Wednesday, 2 July 2014

Cubaan keempat buat kuih lapis

Sebelum ni saya ada bagitau yg saya dh tiga kali buat kuih lapis tak pernahnyer menjadi...dn utk kali keempat saya buat akhirnya alhamdulillah adalah jugak rupa kuih lapisss....yeayyy....pasni kena try lagi kasi cantekk....


Ni resepi dari entry yg saya pernah pos dlu,,kan dh janji aritu kalau jadi buat baru saya pos gambornya...hihihi

Bahan2

3 cawan tepung beras
6 cawan santan sederhana pekat (lebih kurang 1200ml)
6 sudu besar tepung gandum
6 sudu besar tepung jagung
1 cawan gula pasir
1/4 sudu teh garam
Sedikit perisa ros @ sirap
minyak @ majerin utk disapu pada loyang


Cara2

Panaskan pengukus dan sediakan loyang yang telah disapu minyak @majerin. 
Masukkan santan ke dalam periuk. Panaskan sebentar biar jadi suam-suam kuku. Tutup api.
Masukkan tepung beras, tepung gandum, tepung jagung, gula dan garam ke dalam mangkuk. Masukkan santan. Gaul rata hingga tidak berbintil dan tapiskan.

Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Warnakan satu bahagian dengan perisa ros.

Masukkan loyang ke dalam kukusan. Tuang sesenduk adunan tanpa warna ke dalam loyang. Kukus selama 5 minit dengan api kuat. setelah lapisan pertama masak, tuang sesenduk lagi adunan merah. Kukus lagi. Ulang proses hingga habis lapisan dengan diakhiri dengan lapisan merah.
Setelah siap, sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong.


TIPS

Balut penutup periuk dengan kain supaya air wap pada penutup periuk tidak jatuh pada kuih lapis..


9 org bagi komen best..:

mama tisya said...

tk pernh wat kuih lapis...okla ni dh berjaya

Nurzakiah Hanum said...

rajinya

HeNRieTTa JoSe said...

yummy...cantik warnanya...xterlalu banyak pewarna...

shahdiana said...

rajin kak fieda ...pada yana kuih lapis ni macam susah je..tabik spring bagi yang pandai buat... ;D

MAY said...

sy pnh buat dulu.tp tak jadi.lepas tu terus mls buat..hehe

ANIM said...

Practise makes perfect, fieda..
Tengoklah nanti..main agak2 dah jadi..hihi

syiela said...

nmpak sedap juga kaler gini...slalu dok buat merah putih tu je hihii

QasehnyaRania said...

menarik warnanya kak.
nak kena melapis byk kali tu yg mncabar tu. hihi.
kalau terlebih ghajin blh la cuba ni.
thanks kak berkngsi.

Mimi Azirah said...

jadi la tuh kak...nampak cantik aje kaler die

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

All Right Reserved To fieda . Full Edit By Cik Rose Cute.