Monday, 30 June 2014

Oat adalah makanan sahur paling tahan lama.

Saya ingat puasa tahun ni nak cuba bersahur hanya dgn memakan oat..cuba elakkan makan nasi.. gambar di bawah menunjukkan oat adalah makanan yg paling tahan lama utk kite berasa lapar semula..saya cari info ni kt google...


Antara kelebihan oat yg korang perlu tahu

- Mengurangkan risiko tekanan darah tinggi , diabetes dan mengurangkan berat badan.

- Mengurangkan kolesterol LDL (kolesterol tidak baik) di dalam berat badan.

- Mengurangkan pengerasan arteri di dalam salur darah yang menyumbang kepada serangan jantung.

-Ia mengandungi serat yang membantu memperlahankan kadar penghadaman nutrien dalam makanan.

-Oat adalah salah satu makanan yang tinggi kandungan serat. Ini bermakna apabila makan oat untuk sarapan pagi, kite akan berasa kenyang untuk jangka masa yang panjang.



16 org bagi komen best..:

Farah Waheda Wahid said...

makanya marilah kita bersama2 bersahur dengan oat... ^_^

Irrayyan said...

irra bagi oat kat Anis Insyirah je...hihihi mommynya tak makan oat :D

Nurzakiah Hanum said...

anum pun suka oat

Masya said...

oat sahaja salunya takda rasakan... saya suka campurkan sikit dengan nestum hihihihi.....

Mrs Velentine said...

mv kalau sahur mesti makan banyak kurma...hihi

Fiza Rahman said...

Kena beli oat lah mcm ni. Tapi tekak melayu ni mesti nak nasi gak pepagi ☺

Mama Idlan Irsyad said...

baru baca entry falsya, dia kata nyesal makan oat jer sahur td.. dh lapar..huhu.. xpe.. k.fieda try la..kot2 k.fieda tahan..

mama ka0ri said...

betul..kita selalu bersahur dgn oat..oat muesli yang organic..memang kenyang..

syawalsimpsons said...

baguih ni kakak...boleh la try...tgk tahan ke tak kan

tsumiki hajira said...

whoa.. nnice. lepas ni bleh saya makan oat! :D

eB said...

oh kalo g2 eB pilih biskut la.. he3

mamaarifakeem said...

Tak pnh lg sahur mkn oat. Boleh cuba ni.. kena pi cari stok. Sahur mkn nasi pun, masih lemau..huu..

nuyui a.k.a miss YUI said...

blom pnh lg shur mkn oat =)

ros_reeza said...

jom beralih ke oat. tapi, macam tak boleh nak gi je sahur dengan oat. hihi

QasehnyaRania said...

boleh la dicuba kan.

Mimi Azirah said...

oat memg leh thn lama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

All Right Reserved To fieda . Full Edit By Cik Rose Cute.