. :)

shasha yacob said...

Wahhh, saya sampai laa nih, xpernah nampak lagi buah nih. betapa jakunnya saya hihi

Nastyna said...

lebatnya buah dia,,, saya pun ingat2 lupa pernah makan buah ni masa kekecik dulu, nasib baik u upkan entry ni, refresh la jugak memory dedulu.

QasehnyaRania said...

bestnya dpt tgk live.sy pon x pernah tgk dekat dekat lg..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

All Right Reserved To fieda . Full Edit By Cik Rose Cute.