Tuesday, 25 February 2014

Selangor catu air hari ini

Kuala Lumpur: Badan bukan kerajaan (NGO) dan pengguna membidas tindakan Kerajaan PKR Selangor yang mengeluarkan notis terlalu singkat untuk mencatu air bermula hari ini.

Tindakan itu disifatkan menyusahkan rakyat dan tidak bertimbang rasa kerana kehidupan harian mereka terjejas. 

Presiden Persatuan Perlindungan Pengguna Malaysia (PPPM), Datuk Mohd Firdaus Abdullah, berkata pengumuman secara mengejut itu menunjukkan kerajaan negeri tidak peka terhadap kebajikan rakyat. 

“Tempoh yang diberikan kepada penduduk yang terjejas sebenarnya tidak wajar kerana ia pasti menyukarkan mereka yang bekerja untuk menyediakan peralatan menyimpan air atau menyediakan bekalan air bersih untuk minum dan memasak.

“Ini juga menunjukkan kerajaan Selangor tidak cekap dalam pentadbiran hingga bertindak sesuka hati hingga menyusahkan rakyat. Bukankah masalah air ini berlaku sejak beberapa minggu lalu, mengapa tidak dimaklumkan terlebih awal rancangan catuan air,” katanya.

Paras air kritikal

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, semalam mengumumkan catuan air secara berperingkat di Selangor bermula hari ini berikutan paras air kritikal di empangan di negeri itu yang menyebabkan pengguna di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya akan terjejas. 

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Datuk Nadzim Johan, berkata penduduk akan kelam-kabut dengan notis singkat itu.

“Masalah bekalan air sudah lama berpanjangan maka perancangan perlulah teliti bukannya dibuat secara drastik kerana saya yakin, ramai bekerja dan sudah pasti tidak sempat menyediakan bekas takungan atau bekalan minuman.

“Janganlah tambahkan beban rakyat dengan perkara sedemikian kerana ia sudah pasti mengganggu kualiti hidup mereka terutama yang sudah berkeluarga,” katanya.

Pemandu teksi, V Ramachandran, 58, berkata notis singkat membebankan kerana pengguna terpaksa bergegas menakung bekalan air terutama untuk kegunaan harian seperti memasak dan air minuman.

Selangor catu air hari ini

Menjejas urusan harian

“Kalau satu hari tiada air, saya dan keluarga masih boleh tumpang di rumah saudara berdekatan. Jika berlanjutan memang menjejaskan urusan harian,” katanya yang tinggal di perumahan Sungai Jelok, Kajang.

Peniaga, Norishan Abas, 37, yang mendiami tingkat 11 Projek Perumahan Rakyat (PPR) Pantai Ria pula berkata sepatutnya kerajaan Selangor umumkan awal bagi memberi peluang kepada orang ramai bersedia. 

“Air sungai di sini (Lembah Klang) seperti Sungai Klang tidak sesuai untuk digunakan sebagai sumber air minuman dan mandi. Justeru, kami tiada alternatif sebaliknya bergantung harap kepada bantuan air yang dihantar lori,” katanya.

Nazariah Zahrin, 43, meminta pihak berkaitan berperikemanusiaan dengan menimbangkan nasib penghuni pangsapuri dan PPR kerana golongan itu antara teruk terjejas sekiranya berlaku catuan air.

Katanya, waktu operasi lori menghantar bekalan air yang tidak seragam selain pada waktu kerja menyukarkan pengguna.

“Sebab itu perlu dimaklumkan lebih awal supaya kami boleh bergilir mengangkut air untuk menampung bekalan sepanjang catuan air,” katanya.


------------------------------------------------------------


11 org bagi komen best..:

Nurzakiah Hanum said...

SALAM SINGGAH PAGI
SUSUAH KAN X DA AIR

izan mama mia said...

mg hal ini tidak berlarutan.. mg hujan turun menyelesaikan semua masalah

Farah Waheda Wahid said...

siapa2 yang terlibat tu, bawak2lah tadah dan simpan air ye tak kak???

syawalsimpsons said...

musim kemarau pon sekarang ni kan kakak

Tihara said...

moga dimudahkan semua urusan kawan2 kat sana..amiin

Zara Nurhaidah said...

semoga Allah turunkn hujan untuk tamatkn musim kemarau yg melanda di beberapa tempat kat Malaysia.. amin ya rabbal amin.

Fiza Rahman said...

Alhamdulillah...dah tadah air smalam.

careno said...

kat rumah kite mcm tak terlibat pun... mcm takde dlm list jer...

Cik Nur™ said...

susahkan xde air ni..harap hujan turunlah hendaknya..

QasehnyaRania said...

smga dipermudahkan.aamiin

Ema Johari said...

susah tak ada dalam kehidupan seharian ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

All Right Reserved To fieda . Full Edit By Cik Rose Cute.