Friday, 18 July 2014

Pesawat MH17 terhempas di Ukraine

Kali ini Malaysia dikejutkan dengan pesawat MH17  dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas di sempadan Ukraine..seramai 295 orang yg terlibat...Ya Allah....berat & besar ujian yang Kau berikan. Berita yang sangat mengejutkan kepada semua rakyat Malaysia di bulan Ramadhan, semoga keluarga krew dan penumpang tabah hadapi dugaan ini ...Berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul...



Al fatihah buat semua penumpang dan krew yg terlibat.



Thursday, 17 July 2014

Berphotoshoot di Melaka

Kami 4 org sepupu sepapat yg mmg kamcing,sporting dan giler2...bile bertemu ginilah jadinya..tak habis2 dgn bergambar..sepupu saya yg dri kanan berbaju putih tu duk Melaka..kami yg tiga lagi tu duk KL..jadi masa public holiday tak silap Hari Pekerja rasanya kami turun ke Melaka jumpe dgn teacher Mastura ni...pastu apalagi jalan2 la kt Bandar Melaka...mmg happening bile berjumpe..




yg mcm amoi ni pun sepupu jugak tp budak lagi ni..hihi..tak masuk geng la...









Monday, 14 July 2014

Biskut lidah kucing @ rainbow cookies

Sabtu baru ni saya dh start buat biskut raya al kisahnya...hihi...punyalah xcited tak sabar nk try buat biskut lidah kucing yg very kalerful tu..saya terus buat 2 adunan..sekali tu dia...hahahah..amik masa smpai 5 jam tau nk siap...mau nya tak lama..biskut ni guna piping beg..picit sikit2 atas dulang tu..tp hasilnya mmg best..biskut yg sgt rangup..mmg kena la kot dgn selera budak2 dtg beraya nanti...kt umah ni pun budak2 ni dh ngadap se tupperware dh...

Jom layan gambar je la...






Kalau takde loyang khas tu jgn risau sbb masih boleh buat guna loyang biasa..yg penting kena ada piping beg la ye..sng sikit kejenya..



Ni versi bentuk bunga..tgk tu secoet2 nk kena picit...tp hasilnya puas hati...



Bahan2

250 gm butter
175 gm gula kastor
100 ml putih telur (bersamaan dgn 3 biji telur)
200 gm tepung gandum
50 gm tepung jagung
1/4 sudu teh emplex
6 warna berbeza 

Cara2

Ayak tepung gandum , tepung jagung dan emplex
Putar butter dan gula hingga kembang gebu
Masukkan putih telur ( guna mixer )
Masukkan tepung ( gaul kaedah kaup balik ) 
Bahagikan kepada 6 bahagian dan letak pewarna
Masukkan ke dalam plastik piping dan gunting hujung nya.
Susun di dalan acuan nya dan bakar biskut selama 15 minit pada suhu 150


Friday, 11 July 2014

Slice chese kek

First time cuba buat slice cheese kek ni..mmg puas hati sbb menjadi wlpn rupanya tak ler menarik sgt...hasil yg gebu...tak rugi cuba...


Bahan2

4-5 keping slice cheese
200 ml susu cair
70 gram butter atau marjerin
70 gram tepung gandum (diayak dahulu)
70 gram gula
4 biji telur saiz M
beberapa titik esen vanila

Cara-cara

Potong atau siat slice cheese kecil-kecil dan campurkan dengan susu segar
kemudian masukkan dlm periuk, gunakan api perlahan dan biarkan slice cheese tadi cair. kacau sentiasa.
Masukkan butter dan kacau hingga larut, tutup api dan sejukkan sebentar.

Asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula hingga menjadi meringue.
Didalam bekas lain pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan kedalam adunan cheese tadi, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul

Akhir sekali campurkan meringue ke dalam adunan tadi dan beberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata. sapu loyang kek dengan marjerin..Bakar secara double boil selama 1 jam.




Wednesday, 9 July 2014

Bergambar dgn maskot upin ipin,smurfs dan ninja turtle

Cerita beberapa bulan lepas..lupe dah bulan brp..ni di perkarangan Bukit Jalil sempena planet gempak olabola...seronok bebudak dan mak budak dpt bergambar dgn maskot katun popular..terutama dgn Smurfs dan Upin Ipin...Maira mcm caya tak caya je dpt jumpe jumpe Smurfs dan Upin Ipin katanya...hihihihi




Antara aktiviti utk kanak2...percuma je takyah byr pun..


Bergambar dgn retis kononnya..nk bergambar dgn yg ori time tu awal pagi artis betul pun tak dtg lagi..saje gi pagi sbb tak ramai lagi pengunjng kn..idok ler sesak sgt..




Tuesday, 8 July 2014

Nukilan Terakhir Allahyarhamah Sharifah Aini Untuk Anaknya, Aliff

Al fatihah buat Allahyarhamah Sharifah Aini yg telah pulang ke rahmatullah beberapa hari lalu...sedih dan menangis saya baca nukilan dari Allahyarhamah utk anaknya.ahamdulillah kerana Allahyarhamah mpunyai seorang anak yg soleh..Pastinya Allahyarhamah tenang dan gembira apabila melihat anak tunggalnya, Aliff mengimamkan solat jenazah untuknya di Masjid TTDI Sabtu lalu..



"In Shaa ALLAH…..Dengan izin ALLAH Jika tiada aral melintang tidak lama lagi Aliff akan pulang bercuti selama 3 bulan…Bunyi nya lama tapi reality nya sekejap sangat setelah setahun tidak bertemu…kini masa dah hampir tiba untuk dia pulang..saya dah pun kemas kan bilik Aliff.

Saya tidak sabar duduk berbual, berbuka puasa bersama, solat jumaah besama…mendapat undangan berbuka puasa besama…kadang-kadang Aliff jadi Imam dirumah sahabat-sahabat saya…Setiap kali dia jadi Imam….Aliff sangat gemar membaca surah2 yang panjang…air mata saya dibelakang tidak berhenti menangis bangga….bacaan nya sedap sekali & nyaman didengar.

Kadang-kadang kami banyak berbual tentang Hukum – Kehidupan & Kematian tanpa rasa takut dan perbualan Ilmu yang sangat terbuka ..saya lebih banyak bertanya Aliff membawa saya dan kawan2 saya kefahaman yang lebih maxsima …..Banyak kali bila Aliff mengeluar kan Hadith, sebagai Ibu saya terpegun….Lidah nya dah jadi lidah Arab….11 tahun belajar di Madinah….Ma Shaa ALLAH.

Ada juga perkara yang saya tanya, jika dia kurang pasti jawapan nya, dia tidak malu berterus terang mengaku apa yang dia kurang pasti dan baru merujuk kepada kitab2 beliau dan menyuruh saya membaca dan fahami…….routine kami di bulan Ramdhan ..selepas berbuka, Kami berterawih…

Baca AlQuraan & tidur sekejap…jam 3.30 pagi kami bangun solat Tahajud….saya mendengar Aliff membaca AlQuraan sampai subuh……. Mi turun bersahur dan makan bersama-sama… Makanan Aliff sangat simple..In Shaa ALAH….Kami semua di rumah nak habis kan Khatam Quraan sebelum lagi berakhir nya bulan Ramadhan….Selalu nya malam ketiga Kiamulaii kami dah selesai Khatam AlQuraan.

3 bulan ini bulan yang sangat penting buat saya dan kami satu kelauarga….Nikmat saya sebagai IBU Memasti kan makanan nya terurus…Tukang masak saya sangat rapat dengan Aliff…

Dalam pada perbualan yang ringkas ….saya tidak lupa memesan kepada Aliff… jika ALLAH izin kan Mami ingin mati diPangkuan Aliff…Jika Aliff ada disamping Mami ketika Mami menghembus kan nafas yang terakhir… Mami ingin Aliff Jadi Imam untuk Solatkan Jenazah Mami… Mami akan tersenyum dan bangga.

Jangan benar kan orang yang bukan family masuk melihat Jenazah mami dimandi…. Hanya Aliff, anak2 angkat Mami – Best Friend Mami dan orang yang menguruskankan pemandian Jenazah…. Jika Mami sakit dihospital….orang tidak kenal jangan dibiar kan masuk untuk mengambil sebarang gambar…. Jaga Hijab Mami…sekarang zaman HP modern…saya tidak redha gambar saya sakit masuk ke dalam Internet. Jika mami sakit di hospital…Ambil 4 bilik penuhkan anak2 Tahfeez dan semua Ustaz2 Mami bacakan ayat2 AlQuraan dan Surah Yassin untuk Mami….baca perlahan2 supaya tidak mengganggu ketenteraman pesakit lain di Hospital.

Mami berkerja keras selama 45 tahun mencari rezeki dikelilingi dan bermandikan Fitnah untuk mendapat satu kehidupan kita pada hari ni…..Mami mahu kan Aliff hidup besederhana..Mami tidak kaya…..selebih apa yang kita ada kita wakaf kan untuk Anak2 Yatim Piatu….Orang2 Miskin dan Anak Tahfiz. Mami tidak pernah rosak kan Aliff selama ini dengan duit ringgit – Aliff pun anak yang baik bukan mata duitan…..In Shaa ALLAH…..

Sebagai IBU Mami sudah sedia kan keperluan untuk Kehidupan Aliff & Keluarga Aliff…….Mami tidak mahu Aliff berhutang. Beli apa yang kita mampu sahaja! Jangan sekali2 Membazir untuk Keduniaan. Mami sentiasa mendoakan Aliff ditemu kan jodoh dengan Muslimah Solehah yang dapat membimbing keturunan kita dengan baik nya!"

CINTA IBU BAWA KESYURGA ALLAH WAHAI ANAK KU.


Apam dewa gebu

Weekend baru ni berkesempatan ngetest resepi apam dewa..tingin nk cuba sbb tgk kwn2 pos gmbr mcm gebus je..dn ternyata hasilnya yg saya buat mmg gebu apam dewa ni...tp yg tak bestnya nape la dalam apam dewa saya tu ada lubang2 udara..ada pakar yg boleh tlg jawab tak...

Korang wajib try sbb mmg senang dan simple je resepinya..



Bahan2

6 biji telur
2 sd besar oren sunquick 
1 cawan penuh gula 
1 sudu besar ovelatte
2 cawan tepung gandum
pewarna makanan

Cara Membuat

Sediakan pengukus dan didihkan air. 
Sapukan loyang dengan sedikit minyak. 

Pukul telur, gula, ovelatte dan oren sunquick hingga kembang.Masukkan tepung sedikit demi sedikit, kaup dan balikkan sehingga rata.

Bahagikan adunan kepada 4 bahagian dan 3 bahagian diwarnakan manakala satu bahagian saya biarkan dengan warna asal.

Masukkan ke dalam loyang selapis demi selapis. (Curah di tengah-tengah loyang)
Bila dah siap bolehlah mencorakkannya dengan ambil sebatang lidi dan gariskan dari tengah loyang ke luar.

Saturday, 5 July 2014

Garam Kembalikan Keserian Seterika


Pernahkah anda mengalami keadaan dimana, ketika menseterika baju, tiba-tiba seterika anda meninggalkan kesan hitam yang akhirnya melekat pada pakaian. Adakah anda pernah tertanya-tanya bagaimana caranya untuk mengatasi masalah bahagian bawah seterika yang hangus. Berikut adalah cara yang cepat dan mudah.

Bahan yang anda perlukan adalah beberapa sudu besar garam. Apa-apa jenis garam boleh digunakan. Caranya ialah dengan hidupkan seterika pada kepanasan sederhana. Apabila seterika mulai menjadi panas, letakkan garam dan gosok sehingga kesan hitam yang melekat pada permukaan seterika itu hilang. Matikan seterika, dan biarkan ia sejuk sepenuhnya, dan lap plat bawah dengan kain lembap..


Friday, 4 July 2014

Kurma Yusof Taiyoob tetap mejadi pilihan

Setiap kali tiba bulan puasa pilihan saya tetap kurma Safia Yusof Taiyoobbbbbbb...harga RM12++ beli kt Giant..kalau boleh bulan tak pose pun nk maintain mkn kurma..



-Nabi Muhammad SAW bersabda: "Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sihat".

-Nabi Muhammad SAW bersabda: "Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertaqwa (bersih hatinya)".

-Abu Abdillah berkata: "Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir".

-Abu Abdillah berkata: "Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu syaitan".

-Imam Ja'far Ash-Shadiq berkata: "Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati".

Thursday, 3 July 2014

Family Day 2014 di Taman Tun Perak Cheras

Aritu sblm puasa kt taman tmpt saya tinggal skrg ni (Taman Tun Perak Cheras) persatuan ada anjurkan family day..pagi2 seawal 7.30 pagi saya dh turun...memula mak2 ni wajib bergambor dlu la kan...wlpun duduk setaman bkn sng nk dpt peluang bergambor sesama..time ni tak ramai lagi yg turun..biasalah hari minggu kan....




Aktiviti pertama pagi tu senam erobik..wah..seronok jugak ye pepagi dpt bersenam erobik ni..nk tergelak pun ada sbb tak biasa kan jadi rse mcm kekok dan kelakar je pergerakan..



Ada byk aktiviti untuk anak2 je..Maira dpt masuk acara bwk bola pinpong dgn sudu,minum vitagen,lumba lari dan rebut gula2...merasalah dia dpt hadiah jam tangan..



Ada jugak acara utk ibu bapa...antaranya boling padang dan tarik tali...saya masuk gak acara tarik tali..nk merasa pegang tali yg tebal tu...




Yeayyy...akhirnya setelah berhempas pulas kumpulan saya menang...dapatlah hadiah beg make up...sory gmbr hadiah lupe nk snap..

Memang seronok bila tmpt kite tinggal tu ada persatuan yg aktif...dua hari sebelum pose ada juga buat bacaan tahlil dan makan2..


Lukisan 3d yg nmpk sgt real

Wow hebat betul tgn pelukis yg melukis lukisan 3d ni kan...terpegun saya lihat lukisan ni..mmg nmpk real..











Tapi kan gambar kat bawah ni bukan lukisan 3d ye..ini betul2 punya kejadian yg berlaku di Kuala Lumpur smlm..




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

All Right Reserved To fieda . Full Edit By Cik Rose Cute.