Tuesday, 24 June 2014

Gaji bersih Lola RM1,549.38


Kuala Lumpur: Majikan kepada Lola, 40, ibu remaja orang kelainan upaya (OKU) Muhammad Firdaus Dullah, 15, mendakwa wanita terbabit tidak pernah menceritakan kesempitan hidupnya kepada majikan yang mempunyai pelbagai cara untuk membantunya.

Pengurus Kanan Modal Insan Brahim's Airline Catering (BAC) Ahmad Reza Kamaruddin berkata, Lola yang bertugas sebagai pekerja penyajian di syarikat itu sejak 10 tahun lalu terlalu berahsia dan hanya melakukan tugas tanpa membabitkan hal-hal peribadi di tempat kerja.


“Kami terkejut apabila membaca kisah anaknya itu tersiar kerana dia tidak pernah berkongsi masalahnya dengan pihak syarikat atau Kesatuan Pekerja-pekerja BAC yang amat mementingkan kebajikan pekerja dan ahlinya.

“Kami faham dengan pendapatan kasar RM2,327.81 sebulan atau bersih RM1,549.38, ia mungkin tidak cukup untuk menyara dua anaknya tetapi syarikat juga menyediakan banyak ruang untuk membantu termasuk memberi pinjaman peribadi,” katanya ketika dihubungi Harian Metro di sini, hari ini.


tak terkata apa dah baca berita ni...

5 org bagi komen best..:

nana kimie said...

huuuu......hanya mampu baca dan berdoa yang terbaik je buat adik firdaus kan kak :'( semoga adik firdaus cepat sihat......dan dilindungi Allah selalu..aminnnn

QasehnyaRania said...

mmmm.. sama sama lah kita bdoa smga terbuka pintu hati ibu lola ni yg mungkin sblum ni tertutup

vivana said...

Sebenarnya 1500 tidak cukup klu hendak menanggung anak bermasalah lebih lagi klu beliau juga perlu menanggung ibubapa dan seorang anak lg hyperactive.
Majikan klu jadi mcm ni, mulalah berkata ada bantuan. Mcm pinjaman peribadi, kena fikir pula bayaran balik.

Ibu Lala said...

Entah la fieda. Hanya mereka je yg tahu kisah sebenarnya. Biarpun gaji sikit tapi jgn sampai abaikan anak. Anak tak pakai baju baru tak pe asalkan bersih.

Mimi Azirah said...

hanya mereka yg tahu..speechless dibuatnya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

All Right Reserved To fieda . Full Edit By Cik Rose Cute.