Tuesday, 1 July 2014

Apam nasi kalerful

Sebelum puasa aritu saya teringin sgt nk mkn apam nasi ...duk beli je sebelum ni..tgk anak2 suke mkn jadi terpanggil la rsa nk buat sendiri..alhamdulillah mmg jadi dan tak sangka la rupanya sng sgt nk buat apam ni..cuma kena tggu lama sikit la utk proses pemerapan...


Saya amik resepi dari blog Mat Gebu.


BAHAN-BAHANNYA :

1 cawan nasi sejuk
3/4 cawan gula pasir
1 1/4 cawan air
1 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
1 camca teh instant yeast (mauripan)
Pewarna makanan pilihan anda
Kelapa parut putih + secubit garam = gaul rata

CARA MEMBUATNYA :

Satukan tepung gandum, tepung beras dan instant yeast. Kacau rata dan ketepikan. Kisar nasi sejuk bersama air dan gula pasir hingga halus. Kemudian tuang dalam bekas berisi tepung tadi. Kacau rata dengan whisk hingga rata dan licin. Perap 3 jam.

Panaskan kukusan, sapu acuan apam dengan sedikit minyak. Kacau bancuhan apam, letak pewarna makanan pilihan anda dan kacau rata .

Sudukan dalam acuan hingga hampir penuh, buat hingga siap.Kukus dengan api kuat selama 15 minit, jangan lupa balut penutup kukusan . Bila masak, keluarkan apam dari acuan dan boleh hidangkan bersama kelapa parut..



12 org bagi komen best..:

idzwa kamaruddin said...

tgk gambar apam pun dah sedap sgt..kekeke..

Nurzakiah Hanum said...

bestnya

Ibu Lala said...

Hu hu hu sedapnya. Nak sikit.

Fazil Hamid said...

hehehe...selamat menjalankan ibadah puasa...

ros_reeza said...

Assalamualaikum kak.. Selamat berpuasa dari Ros :)

QasehnyaRania said...

akak, kalau guna beras perang boleh tak erk.saya skrg kat rumah stok beras perang je yg ada.
tgk entry dh telan air lio ni.. tak pa saya try. hihi. thanks kak berkongsi..

umi alya said...

rajinnya Fieda..

syawalsimpsons said...

cntik la kakak...calerful

shahdiana said...

colourful & menjadi betoi apam kak fieda ye...

syiela said...

yang ni dok teringin nak buat..sampai skrg x buat2 lagi huhuhu

Mimi Azirah said...

boleh cuba nanti

tifaanvar said...

rajinnya cuba pelbagai resepi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

All Right Reserved To fieda . Full Edit By Cik Rose Cute.