Friday, 21 February 2014

Kek coklat kukus lapis cheese

Salam pagi Jumaat..pagi2 ni tayang gmbar makanan lagi...hihi..kali ni jamu mata dengan kek coklat lapis cheese ye...saya dh lama ngidam nk mkn..tgk kengkawan blog buat..nyum...nyum...tercapailah hasrat di hati nk mkan bile mood rajin nk buat sndiri menjelma....saya google je resepinya...dan akhirnya saya mencuba resepi dari blog Mat Gebu yg fofuler tu..perlukan kesabaran sikit nk buat kek ni al maklumlah berlapis kan...kena masak selapis demi selapis....


Ni saya share resepi dari blog Mat Gebu

BAHAN-BAHAN KEK COKLAT 

2 biji telur gred A
1 cawan gula halus
1 camca teh esen vanilla
Secubit garam
1/2 cawan air panas
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan minyak jagung
1 cawan tepung gandum*
3 camca besar serbuk koko*
1 camca teh soda bicarbonate*
1/2 camca teh baking powder*(*disatukan dan di ayak)


BAHAN-BAHAN LAPIS CHEESE

250 gram krim cheese
60 gram gula halus
1 biji telur gred A
1 camca besar air
1 camca besar tepung gandum


CARA MEMBUATNYA 

UNTUK KEK COKLAT :- Putar telur dan gula hingga kembang dan pekat, masukkan esen vanilla dan garam, putar rata. Tambah susu cair, minyak jagung dan air panas, putar sebati dengan kelajuan sederhana. Masukkan bahan2 yang diayak sedikit demi sedikit hingga habis, putra rata dan matikan mixer. Bagi kepada 2 bahagian sama banyak. Ketepikan.

UNTUK LAPISAN KEJU :- Putar krim cheese dan gula hingga sebati dan licin. Masukkan telur dan putar hingga kembang. Tambah tepung dan air, putar hingga semua sebati dan tidak berbintil2.

UNTUK KEK COKLAT KUKUS LAPIS CHEESE :- Tuang satu bahagian kek coklat. Ratakan dan tutup permukaan tin dengan aluminium foil. Kukus selama 20 minit, guna api sederhana. Kemudian tuang pula adunan krim cheese, ratakan dan sambung kukus 20 minit lagi. Tuang baki bahagian kek coklat ratakan dan sambung kukus selama 45 minit atau hingga masak (bila anda cucuk dengan lidi sate atau cake tester di bahagian tengah kek dan keluarnya bersih, tanda kek dah masak..



16 org bagi komen best..:

Nurzakiah Hanum said...

sedap nie

sYiRa LoKMaN said...

nampak lembut and sedapp :D

HeNRieTTa JoSe said...

rietta pown dah lamer teringin nak buat...tpi yg makannya rietta sorg jer..kerajinan tu hilang lar...huhuh...

syawalsimpsons said...

boleh try ni...macam boleh buat jugak ni kakak

Fiza Rahman said...

Sedapnya.

Kakzakie said...

macam boleh ikutlah fieda.
keknya pun menarik lapisannya cantik.

Nad MamaZN said...

Amboi gebu btul kek nya tu..
Terliur saya..
Saya bookmark entry akak ni :)

nuyui a.k.a miss YUI said...

nyum2 sedap..

Cik Nur™ said...

cantiknya kek akak.. :)
sedap.. :)

dya bunga said...

nk try buatlah..

shahdiana said...

cantik elok kek kak fieda..bilalah yana nak ada kerajinan buat kek macam tu ye...

Mas Zull said...

assalamualaikum fieda...kalau kongsi resepi dr cik mat mesti hasilnya sedap...;)

izan mama mia said...

wah gojesnye rupa kek itu..sedapnyew

shasha yacob said...

my, peberet. cheese :D

Chic Na said...

nampak sedap je.. gebu.. huhu..

QasehnyaRania said...

ya Allah kak, cntik terletak je..
mood membaking kireng sekarang ni. masak je rajin.kiki.

anak anak ramai syok buat makan, nak nak tgk bila semuanya makan air tgn ibu..
akak, doakan sya smga baik baik aja dan dipermudahkan semuanya ye.aamiin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

All Right Reserved To fieda . Full Edit By Cik Rose Cute.